Flower Chimp Menerima Pelaburan Berjumlah RM 6 Juta Berikutan Prestasi Cemerlang di Asia Tenggara

Pengasas Berhasrat Meluaskan Perniagaan ke Singapura Menjelang Pertengahan Ogos 2018




“Ucapkan dengan bunga!” Kepesatan industri e-dagang di peringkat global telah memacu perkhidmatan penghantaran bunga dan membolehkan pengguna mencipta kenangan indah bersama insan tersayang. Bayangkan, betapa mudahnya anda boleh memilih jambangan bunga kegemaran anda dan merancang penghantaran semudah di hujung jari sahaja.





Daripada pilihan jambangan sempena hari lahir hingga ke kiriman bunga sebagai tanda ucapan tahniah, titipan istimewa sempena sambutan Hari Kekasih dan Hari Ibu, Flower Chimp akan memenuhi keperluan bunga-bungaan anda dari harga serendah RM89 sahaja. Melangkah setapak ke hadapan berbanding pesaing mereka, Flower Chimp menawarkan perkhidmatan penghantaran ke seluruh negara yang meliputi lebih daripada 80 daerah di dalam Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak. Dengan rangkaian meluas seperti itu, tidak hairanlah perkhidmatan penghantaran bunga dalam talian tersebut menjadi pilihan utama pelanggan yang turut menikmati penjimatan menerusi penghantaran secara percuma ke atas semua tempahan tanpa had perbelanjaan minima. Malah, pelanggan juga boleh menjadualkan penghantaran pada hari yang sama bagi semua tempahan yang dibuat sebelum pukul 1 tengah hari untuk mengejutkan insan tersayang mereka. 



“Walaupun kami masih baharu dalam perniagaan penghantaran bunga ini, Flower Chimp telah berkembang hingga menjadi jenama terkemuka dalam industri ini. Dalam tempoh kurang daripada dua tahun, kami telah menjadi pilihan nombor 1 dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian di Malaysia, Indonesia dan Filipina dengan rekod pertumbuhan lima (5) kali ganda berbanding tahun lepas,” kata Maximilian Lotz, Pengasas Flower Chimp. 





Berikutan prestasi memberangsangkan mereka dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian, Flower Chimp berjaya menambat pelaburan berjumlah RM 6 juta daripada sekumpulan pelabur termasuklah Asia Venture Group (AVG), sebuah syarikat persendirian yang telah menilai potensi besar Flower Chimp menerusi model perniagaan dan strategi pemasaran mereka yang unik. Syarikat yang sama turut membuat pelaburan dengan syarikat lain seperti iMoney, Happy Fresh dan iPrice. “Kami mensasarkan untuk mengembangkan rangkaian kami di Singapura menjelang pertengahan bulan Ogos 2018 dan di negara Asia Tenggara yang lain termasuklah Vietnam, Thailand dan Hong Kong pada tahun 2019,” tambah Lotz. 




Lotz dan rakan kongsi/Ketua Pegawai Operasi, Niklas Frassa yang mendalami sendiri perniagaan bunga-bungaan berhasrat untuk menggunakan pelaburan yang diterima untuk mengukuhkan operasi mereka di Indonesia dan Filipina, di samping meningkatkan infrastruktur teknikal untuk memanfaatkan pelanggan kami dengan ciri-ciri pintar termasuklah sistem penjejakan secara langsung bagi setiap pesanan. “Dalam masa yang sama, kami menjalankan kajian ke atas pasaran semasa secara berterusan dalam mencari idea untuk produk dan promosi baharu untuk pelanggan kami yang kembali untuk mencari sesuatu yang bersesuaian dengan keperluan mereka,” kata Frassa.



Kata Frassa lagi, “Dengan kuasa pemasaran dalam talian dan media sosial, kami mahu mengukuhkan penjenamaan kami dan menjadi pilihan pertama dalam kalangan pelanggan yang semakin lama semakin bijak mengendalikan perkata berkaitan teknologi. Kami yakin, dalam tempoh dua belas (12) bulan akan datang, dari Suku Keempat (Q4) 2018 hingga ke Suku Keempat (Q4)  2019, Flower Chimp akan berkembang sehingga tiga (3) kali ganda menerusi sumbangan daripada empat pasaran utama iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia dan Filipina”. 


Hubungi:

Flower Chimp di Malaysia 
Instagram: @flowerchimp

Flower Chimp di Indonesia
Instagram: @flowerchimp.id

Flower Chimp di Filipina
Instagram: @flowerchimp.ph

Mengenai Flower Chimp




Flower Chimp telah ditubuhkan oleh dua usahawan dari Jerman, Maximilian Lotz dan Niklas Frassa yang telah lama bertapak di Asia Tenggara. Selepas menghabiskan masa di Belanda yang terkenal sebagai pusat perkembangan bunga-bungaan dunia, mereka mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan berkaitan bunga dan meletakkan penanda aras baharu dalam perkhidmatan penghantaran bunga secara dalam talian. Dengan mengutamakan kepuasan pelanggan, Flower Chimp telah memenuhi keperluan terhadap bunga berkualiti tinggi pada harga berpatutan yang turut disokong dengan perkhidmatan penghantaran percuma ke seluruh negara. Sejajar dengan peningkatan perniagaan tersebut, mereka terus meningkatkan perkhidmatan dan menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menawarkan lebih banyak pilihan bunga-bungaan kepada pasaran yang semakin berkembang. 

