Khamis, 1 November 2018

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM | Hai semua! Sihat ke? Dah makan belum tu? Mimi baru saja lepas makan. Nasi Goreng Udang je. Eh, cerita pasal makan kan, Mimi nak kongsi dengan korang satu tempat makan yang murah dan sedap tau. Mimi dah pergi makan pun sebab tu berani nak kongsi dengan korang tempat makan ni. Tempat makan yang Mimi maksudkan tu ialah D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM. Bab makan ni kan Mimi dan suami cerewet sikit tau. Tak kena tekak memang tak nak datang lagi. Tapi D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET ni sangat berbaloi datang dan makan di sini lagi dan lagi dan lagi! 



D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM



D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET RESTORAN MURAH DAN SEDAP DI SHAH ALAM sangat berbaloi untuk korang datang makan di sini sebab terdapat banyak pilihan makanan yang ada.

Mimi dan keluarga sampai pun lebih kurang pukul 6.30 petang. Bayangkan dari Seremban ke Shah Alam semata mata nak makan steamboat dan BBQ di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM. Kami bajet masa lebih kurang pukul 6.00 petang sampai tapi kebetulan hari yang sama berlangsung perlawanan bola sepak antara Perak dan Terengganu di Stadium Shah Alam. Apa lagi, memang jalan jammed lah kan. Tapi akhirnya kami selamat sampai di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET. Sampai saja, kami decide duduk luar. Sambil makan sambil tengok pemandangan gitu. 

KENAPA PERLU MAKAN DI D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM




Hah, kenapa perlunya korang makan di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM ni? Meh baca apa Mimi nak kongsi dengan korang apa yang best makan kat sini. D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET ni pada asalnya menyediakan makanan secara steamboat di mana ada dua pilihan sup iaitu ayam atau tomyam sebagai kuah rebusan untuk dimakan bersama pelbagai aneka jenis makanan laut yang segar seperti udang besar, kupang, sotong, isi ikan, kerang, bamboo lala dan banyak lagi. 

Aneka jenis makanan laut

Bahan untuk steamboat

Bahan untuk steamboat

Bahan untuk steamboat

Aneka jenis bebola, jagung, isi ketam, fucuk


Selain itu ada macam macam jenis mee kering, fucuk, sayur sayuran dan pelbagai jenis bebola juga disediakan. Bila makan steamboat dan BBQ tak sah kalau tak ada sos kan. Di sini ada pelbagai pilihan sos yang boleh korang nikmati seperti Sos Thousand Island, Sos Cili Thai, Sos Lada Hitam, Sos Yong Tau Foo dan macam macam lagi. 

Pelbagai jenis mee kering

Mee kering


Pilihan sayur yang ada

Aneka jenis sos yang disediakan

Tu baru cerita pasal steamboat tau. Belum masuk bab BBQ lagi. Steamboat saja dah banyak makanan disediakan apa entah lagi BBQ kan. Selain steamboat, D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET juga membuat pembaharuan dengan penambahan menu grill perapan istimewa ayam, daging, sosej, udang, ikan dan sotong. Perapan yang digunakan sangat istimewa seperti campuran dari cili giling, bawang putih, lada hitam dan beberapa rempah ratus yang menaikkan lagi aroma dan rasa perapan. 


menu perapan istimewa grill



Antara menu grill yang disediakan ialah Chicken Mozza, Chicken Castello, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Keli Yolanda, Pari Perry, Super Prawn, Dory Drive dan pelbagai lagi menu grill yang ada. Buat peminat kambing, kat sini ada tau Kambing Grill siap diperam dengan 15 jenis rempah lagi. Hah special tak special menu grill yang disediakan ni. Bila korang jejak kaki kat restoran ni confirm korang blur dan rambang mata tak tahu nak makan. 

Pelbagai pilihan menu grill


Mimi punyalah blur masa sampai tu tak tahu nak pilih menu apa. Sebab banyak sangat pilihan menu yang ada tau korang. Ada lebih 150 jenis hidangan yang disediakan setiap hari. Nanti ambil semua takut tak habis pula kan. Tapi kalau tak ambil rasa rugi pula. Ishhh serba salah dibuatnya tau. Last last Mimi ambil saja apa Mimi rasa nak makan. 



