Isnin, 10 September 2018

LIRIK LAGU KATA CINTA AFIF SOLA OST DRAMA CINTA TIADA GANTI

Hai korang! 

Selamat bercuti semua. Sakan masing masing berjalan jalan dengan family kan. Yela musim cuti sekolah kan. Mimi time cuti sekolah mereput saja dekat rumah. Kemas,  masak,  marathon drama dan movie. Hah,  bercerita pasal drama dan movie ada yang tonton drama adaptasi drama Filipina iaitu Cinta Tiada Ganti tak? 

Sumber : kepala bergetar


Mimi tak tengok pun dekat tv,  tengok online je. Jarang mengadap tv pun. Masa keluar promo dulu Mimi tak hirau sangat tapi bila dah tengok macam best pula.  Suka tengok lakonan bersahaja Nelly dan Edy. Nampak natural dan tak buat buat. Nak nak ada pula OST Kata Cinta Afif Sola drama tu lagi bertambah best dan feeling tau. 

Jom hafal dan nyanyi sama sama LIRIK LAGU KATA CINTA AFIF SOLA OST CINTA TIADA GANTI  ni. sambil layan muzik video Afif Sola. Memang layan habis kan. 

Lelah rasanya diri ini
Mengenang akan cinta kau pergi
Rasa cintaku itu mati kerana

Dulu pernah kau kecewakan
Hatiku melalui cintamu
Rasa cintaku itu mati kerana
Kau menduakan

Benar kata kata cinta
Yang manis di bibir sahaja
Benar kata kata cinta
Janji janji manis pun tak berguna

Pergi daku sendiri
Tiada siapa peduli
Apakah apakah ini
Namanya dugaan

Namun aku mengerti
Percaya diri sendiri
Menjadi lelaki setia
Lebih bahagia

Dulu pernah kau kecewakan
Hatiku melalui cintamu
Rasa cintaku itu mati kerana
Kau menduakan

Pergi daku sendiri
Tiada siapa peduli
Apakah apakah ini
Namanya dugaan

Namun aku mengerti
Percaya diri sendiri
Menjadi. menjadi lelaki setia
Lebih bahagia

Hoouwoooo....
Lebih bahagia...


16 ulasan:

  1. Ada cerita baru lagi ya, Kak Sue belum tengok lagi cerita nie Mimie..

    BalasPadam
  2. Tak pernah dengar lagi lagu drama ni.. Drama ni pun blm tgk.. Nanti ada masa zaza dengar 😉

    BalasPadam
  3. TB ada tengok iklan drama ni. tapi lum tengok lagi. lagu ni best .. TB batu dengar tadi. sayu je suara dia

    BalasPadam
  4. el x dengsr lagu diorg ni lg..nti ada free time nk dengar..dan drama pun dh jarang tengok..i is jarang tgok tv dah..malas..anak2 yg konker haha

    BalasPadam
  5. Tak pernah tengok cerita Cinta Tiada Ganti ni tapi sedihlah tengok video lagu ni.

    BalasPadam
  6. Tak thu sngt psal cite ni. 😅😅
    Nti blh dgr lagu nya..

    BalasPadam
  7. First time dengar lagu ni. Sedap juga ye mimi.

    BalasPadam
  8. Wah bila habis dengar lagu ini, sedap juga and the lirik also very meaningful.

    BalasPadam
  9. Drama cinta tiada ganti ni tak silap adaptasi cerita filipina kan? Sanay wala nang wakas x silap, yg arabella grace garcia

    BalasPadam
  10. cerita apa ni..kenapa tak tau..hahahaa..kita pun tak tengok cerita ni..bila cerita ni..alamk kene google la..best tak? lagu dia bet juga ye

    BalasPadam
  11. Kadang zira tau lagunya tajuk mesti tak tau. Bila member tanya, mesti cakap tak pasti .Huhu

    BalasPadam
  12. Ada drama baru ye. Nora tak tau pun. Tapi lagu ni boleh tahan sedap didengar.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.