Buat masa ini, Flower Chimp beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina. Dalam masa terdekat, dua usahawan bercita-cita tinggi ini bakal melancarkan platform mereka di Singapura dan negara Asia Tenggara lain. 

Untuk maklumat lanjut tentang Flower Chimp, layari www.flowerchimp.com. Sila hubungi Jabatan Pehubungan Awak kami menerusi emel: pr@flowerchimp.com atau telefon bimbit: +6013-886 9948 untuk sebarang pertanyaan berkaitan media.

MEET THE MEN BEHIND FLOWER CHIMP



Maximilian Lotz
Chief Executive Officer, Flower Chimp

As the Chief Executive Officer of Flower Chimp, Maximilian is responsible for running all facets of the business across Flower Chimp’s four markets. Maximilian has an established track record in the e-commerce space from heading the Malaysia business of hear.com, an world-leading vendor of hearing aids. Prior to that, Maximilian gained vast experience investment banking & venture capital.

Maximilian graduated with a B.Sc. in Business Administration from Maastricht University (Netherlands) and Bocconi University Milan (Italy)

Niklas Frassa
Chief Operating Officer, Flower Chimp 

As the Chief Operating Officer of Flower Chimp, Niklas is responsible overseeing operations across departments in Flower Chimp’s four markets. Niklas' background is in management consulting, where he among other roles acted as a project leader for the leading management consulting firm in Germany’s media industry. Furthermore, he gained vast e-commerce experience during stints in Malaysia, Singapore and Indonesia with Southeast Asia’s leading online fashion company, Zalora.

Niklas graduated with a M.Sc. (CEMS) in International Management from Rotterdam School of Management (Netherlands) and a B.Sc. from WHU - Otto Beisheim School of Management (Germany).

Post a Comment

18 Comments

  1. Bestnya kalau tetiba dapat surprise masa tebgah kerja kan...sure hatu berbunga-bunga..ada ke sesapa nak bagi surpesur kat akak ni....x pernah dpt bung seumur hidup ni...acaner?

    ReplyDelete
  2. Cantik-cantik nya bunga. Murah pula tu. Seronok kalau dpt sejambak kan.

    ReplyDelete
  3. Best kan kalau dapat bunga macam nie Mimie..

    ReplyDelete
  4. Mimi...jangan lupa akak nak sunflower ngan bunga lily putih kuning tau...x kisah la bila Mimi nak surprise kan akak..pm tepi untuk alamat..hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Bouquet bunga dia semua lawa2 kan k.mimi ;)

    ReplyDelete
  6. Cantiknya semua bunga tu. Ada irang nak bagi tak hehe

    ReplyDelete
  7. as low as RM89, boleh dapat hari yg sama kalau tempah awal...fuhh..terbaik features dia!

    ReplyDelete
  8. Service ni termasuk charge penghantaran termasuk tak ke lain. Canton bunganya banyak segar je di gubah pun kemas

    ReplyDelete
  9. Geram tgk bunga2 tu cantik sangat..harga pun murah..boleh la order

    ReplyDelete
  10. Waaahh.. Bestnya kalau dapat sejambak bunga. Erm.. Takde ke sapa sapa nak hadiahkan bunga pada kita. Kikiki

    ReplyDelete
  11. cantik-cantik bunga dia..tak sangka ownernya lelaki, hensem pulak tu..hehee..bunga-bunga dia semua cantik dan nampak segar..bestnya kalau dapat bunga..ehee

    ReplyDelete
  12. Happynya bila dapat suprise bunga. Hihi.. bagus sekarang ni, dah mudah kan.. harganya pun berpatutan!

    ReplyDelete
  13. memang tak disangkal la...sbb starting price dia pun as low as RM89...pastu boleh dapat hari yg sama..online je...lagi la semua org suka!

    ReplyDelete
  14. Cover semuankan..senanglah x yah pening2 nak cari delivery..just bookmark flowerchimp dan derang boleh hantar..wahhh sape nak antar kat kita bungaaaa hihi

    ReplyDelete
  15. Adore betul dengan bouquet yang dorang buat

    ReplyDelete
  16. Suka la tgk koleksi gubahan bunga dr flower chimp ni.. Ceria semunya

    ReplyDelete
  17. Bunga memang harum dan cantik.. wanita mana la yang tak suka binga kan.. TB pum suka jugak..

    ReplyDelete
  18. Great to know that! Hopefully the company will grow faster and better.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com