Eh jap korang ada lagi tau menu sedap dan best kat sini yang Mimi tak kongsi dengan korang lagi. Belum habis lagilah nak cerita. Ada beberapa menu sedap dan menarik juga disediakan seperti hirisan Ikan Segar dengan sos Air Asam, Ikan Pari Assam Nyonya dan Kepak Ayam BBQ. 

Kalau bawa anak anak, mesti diorang suka makan pencuci mulut aiskrim. Dekat sini ada 12 jenis perisa aiskrim seperti Oreo, Mint, Coklat, Vanila dan banyak lagi. Ada juga disediakan aneka jenjs pencuci mulut lain seperti aneka jenis kek, buah buahan dan Ais Kacang. 

Aneka kek

Sudut Ais Kacang

Buah buahan

Dannn ada satu lagi menu istimewa Mimi nak share dengan korang ni iaitu Teppanyaki yang dimasak secara live. Ada Teppanyaki Ayam dan Teppanyaki Daging. Mimi makan Teppanyaki Daging tau. Lepas tu cicah dengan Sos Thousand Island. Perghhh terbaik!!! 



Teppanyaki Daging

Suami dan anak anak memang enjoy makan kat restoran ni. Puas hati sangat tau. Siap plan nak datang lagi repeat makan kat sini. Mimi pun plan nak bawa big family makan makan kat sini jika ada rezeki lebih. Nak juga diorang rasa makan sedap kat sini macam Mimi rasa. 

Steamboat dan BBQ

Masak apa tu bang? 

Dak Mimi tunjuk skill memasak pula

Suka Auni dapat makan aiskrim


Restoran D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM juga boleh menampung sehingga 600 orang dalam satu masa iaitu 200 orang di bahagian dalam dan 400 orang di bahagian ruang terbuka. Surau perempuan dan lelaki yang sangat selesa juga disediakan. Datang sini tak perlu risau pasal parking kereta sebab ada parking kereta yang banyak dan luas. 

HARGA D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET SHAH ALAM


Harga yang ditawarkan sangat murah dan berbaloi baloi di D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET seperti berikut :

RM33.00 nett (Dewasa)
RM12.50 nett (Kanak Kanak Berusia 5-11 tahun) 
PERCUMA(Kanak Kanak Berusia 4 tahun ke bawah) 

**Tiada bayaran tambahan - Refill Sup

Perbelanjaan lebih dari RM150.00, kad diskaun RM10.00 diberikan kepada pelanggan

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :


Instagram : @dkayangansteamboat 

D'KAYANGAN STEAMBOAT BBQ BUFFET 
Sri Acapella Service Apartment
No. 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, Shah Alam, 40100 Selangor Darul Ehsan. 

Waze : Dkayangan Steamboat & Grill
(2 mins from Stadium Shah Alam) 

Whatsapp : 



26 ulasan:

  1. Fuhh kalau pergi shah alam wajib terjah ni . Tambah2 food lover steamboat ni . Macam2 aneka pilihan yang ada .

    Makan sampai kenyang

    BalasPadam
  2. serius la terliur tgk gambar makanan ni..
    seafood tu buat liez tergoda..nnt nak ajak husband liez pergila..

    BalasPadam
  3. meriahnya steamboat n bbq sini..rmi juga tgk blogger pi mkn sini..tk pernh try lg...yummm

    BalasPadam
  4. Aduhh terliur betul tengok ada macam2 jenis pilihan makanan tuu, dahlah semuanya nampak fresh2 dan sedap2 belaka! memang bagus betul rasanya mcm mmg lain drp tmpt steamboat bbq yg lain kn disebabkan oleh kepelbagaian yg ada tu, mmg terbaik! Nanti nk try jugaklah mkn kat situ 😃

    BalasPadam
  5. murah! and food nyer pun byk pilihan.
    utk stimbot, those bebola.
    ada seafood. daging. ayam. sayur.
    dessert pun nampak menarik, mimi :)
    boleh la singgah nanti. cuti skola. ramai review bagus sini.

