KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018

KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018 | Selamat Hari Raya buat korang semua,  Maaf Zahir dan Batin. Tahun ni korang cuti Raya lama tak? Mimi tak cuti pun. Just cuti Raya pertama sampai Raya ketiga lepas tu Isnin dah masuk kerja. Tahun ni pun Mimi beraya berempat saja dengan anak anak tanpa suami. Tahun lepas tema baju raya kitirang warna Maroon dan Dark Emerald.  Tahun ni KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018.

KELABU PINK TEMA BAJU RAYA 2018




Tahun ni Mimi dan anak anak berbaju kurung moden cotton saja. Adhwa pula Mimi belikan kurta warna dark grey. Memang decide tahun ni warna kelabu pink tema baju raya 2018. Tahun ni sambut raya pun biasa biasa saja. Mood nak beraya tak ada sangat. Anak anak saja yang seronok beraya. 



Tahun ni Mimi beraya di sebelah family Mimi di Port Dickson. In shaa Allah tahun depan beraya di Melaka pula. Raya kali ni pun Mimi tak beraya sangat rumah saudara mara lain sebab ramai pula demam tahun ni, tak sihat kan. Sempatlah beraya beberapa rumah wan saudara. Tapi sambutan Raya tahun ni tetap meriah sebab kitorang 7 beradik dapat berkumpul sama. 

Adik no. 4, Amar,  Mimi,  adik ipar Zul,  adik no. 3 Suria, adik no. 2 Dian,  adik ipar Wan,  Rania. Depan adik bongsu Baby.  Adik no. 5 tak ada kerja yang no. 6 merayau. 
So,  sambutan raya pertama Mimi biasa saja. Tak meriah macam sebelum sebelum ni sebab ramai pula ahli keluarga yang sakit dan demam. Musim demam kan sekarang ni. Mimi pun Raya pertama dah cirit birit. Memang lemau jadinya. Nanti,  Mimi sambung cerita hari Raya kedua pula. Gembira + sedih! Kira raya kali ni bermakna sangat untuk Mimi sekeluarga terutama ayah Mimi. Nak tahu apa nanti Mimi share ya! 

Post a Comment

13 Comments

  1. Soft jew mix kelabu dan pink. selamat hari raya mimmi

    ReplyDelete
  2. Selamat petang Mama ucapkan. Wah serba pink macam blog mimi

    ReplyDelete
  3. Selamat Hari Raya k.mimi. aina pun raya kali ni xsihat. Demam.selsema & batuk. Adui, hilang mood raya.

    ReplyDelete
  4. Cantik kelabu pink. Mat ri ye !

    ReplyDelete
  5. Ceria semuanya... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin Mimi :)

    ReplyDelete
  6. cepat share..mimi yg sulung ya?

    ReplyDelete
  7. Ibu singgah bertamu di petang hari. Harap sis semakin sihat dan bahagia di hari raya. Pink selalu ya mimi

    ReplyDelete
  8. Cantik semuanya... Selamat Hari Raya Aidilfitri Mimi...

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum selamat pagi. Mama singgah lawat blog sis mimi.

    ReplyDelete
  10. cantiknya mimi diraya pertama.. mekap pun cun

    ReplyDelete
  11. meriahkan bila raya ramai ramai...selamat hari raya...maaf zahir dan batin...

    ReplyDelete
  12. Selamat hari raya utk Mimi sefamily

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com