Selasa, 12 Jun 2018

Novel Andainya Takdir 2

NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2| Hai korang! Lama betul rehat dari update blog. Hari ni moh ler rajinkan diri update blog. Korang pernah tengok drama Andainya Takdir di televisyen tak? Mimi tahu drama ni ada ditayangkan tapi Mimi tak tengok sangat sebab tak suka tengok adegan isteri kena pukul dengan suami yang cemburu buta dan baran. Sekarang ni ada sambungan drama ni Andainya Takdir iaitu Andainya Takdir 2. Disebabkan Mimi jarang tengok televisyen so,  Mimi beli NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2 jela. 

NOVEL ANDAINYA TAKDIR 2


Novel Andainya Takdir 2

Bercinta tau Mimi nak habiskan novel tebal Andainya Takdir 2 ni.  Dulu masa bujang sehari boleh habiskan. Sekarang ambil masa sampai seminggu kadang sampai sebulan. Dulu kalau beli 3,4 novel confirm habis baca semua. Sekarang kalau beli novel 3,4 buah, simpan dulu di rak buku buat pekasam. Ada masa baca,  tak ada masa duduk diam diam dekat rak tu. 

SINOPSIS ANDAINYA TAKDIR 2


Andainya Takdir 2 mengisahkan tentang Airil yang berusaha untuk meraih cinta Fatihah kembali. Walaupun telah bercerai, Airil masih sayang dan cintakan Fatihah. Namun sebaliknya pada Fatihah. Selepas bercerai,  dia berubah jadi seorang yang keras hati, dan ego kerana masih takut dan trauma dengan kejadian yang menimpanya ketika masih menjadi isteri Airil. 

Kerana tidak tahan dengan sikap Airil yang masih mengawal segala perbuatan dan pergerakannya,  Fatihah membuat keputusan berpindah dan bekerja di Terengganu. Di Terengganu,  hidup Fatihah semakin kucar kacir kerana diganggu bosnya,  Nizam yang meraih cintanya. Namun,  Fatihah lebih menyenangi dan menyambut cinta Hafiz. 

Airil pula tekad mengubah nasibnya dan merujuk doktor pakar berkaitan penyakit cemburu buta yang dihidapinya untuk meraih kepercayaan dan cinta Fatihah semula. Namun,  dek kerana kecewa Fatihah tidak mahu menerimanya,  Airil cuba menerima dan menyambut cinta Sofea. 

Tapi,  adakah Fatihah dan Airil bahagia dengan pasangan pilihan masing masing. Bertaut atau tidak cinta mereka hah korang kenalah beli novel atau tengok drama Andainya Takdir 2. Tak bestlah kan kalau Mimi bongkar ending cerita tak feel korang nanti. So far, Mimi suka Andainya Takdir 2 sebab tak ada adegan Airil pukul Fatihah. Cuma Airil adalah pukul lelaki yang ganggu Fatihah. Cuma jadi kesian pada Airil sebab asyik kena marah dengan Fatihah. 

kKorang kalau jenis tak sabar nak tahu ending cerita beli sajalah novel Andainya Takdir 2 ni. Lagi puas hati. Macam Mimi beli sebab memang minat baca novel dan jarang tengok televisyen. Sekarang ni Mimi sambung baca novel lain pula yang diadaptasi ke drama juga.  Nak tahu novel apa tunggu Mimi update nanti! 

10 ulasan:

  1. mek pun tak tgk jugak yg first. novel pun tk bace. hihi. nmpk sinopsis tu ok.

    BalasPadam
  2. Alaaaaa...jeles..jeless...jeles...dia dh beli dah rupanyaaaa......tak sabar nak cari ni...MPH xde la...kat popular book jugak ni kena cari

    BalasPadam
  3. Zira dah lama tak baca novel, dulu masa belajar kerap juga baca novel sebab takde watpe n takde sapa marah. Kalau dah duk umah ni memang xde masa baca n banyak keje kena buat

    BalasPadam
  4. Masa baca review akak ni Sally tgh tgk ulangan yg first kat TV ni haaa Kak...terus excited nak tgk yg no 2...malas nak membaca! 😬

    BalasPadam
  5. Cerita ni best jugak..zaza jarang tgk tapi ada gak lah beberapa kali follow.. Memang geram dgn mata airil tu kan.. Untuk yg musim ke 2 ni pun tak sbr nak tengok

    BalasPadam
  6. Oh thanks for sharing the review. I dah lama tak baca novel, kalau baca pun material tentang kerja and manual je.

    BalasPadam
  7. Harini start citer andainyavtakdir 2dekat tv. Memang kena tengok ni, tunggu lama dh..huhu..siapa yang nak balik kalau suami masih kaki kontrol

    BalasPadam
  8. Akk suka tgk tv dr membaca novel. Sebab kekangan masa. Anak kecik2, taknleh feel

    BalasPadam
  9. laa ada novel rupanya.best jugak drama ni.sakit hati dgn si airil tu

    BalasPadam
  10. bermakna berjaya la diaorg bawak watak masing2 huhuhi

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.