Sabtu, 28 Julai 2018

BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE?

BRAZIL RIO BURGER BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE?  | Hai semua! Dah try ke menu baru di McD Rio Burger tu. Mimi dah makan kedua dua jenis daging dan ayam. Mesti ada yang belum cuba dan tertanya tanya Brazil Rio Burger beef dan Chicken sedap ke? Of course sedap you alls! 

BRAZIL RIO BURGER  BEEF DAN CHICKEN SEDAP KE? 




Brazil Rio Burger Beef Mimi makan masa keluar tengok wayang waktu rehat panjang hari Jumaat. Balik dari tengok wayang kami singgah McD, order makan.  Drive thru je sebab rushing nak masuk office. 

Apa yang Mimi puji dengan McD ni selain daripada packaging yang menarik,  ia juga menjaga kualiti makanan dan kebersihan makanan. Tengok contoh packaging burger cukup. Dah ditutup dengan kotak cover pula dengan kertas bungkusan. Good job McD! 


Serius cakap,  Mimi jatuh suka dengan Rio Burger ni tau korang. Dagingnya terasa juicy, bahan yang ada penuh dan puas makan lah. Pedasnya perghh meletop!  Pendek kata,  macam mana rupa dalam iklan dalam tv macam tu rupa Rio Burger in reality! Puas hati sangat! 

Tada! 


Tengok rupa pun dah nampak sedap. Belum makan lagi kan.  Selain Rio Burger Beef,  Mimi dah try Rio Burger Chicken. Pun sedap juga! 

Rio Burger Chicken Mimi order kat drive thru juga. Makan di rumah je. Anak anak Mimi orderkan Happy Meals! 


Ni pula rupa Rio Burger Chicken. Geram aje tengok. Serius memang puas hati makan berbaloi dengan harga yang ditawarkan. 


Kalau suruh Mimi pilih antara Rio Burger Beef dan Rio Burger Chicken, Mimi more pada Rio Burger Beef sebab pedasnya tu,  adoi buat rasa dunia ni Mimi punya. Memang sukalah makan pedas. Nikmat tak tahu nak cakap! Yang belum try Rio Burger cepat cepat singgah McD berdekatan. Rugi tak cuba! 

Psssstt dah try ke menu baru Mexican Burger di McD tu? Mimi dah try.. Sedapppp

26 ulasan:

  1. akak suka yg beef drp chicken... alamak mexican burger lum cuba lagi... sedap ye?

    BalasPadam
  2. Rasa macam pernah dah rasa, ingat-ingat lupa dah. Nak pi cuba lagi lah nanti.. hehehe..

    BalasPadam
  3. bentuk roti tu comel la.. mesti dia buat macam roti sarang lebah tu tapi versi kecik.. TB pun suka burger gak mimie.. adoi.. nak beli lah time balik kg nanti.. leh makan dalam train

    BalasPadam
  4. Hari tu dah cuba chicken one, as for me ok jer takde lah sangat best. I like their prosperity burger more.

    BalasPadam
  5. Tak tau lagi bila nk keluar bandar..nak juga merasa makan burger mcd ni..terliur

    BalasPadam
  6. pernh makan masa world cup 4 tahun lepas..hahaa..memnag sedap..pedas semua cukup rasa..

    BalasPadam
  7. Alaaa, pedas sangat ehh kak.. Kalau pedas sangat, memang tak makan la kita. Hehe..
    Tak tahan pedas. Then lagi 1 jadi tak selesa kat sakit kalenjar ni nanti.

    BalasPadam
  8. Burger baru ke? Lama tak pi mekdi harga berapa 1 set

    BalasPadam
  9. Nak trylah nanti macam sedap jer burger Rio tu he he he

    BalasPadam
  10. Ketinggalan kapal karam dah akak ni ha..x tau la burger terkini Mcd ni..kalau pergi asyik la order double cheese burger...

    BalasPadam
  11. Semlm aida makan. Pedas lada hitam.
    Tapi under control la. Mungkin aida tahan pedas kot. Uyk anak, rasanya not recommended.

    BalasPadam
  12. Hari tu husband je cuba burger Rio ni.Dia kata sedap.Tapi macam banyak lada hitam.Sos nya pun boleh tahan pedas.tetiba teringin pulak kita nak mencuba

    BalasPadam
  13. Orang cakap burger ni pedassss. Sebab fadzi tengah pregnant sekarang and tak boleh nak makan benda pedas, kalau tak muntah terus, memang fadzi tak cuba. sama macam burger nasi lemak tu

    BalasPadam
  14. Tak tau la saya kenapa orang dok cakap sedap. I tried this last Monday because of the hypes but...serious I rasa McD kat Saujana Impian Kajang tu tak pandai buat kot. The meat too dry and the pedas sos memang biasa je bagi saya. Rela makan burger lain.

    BalasPadam
  15. Berger ni pedas giler kan. Kalau org suka p das mesti jadi feveret. Klu mknan mcd hanyalah yg samurai tetap menjadi pujaan

    BalasPadam
  16. Rio burger dari McDonald's, burger nie nampak Menyelerakan dari segi presentation. Hopefully masa mkn nanti rasanya sedap juga.. Jom kite serbu McD

    BalasPadam
  17. McD memang x pernah mengecewakan. Burger Rio ni burger baru kan..nak try jg la nnt

    BalasPadam
  18. dah pernah rasa dulu..memang sedap..dagingnya cukup rasa, pedas..rotinya lembut..sayur banyak..hehee..

    BalasPadam
  19. nak try burger Rio ni tapi nampak macam biasa..nampaknya kena cuba juga lah lepas baca review kt sini hehe

    BalasPadam
  20. Tukar tukar promosi setiap bulan kan. burger rio lah pulak. Agaknya letak nanas dalam tu. Nak try jugak lah nanti kalau sempat

    BalasPadam
  21. BUrger rio lah pulak kan mimi. Sedap atau tak ikut lidah kita kan. Nak tahu kena rasa.

    BalasPadam
  22. Nama pun dah canggih, citarasa samba negara brazil ni. Nak juga tahu sedap atau tak. Tunggu gajilah. Haha

    BalasPadam
  23. Sedap..alia suka gak yg ni..tpi tetap fav gcb lah..tak tau napa..tapi gcb pun makin lama makin kecik..geram pulak kita

    BalasPadam
  24. Oohh... ada menu baru ya di McD? Nak baru tahu lah. Sudah lama ta mampir di McD. Tapi klo sdh tahu ada baru mahu lah aku mampir

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.