Selasa, 18 September 2018

WD-40® menambah 5 lagi Siri Kepakarannya!

Kita semua sedia maklum bahawa setiap tugas yang berlainan memerlukan peralatan yang berbeza. Hal ini terjadi bagi beberapa pekerjaan yang sukar atau rumit, yang mana memerlukan produk yang direka khusus untuk penggunaan tertentu. 



Menyedari perkara ini, WD-40® memperkenalkan barisan produk kepakaran WD-40® pada tahun 2011. Formulasi khas yang dihasilkan untuk memenuhi keperluan khusus para pengguna profesional, barisan produk ini membantu juruteknik supaya pekerjaan spesifik mereka dapat dilakukan dengan lebih cekap dan mantap.

Seiring dengan evolusi Sains & Teknologi, WD-40® telah menambah 5 penyelesaian baharunya ke dalam barisan produk kepakaran WD-40® utuk melengkapkan lagi keperluan penyelenggaraan anda.

Berikut adalah 5 tambahan baru dalam barisan kepakaran WD-40®. Lihat sama ada tugasan atau pekerjaan anda memerlukan bantuan Pakar! 

WD-40® SPECIALIST FOOD GRADE SILICONE SPRAY



Direka khas untuk industri pengedalian makanan dan pemprosesan makanan, ia tidak berwarna, tidak berbau, membentuk filem tanpa warna yang memberi pelinciran dan melindungi permukaan seperti plastik, getah, logam, kaca, kayu dan banyak lagi.  
Ia adalah agen yang terbaik untuk menyisihkan dan mengeluarkan garisan makanan, pengadun, pencetak, rantai rol, tali sawat, penggelek dan lain-lain.


WD-40® SPECIALIST DUST FREE AIR DUSTER



Penghapus debu udara ini sangat berkesan menghilangkan habuk dan kotoran dengan mudah.
Tidak kesat dan tidak menghakis, produk ini mudah digunakan dalam membantu menjaga peralatan elektronik, barangan isi rumah, bengkel, dan memberi kenderaan bebas daripada habuk, serpihan, serbuk dan sebagainya- tanpa meninggalkan sebarang sisa. 
Ia selamat digunakan pada permukaan plastik dan peralatan ketepatan halus (contohnya; kamera, mikroskop, pencetak dan komputer riba).  

WD-40® SPECIALIST HIGH PERFORMANCE SPRAY GREASE



Kualiti premium, pelinciran yang tahan lama untuk permukaan logam, produk ini dirumus khas bagi kegunaan di kawasan yang memerlukan pelinciran lebih lama dan perlindungan daripada hakisan.
Ia tidak menitis, kerana dicipta dengan sifat lekatan dan kedapan yang sangat baik untuk memberi ketahanan terhadap air. 




Produk ini boleh digunakan di keseluruhan kawasan kediaman, industri dan premis (contohnya; kendi, gear, rantai, bolt dan nut, paip, pili, jentera)


WD-40® SPECIALIST MULTI-PURPOSE CUTTING OIL



Produk ini direka untuk menggelakkan lubang dan kerosakan logam, untuk memudahkan pemprosesan logam secara mekanikal dengan mengurangkan pengumpulan haba dan daya geseran. 
Ia mengurangkan tenaga pemotongan dan meningkatkan kecekapan pemotongan dan sesuai digunakan bagi semua jenis logam. 
Dengan bahan tambahan tekanan tinggi dan anti-geseran, ia juga meningkatkan kemasan mesin dan memanjangkan hayat peralatan.


WD-40® SPECIALIST RUST REMOVAL SOAK



Produk ini menghilangkan karat dengan cepat dan melarutkannya tanpa merosakkan bahagian atau cat di sekitarnya. 
Tidak bertoksik, tidak mudah terbakar, dan boleh dibiodegradasi, ia sesuai untuk membaiki bahagian berkarat logam tanpa perlu mengikis, menyental atau menggosok.  

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan siri produk kepakaran WD-40®, boleh melayari https://wd40.asia/SpecialistNewSoloutions.

6 ulasan:

  1. Wahhh...menarik.. Makin banyak fungsi produk WD-40 ni... Memang mengikuti peredaran teknologi. Hehe..

    BalasPadam
  2. Wah menariknya wd ni.. Dulu ada 1 jenis je kan..sekarang dh banyak dh keluaran dia kan.. Bgus ada mcm2..

    BalasPadam
  3. Jenama yang dipercayai sejak dari kecil lagi.

    BalasPadam
  4. Emi tak familiar pun dengan peralatan2 ni semua hehe. Almaklum org perempuan, bukan nak ambik peduli sgt benda2 gini

    BalasPadam
  5. Ni kalau tunjuk kat laki Nora mesti dia tau.. Hahhaha kalau Nora mmg xtau ape lah. yg tau 1 pattern tu je wane biru.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.