Khamis, 24 Mei 2018

JALAN JALAN JAPAN KINI DIBUKA DI CENTREPOINT SEREMBAN

JALAN JALAN JAPAN KINI DIBUKA DI CENTREPOINT SEREMBAN | Hai korang! Selamat pagi dan selamat berpuasa. Korang familiar tak dengan outlet Jalan Jalan Japan? Yang tak familiar, nanti Mimi kongsi dengan korang apa itu Jalan Jalan Japan. Sabtu lepas, Mimi bawa anak anak shopping di Jalan Jalan Japan tau korang. Rambang mata dibuatnya. Buat korang yang tinggal di sekitar Seremban, Jalan Jalan Japan kini dibuka di Centrepoint Seremban. Best tak best?

JALAN JALAN JAPAN KINI DIBUKA DI CRNTREPOINT SEREMBAN


Jalan Jalan Jalan Centrepoint Seremban


Jalan Jalan Japan di Centrepoint Seremban ni merupakan cawangan yang ketiga dibuka selepas cawangan pertama dibuka pada tahun 2016 di One City Subang Jaya dan pada tahun 2017 cawangan kedua pula dibuka di Shamelin Mall. Apa itu Jalan Jalan Japan? Jalan Jalan Japan merupakan outlet yang menjual barangan terpakai seperti baju, seluar, peralatan sukan, perhiasan rumah, pinggan mangkuk, mainan kanak kanak, kasut dan banyak lagi tau korang. Walaupun barangan terpakai tapi kebanyakan barang yang dijual nampak baru.

Yang paling best sekali, barang barang yang dijual di Jalan Jalan Japan nih harganya murah murah saja korang. Harga barang yang dijual di sini serendah dari RM1 tau. Tak percaya? Korang kena percaya juga.

Mimi pun tak lepaskan peluang shopping di Jalan Jalan Japan. Rambang mata tau tengok. Rasa nak beli semua je. Tapi bila nak berbelanja ni kenalah beringat ingat kan. Jom tengok apa yang ada dijual di Jalan Jalan Japan.

Aneka jenis mangkuk yang ada

Pilih barang untuk hiasan ruang tamu

Auni pun sibuk nak pilih barang juga

Aina dengan patung Doraemon

Pelbagai pilihan baju kanak kanak yang ada

Pelbagai kemeja lengan panjang

Stroller cover

Sudut permainan kanak kanak

Antara permainan yang ada

Adhwa sibuk memilih

Ada kasut, sneaker dan but 

Beg yang pelbagai design dan corak

Pelbagai jenis jar yang ada

Macam macam jenis periuk yang ada

Pelbagai jenis beg wanita yang dijual

Pelbagai jenis dan size permainan kanak kanak yang ada

Permainan kanak kanak yang ada

Monopoly pun ada dijual tsu
Jumlah semua barang yang Mimi shopping hari tu ialah RM104.00 untuk 13 barang. Murah kan? Mimi beli mangkuk, beg untuk Aina dan Auni, bola untuk Adhwa, seluar jeans, sepit rambut untuk Mimi dan beberapa lagi barang.

Lepas ni confirm akan datang lagi ke Jalan Jalan Japan ni sebab ada beberapa barang yang Mimi dah berkenan. Hopefully apa yang Mimi nak tu ada lagilah kan. Takut habis pula kena grab dengan orang lain. Antara yang Mimi nak beli ialah kasut hitam. Buat pakai ke pejabat. Kasut memang nampak cantik cantik dan baru tau korang.

2 mangkuk yang Mimi grab
Hah ni antara barang yang Mimi beli di Jalan Jalan Japan. Mangkuk ni Mimi beli dua sebab berkenan dengan design dan coraknya. Satu mangkuk ni hanya RM10.00 saja tau korang. Murah tak murah? Beli dua baru RM20.00 saja. Mimi pun ada beli mangkuk kecil warna pink, sesuai untuk buat makan aiskrim dengan harga RM15.00 untuk 5 biji. Murah kan?

Dah selesai shopping
Oh ya, lupa nak beritahu korang. Kalau korang nak datang shopping di Jalan Jalan Japan Centrepoint Seremban ni, ia terletak di tingkat tiga tau. Naik lif ke tingkat dua, sebelah kiri ada kedai Ali Baba dan korang jalan terus sampai jumpa eskalator. Naik eskalator tu memang korang akan nampak dengan jelas Jalan Jalan Japan. Senang saja nak cari tau.

Buat semua warga Seremban korang juga boleh shopping di Jalan Jalan Japan Centrepoint Seremban ni tau. Jalan Jalan Japan akan mengadakan Opening Day secara besar besaran pada 02 Jun 2018 tidak lama lagi. Cabutan bertuah buat pelanggan yang bertuah juga ada tau. Korang jangan lepaskan peluang untuk bershopping di Jalan Jalan Japan ni. Memang seronok! Ingat tau mark siap siap di kalendar korang Opening Day Jalan Jalan Japan pada 02 Jun 2018 nanti!

