BOSCH MENGESYORKAN PEMERIKSAAN WIPER (PENGELAP CERMIN) KERETA UNTUK MELINDUNGI INSAN TERSAYANG PADA MUSIM BALIK KAMPUNG INI


Kajian mendedahkan betapa pentingnya wiper untuk keselamatan kereta


  • Kajian Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus rakyat Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 membeli wiper
  • 70 peratus pemandu berpendapat fungsi wiper adalah amat penting untuk keselamatan pemandu dan penumpang
  • Pemandu boleh menggantikan sendiri wiper dengan Bosch Clear Advantage hanya dengan satu langkah muda

Satu kajian yang dilakukan oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan 35 peratus pemandu Malaysia secara purata membelanjakan antara RM21-RM40 untuk membeli wiper manakala 28 peratus dan 15 peratus lagi masing-masing membelanjakan antara RM41-RM60 dan RM80-RM120.

Kajian itu turut mendedahkan 70 peratus pemandu Malaysia berpendapat wiper amat penting dalam memastikan keselamatan pemandu dan penumpang kereta. Bagaimanapun, 53 peratus pemandu cenderung untuk menggantikan wiper kenderaan mereka melebihi tempoh 12 bulan; hanya 32 peratus menukarnya dalam tempoh setahun. Pihak Bosch menyarankan semua pemilik kenderaan melakukan pemeriksaan apabila wiper berusia enam bulan dan menukarnya selepas setahun.

“Walaupun kebanyakan wiper hari ini boleh bertahan dalam tempoh sehingga setahun, kami menyarankan pemeriksaan wiper dilakukan dalam tempoh enam bulan sekali bagi memeriksa bilah sama ada haus dan kerosakkan,” kata Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.” Tambahnya, kualiti getah yang digunakan pada bilah wiper akan merosot dari masa ke masa disebabkan serpihan jalan raya, bahan kimia dan perubahan iklim selain terdedah kepada perubahan cuaca.

“Hujan lebat dan musim monsun terutama di negara tropika seperti Malaysia, pemandu bergantung kepada wiper untuk memastikan cermin hadapan kenderaan bersih ketika hujaan dan penglihatan jelas. Kos selenggara wiper adalah kecil, namun peranan dimainkannya dalam memastikan keselamatan pemandu dan insan tersayang adalah besar,” kata Pang.

“Pemandu yang bakal Balik Kampung tidak lama lagi sempena cuti Aidilfitri perlu mengenal pasti tanda-tanda haus dan kerosakan pada wiper,” tambah Pang.

Wiper Bosch Clear Advantage dilengkapi klip pantas pasang yang membolehkan pemandu menggantikan bilah wiper sendiri dengan mudah dan hanya satu langkah. Getah pada bilah wiper disaluti dengan grafit untuk mengurangkan geseran antara bilah dan cermin depan untuk prestasi mengelap lebih lancar dan senyap



Bilah wiper yang rata turut dilengkapi dengan spring besi mono Evodium meliputi keseluruhan bilah, menghasilkan tekanan seragam ketika bilah wiper mengelap cermin depan kenderaan. Faktor-faktor ini bagi memastikan prestasi mengelap secara konsisten dalam apa jua keadaan, menjadikan Clear Advantage sebagai pilihan wiper paling ideal untuk cuaca di Malaysia.

Panduan pemasangan wiper kereta :  https://www.youtube.com/watch?v=EIZyw3o1F3Y


Cari pengedar sah Bosch untuk wiper: http://startwithbosch.com/my 

Post a Comment

4 Comments

  1. Assalamualaikum, selamat hari raya aidil fitri Mama ucapkan kepada sis Mimi

    Mohon maaf atas segala salah silap sepanjang blogging.

    Elok tukar wiper yang elok sikit kan sis

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, Selamat hari raya aidil fitri. Ibu mohon maaf atas salah dan silap yang semestinya ada. Kerana kita manusia.

    Wiper penting kerana waktu hujan penglihatan terbatas

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya aidil fitri maaf atas salah silap yang saya lakukan secara sedar atau pun tidak.

    Wiper pun nak periksa ya? Tukar baru lagu kan senang. Haha

    ReplyDelete
  4. alamak, baru teringat kancil akk lama tak tukar wiper !

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com