    BalasPadam
  6. Murahnya kak. Punya banyak macam tu menu dia. Memang syok ler makan kan..
    Kalau la dekat,mau pecut ke sana juga.
    Hehe

    BalasPadam
  7. Wahh.... Ramai dah sampai Kayanhan makan Steamboat ni. Aduyai... Nina aje dok postpone dah sebulan. Huhuu.. .
    Bila laaaa ada masa free sempat ke Kayangan ni. Eh! DKayangan. Hehe

    BalasPadam
  8. Pernah makan dekat Dkayangan Steamboat ni, memnag banyak pilihan. sedap semuanya sebab ada berkuah dan grill. Wah ada baru ye teppanyaki bestla..harga pun murah

    BalasPadam
  9. jemput singgah :) https://messarah.blogspot.com/2018/11/life-update-mese-occupato-busy-month.html

    BalasPadam
  10. Memang best sini. Harga pun ok. Dah pernah pergi 2,3 kali dah masa mula2 viral haritu. Kebetulan kawan duduk berdekatan kawasan tu. Next time nak pi terjah lagilah. Nampak semakin menarik je.

    BalasPadam
  11. D'kayangan ni memang murah dan banyak pilihan lauk pauk yang sedap-sedap lama tak makan kat sini rindu sangata hehehe boleh lah nanti bawa family datang makan sini....

    BalasPadam
  12. Saya dah banyak kali jugak makan dekat sini. So far berbaloi lah harga dia dengan makanan dieorang. Banyak pilihan. Ruang makan pun boleh pilih tempat air cond ke luar.

    BalasPadam
  13. Nasiblah dkayangan steamboat nie jauh dari rumah kalau tak dah lama pergi.Harga pun murah,makanan banyak pilihan memang puas hati lah makan sampai kenyang kat sini.

    BalasPadam
  14. akak dah la peminat steamboat dgn BBQ ni..memang tak boleh tahan tengok seafood tu semua...alahai bila la nak sempat ke sini..

    BalasPadam
  15. Telan ailio tengok pos ni malam2..haihhhh...macam2 ada...semua nampak menarik..kalau saya meati blur nak amik yg mana 1..heee

    BalasPadam
  16. Eh. Murahnya pakej dia ye. Rasa macam nak ke sana pula bila tengok harga yang murah dan betapa banyaknya pilihan yang ada.

    BalasPadam
  17. Memang best steamboat sini. Dah pergi haritu terjebal tgok org viralkan. Harga pon not bad dgn makanan yg ditawrkan mmg perbagai. Rasa nk repeat lg pulak. hihuhu

    BalasPadam
  18. ya Allah meriahnya bahan2 mentah yang disediakan di dkayangan steamboat nie. sy pernah makan dekat sini dan tom yam dia memang best. hargulak berpatutan. seronok dpt makan beramai2

    BalasPadam
  19. The package is really affordable and the food looks good, I love steamboat buffet style, we get to choose and top up as we like.

    BalasPadam
  20. Banyaknya pilihan makanan di sini.. harga pun murah.. berbaloi nie kalu ke sini.. AM nak cuba la ke sini bersama anak2 nnti..

    BalasPadam
  21. dah murah sangat dah ni.. banyak pilihan pulak tu.. jarang nak dpt tempat yang murah, sedap, dan selesa macam ni.. best juga kalau boleh buah waffle tu

    BalasPadam
  22. lamanya tak g D'Kayangan ni...dah ada teppanyaki dah eh...interesting! bestnyaaa...

    BalasPadam
  23. TB tak pernah lagi malan steam boat ala2 macam ni.. kalau kat warung ti biasa dah.. heee.. teringin pulak nak makan macam ni.. heee
    ..

    BalasPadam
  24. Tudiaaa, meriahnya.. Nampak menyelerakannnn. Lepastu banyak jenis mknn pulak tu. Kalau pi kot sana, nnti nk kena singgah ni..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.