JALAN JALAN JAPAN
Centrepoint Seremban
3, Jalan Dato Siamang Gagap
Betaria Business Centre
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Facebook : 

Instagram :

29 ulasan:

  1. ala tak jumpe monopolu tuh ari tuh... jelessssss tapi mangkuk dia cantik-cantik kan, kena pandai cari sebab kat belakang-belakang dia letak

    BalasPadam
  2. Kalau zaza masuk.. Memang berjam2 la jawabnya ni.. Suka tengok bahagian bag2 dgn baju.. Kalau bawak anak buah ni mau diorang tak mau balik hihi 😋

    BalasPadam
  3. wah so many things to buy there. I spotted few. Hopefully i can find some when i am going this weekend

    BalasPadam
  4. Tak saba nak pergi 2 haribulan ni... syoknyelah shopping situ

    BalasPadam
  5. Wahh dh bukak kt seremban plak ye..harap2 lepas ni dpt bukak kt penang plak..tgok brg diorg pun fuhhh best kut

    BalasPadam
  6. Cantik mangkuk tu Mimi. Nasib Rawlins tak pergi - bahaya sungguh kalau Rawlins sergi harı tu, mau ada yang tak balik hahaha

    BalasPadam
  7. Sekarang dah senang nak dapatkan produk dari negara Jepun banyak jual kat Malaysia harga boleh tahan lah juga.. Bila pulang barang Malaysia nak dijual macam ni kat luar negara yer...

    BalasPadam
  8. Heard so much about Jalan Jalan Japan but haven't got the chance to visit yet. So envious that you got to shop for cheap. Seremban sudah ada, Ipoh bila lagi?

    BalasPadam
  9. Congrats to Jalan Jalan Japan for the new opening. I usually visit Shamelin or one city branch. Many items I have buy and is affordable goods condition still OK.

    BalasPadam
  10. Memang berhantu masuk kedai ni..cukup 5 jam dalam ni memang boleh bukak kedai kat rumah..hahaha..semua yang dipegang semua cantik dan berkualiti..nanti nak nak pergi nak beli pinggan mangkuk lagi,ada banyak pyrex akak tgok ari tu

    BalasPadam
  11. Pernah pergi yang kat Subang Jaya. Tapi tak de barang yg berkenan..yg kt sini nampak macam byk benda menarik je ni

    BalasPadam
  12. Dah byk outlet dah senang betul hehehe..hilma if pegi sana mmg berbaloi beli mainan anak sbb murah gile..ye la anak kita pun main kejap2 je kan hehehe baju pinggan mangkuk semua lawa2 hehe

    BalasPadam
  13. So fast they had another outlet at Seremban. Last time we went to One City and 1 Shamelin only and we indeed had lots of fun shopping.

    BalasPadam
  14. Mangkuk tu cantik la. Nasib Rawlins tak pergi, kalau tak, mesti tak balik-balik sebab seronok berjalan tengok produk kat situ.

    BalasPadam
  15. wah ramai betul ya yang kesini. jjj ni memang bagus dan berkualiti. tengok review pun semua puji ckp bagus

    BalasPadam
  16. Syoknya kak mimi. Kalau kinah pun rambang mata nak pilih yang mana. Ehh lawa la mangkuk-mangkuk semua tu. Berkenan pulak. Hat mainan tu nampak macam baru je. Ni kalau bawak Thahirah ni mau tak nak balik dia haha

    BalasPadam
  17. Bonde suka shopping dekat Jalan-jalan Japan macam-macam keperluan ada dari pakaian kanak-kanak ke dewasa, barang dapur, mainan, kelengkapan rumah.

    BalasPadam
  18. bestkan barang2 kat sini semuanya murah2 dan banyak pilihan. saya selalu pergi yang dekat subang jaya, memang selalu borong kat sana

    BalasPadam
  19. wah, JJJ dah buka cawangan baru yer. Best la orang seremban boleh shopping barang-barang murah. Huda pernah pergi JJJ yang dekat One City tu tahun lepas. Memang syok shopping semua barang terlajak murah

    BalasPadam
  20. Liez xpernah jejak jjj. Rsnya boleh histeria bila masuk kedai nnt.. tgk gambar mimi pun dan buat rambang mata, klau dah smp agak2 mcm mn la erk?

    BalasPadam
  21. mak aihh rambang mata dibuatnya, akak kalau singgah sini dengan askar ni memang tak sah kalau keluar tak beli barang

    BalasPadam
  22. Ya allah murah nya. Pelbagai jenis brg2 preloved ada yer. Yg pasti semuanya cantik2 nanti nk terjah ke sana

    BalasPadam
  23. Ada jugak sis terbaca yg JJJapan dah bukak kat Seremban. Untunglah orang Seremban boleh beli belah macam orang kat KL..tak yah dah susah payah turun KL semata nak ke JJJ ni

    BalasPadam
  24. Geramnya tengok shopping barang banyak2 kat sini. Bilalah nak ada cawangan Jalan Jalan Japan kat Penang pulak.

    BalasPadam
  25. Memang selalu datang JJJ kat sini. Paling suka tengok baju-baju dia sebab banyak yang lawa-lawa dan boleh pakai. Rare kot baju Jepun.

    BalasPadam
  26. oh JJJ sudah buka kat Seremban. Congratulations to ppl staying there. always a good choice buying preloved items there

    BalasPadam
  27. Bestnya JJJ ni. Untunglah orang Seremban. Susah nak cari stores yang jual prelove macam ni, bundle biasa adalah.

    BalasPadam
  28. I haven't been to JJJ though even seen they open! I know they have alot of good and cheap stuff to shop there =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.