Khamis, 17 Mei 2018

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES | Hai korang! Anak korang guna tak produk Carrie Junior? Anak anak Mimi dari yang sulung sampai yang bongsu memang guna produk Carrie Junior. Sebab baunya wangi. Kali ni Carrie Junior ada produk baru iaitu Carrie Junior Funtime Wipes.



KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES 

Anak anak ni biasakanlah korang. Bila kita pesan jaga kebersihan diri kadang kala diorang dengar kadang kala culas juga. Sama jugalah dengan Aina dan Auni. Nak nak bila waktu diorang bermain dengan kawan kawan dan makan. Tangan dan baju habis kotor kan. Urut dada saja tengok anak anak ni. Dah nama pun kanak kanak peringkat diorang ni nak explore macam macam kan. Kena sabar sajalah.



Tapi sejak dah ada Carrie Junior Funtime Wipes ni Mimi dah tak perlu risau dah tentang kebersihan Aina mahupun Auni. Diorang pergi sekolah memang Mimi bekalkan Funtime Wipes ni sorang satu. Siap pesan kalau tangan kotor lap guna wipes ni. Mimi tak risau pun kalau wipes nih selamat atau tak. Sebab dah sah sah bila wipes bebas alkohol dan bebas paraben sangat selamat digunakan kan. 

Lepas ni dah tak perlu risau tentang kebersihan Aina dan Auni bila diorang di sekolah sebab dah ada Funtime Wipes. Mesti diorang akan sentiasa rasa segar dan bersih. Mimi pun dah tak perlu risau kebersihan anak anak di sekolah dah.

KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU 


Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.



Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.




Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak). *Harga termasuk GST.

14 ulasan:

  1. sha yang dah tua ni pun kluar masih bawak wipe tissue ni. senang dan byk kegunaan dia

    BalasPadam
  2. mmg nk try ni plak sbb yui mmg pakai carie junior. haha

    BalasPadam
  3. bau pun sedap tisu ni kan..elok dan sesuai untuk pergi bawa travel..produk CJ ni mmg best

    BalasPadam
  4. Makin lama makin byk variasi CJ ni...Sally pun dedulu pakai jugak sbb x pedihkan mata..kahkahkah..lepas ni senang, kalau x sempat basuh tgn pun ada tisu basah

    BalasPadam
  5. suke sgt produk2 carrier junior..memang wangi dan best

    BalasPadam
  6. Zira memang suka bau carry junior, sebab ada sikit bau baby produk yang ada pun sangat bagus lengkaplah Kalau ada wet tisu ni untuk baby

    BalasPadam
  7. nad memang bawah tisu basah ke mana sahaja bila ada anak ni..ehehe..kang ada yang kotor ke apa..senang ada tisu basah..dah pakai tisu basah carrier junior ni, best, wangi pulak tu

    BalasPadam
  8. Oo.. ada gak saiz besar yang 80 sheet yea...ingatkan dia jual yang kecik 30 sheet tu je

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.

    Ibu singgah blogwaking blog sis mimi. Anak Ibu semua dah besar, tak pakai wipes lagi dah

    BalasPadam
  10. Wow! i like this brand shower gel its very gentle and smell so good. I have not try their wipe yet.

    BalasPadam
  11. Skrg carrie junior berwajah baru...cantik... Bedak dia pon dh bekas besar...dlu kecik mcm johnsons..hehhee.. Tp wipe tissue dia ni xpenah try lagi... Nnti nk beli la..utk baby..hehe

    BalasPadam
  12. Anak2 buah emi memang suka betul la dengan apa2 produk carrie junior. Nampak packaging pun dorang dah cam. Berhantu betul, haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.