Jamuan Makan di Pejabat

Hai semua! 

Sihat ke? Mimi harap semua sihat ya. Lega kan bila Raya dah habis. Open house pun tak ada.  Ramai mengeluh berat badan naik sebab asyik pergi Open House saja kan. Mimi nasib baik berat maintain range 58kg - 60kg sebab lebih banyak puasa daripada makan. Walaupun Open House dah tak ada tapi still lagi ada jamuan makan. Macam tak bileh move on je masing masing. Hehehe...

Hari Rabu dan Jumaat baru ni office Mimi ada jamuan makan. Hari Rabu tu sempena birthday dua anggota di pejabat Mimi. Hari Jumaat pula Mimi dan officemate saja nak sedekah buat makan makan. 

Antara menu yang ada
Untuk hari Rabu tu menu yang ada Nasi Lemak,  Bakso, Bihun Goreng,  kuih karipap dan kuih kacang, air Sunquick dan teh.  Kek pun ada. Dsrk Chocolate dari Harold's Bread. 



Birthday women and man

Untuk hari Jumaat pula Mimi dan sorang akak officemate bergabung tenaga buat makan makan. Menunya Laksa Johor,  Sandwich Sardin dan Telur, air pula buat teh o je. 



Dengan officemate
Dua kali makan minggu ni. Rabu dan Jumaat. Isnin Selasa Mimi puasa. So,  minggu depan Isnin puasa semula. Puasa sunat. Memang kali ni berazam dah habis puasa ganti nak puasa sunat Isnin dan Khamis. Selain dari tambah pahala dapat juga maintain kan berat badan dan jaga kesihatan.  Betul tak? 

Post a Comment

5 Comments

  1. Betul...dapat pahala..rehatkan perut juga..

    ReplyDelete
  2. Waaaa...sama la macam kat opis akak ni ha...makan..makan...makan.....macam tak leh move on je..esok ada makan lagi..farewell...

    ReplyDelete
  3. bestnya, makan menu sedap2 tu

    ReplyDelete
  4. seronok ada jamuan makan-makan ni..pantang kalau dapat makanan ni..hehehe..jimat duit makan dekat luar

    ReplyDelete
  5. simple je..yg penting seronok mkan rmai2 kan =)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com