PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN | Hai korang! Semalam seharian Mimi sibuk tau. Dari pagi sampai habis kerja, jadual pack sangat. Pagi semalam Mimi terlibat dengan PERTANDINGAN PEMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN di Dewan Tan Sri Khalid, Tingkat 9, IPK Negeri Sembilan.


PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL CONGKAK DAN BATU SEREMBAN


PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL ini disertai seramai 44 orang peserta di mana setiap jabatan menghantar wakil 4 orang termasuk 4 orang VIP yang terdiri daripada isteri Ketua Jabatan dan Timbalan Ketua Jabatan.



Dah nama pun pertandingan permainan tradisional kan, tema pertandingan tu tema gadis kampung ayu ayu gitu. Hahaha. Semua peserta kena berbaju kurung Kedah berkain batik. Baru nampak meriah dan suasana kampung tu kan.





Pertandingan dimulakan seawal pukul 9.00 pagi dan dijangka habis pukul 12.00 tengahari. Pertandingan dimulakan dengan permainan congkak. Selesai congkak main batu seremban pula. Yang mana terror main batu seremban pun kalah sebab banyak ketawa daripada fokus. Kalah menang adat pertandingan. Kitorang sebenarnya lebih nak seronok dan happy happy.




Pertandingan selesai pukul 11.45 pagi awal dari masa yang dijangkakan. Hadiah disampaikan oleh Penasihat dan Penaung PERKEP IPK Negeri Sembilan oleh ACP Nor Azman bin Muhammad Yusuf. 



Apa apa pun memang enjoy habis. Tak kiralah peserta tu pegawai polis ke, anggota polis ke, ketua kerani ke, kerani ke tapi semua tuh bukan penghalang untuk kitorang bersama sama jayakan pertandingan ni. Seronok sama sama kan.


Post a Comment

23 Comments

  1. Best kan k.mimi sekali sekala ada aktiviti gini. Boleh release tension, haha.

    ReplyDelete
  2. Bestnya aktiviti macam ni.. siap berbaju tradisional lagi.. sporting je semua kan. Congkak lama dah tak main.

    ReplyDelete
  3. wow. menarik nyer ni. suka sgt.
    dgn permainan nyer tradisional. hingga la pakaian .
    sporting abis semuanya...
    benda gini kena maintain buat tiap tahun, mimi.
    baru la ia berkembang semula dlm masyarakat.

    ReplyDelete
  4. Dulu masa kecik2 selalu main congkak ngan member2. Tapi dulu saya ada batu seremban..cuma yang main tu..member2 saya. Sebab saya tak pandai main batu seremban. Hahahaha.. :)

    ReplyDelete
  5. Lamanya x main congkak..tp bt seremban memang saya x pandai lansung

    ReplyDelete
  6. Dah macam pertandingan pecah rekod Malaysia lak ramai yang main tu hehehe dengan pakaian tradisi bagus lah acara macam ni...

    ReplyDelete
  7. Kemain ayu lagi baju kedah dan berkain batik. Pastu main congkak dan batu seremban. Dulu masa sekolah rendah saya ni memang suka main batu seremban. Ada time tu famous permainan ni. Masa rehat la mainnya tu.

    ReplyDelete
  8. Masa dulu memang ini ajelah kejenya..sampai hilang batu seremban kena sorok dengan mak! Bagus kekalkan tradisi..sekarang budak moden ada main ke lagi? Tertanya2 pula

    ReplyDelete
  9. Wah menariknya... Siap berbusana tradisional pulak tu. Sekali sekala dengan aktiviti begini bagus juga. Release tension selain merapatkan ukhwah. Bagus betul!

    ReplyDelete
  10. Wah bestnya dah lama tak main congkak.cantik kain batik semua orang hihi

    ReplyDelete
  11. hohoho.. lama giler x main congkak
    dulu masa zaman kita kecik2 benda ni
    je mainan selain serembat ting ting
    galah panjang baling selipar bola
    lisut.. skeg tinggal kenangan..

    ReplyDelete
  12. Salam sabtu. Ibu singgah blogwalking blog sis mimi. Serba berkain batik, nampak ayu gitu

    ReplyDelete
  13. Wahhh bestnya sesekali dpt bermain permainan tradisional mcm nie yer. Siap buat pertandingan lagi. Siap berkain batik. Wahhh rare sangat nie

    ReplyDelete
  14. Alololo comelnyaaaaaaa semua berpakaian Ala-Ala tradisional melayu tu. Ruby dah lupa main batu seremban dan congkak tu macam mana. Tapi masa dulu memang kerap menang lah kalau bertanding. Well well well hahaha. Sekarang anak sedara ajak main batu seremban pun slow. Mata tak cekap macam dulu. Wuwu

    ReplyDelete
  15. Wah bestnya. Tak sangka ada lagi yang mahu angkat permainan-permainan dulu-dulu ni. Memang menggamit memori betol

    ReplyDelete
  16. Nampak kiut je semua pakai baju kedah dan berkain batik. Nad ada lagi tempat congkak dengan guli. Nanti anak dah besar baru boleh main. Seronok main permainan dulu2 kita main ni

    ReplyDelete
  17. Tempoh hari buat pertandingan dam haji dengan rakan2 blogger... next boleh kot buat pertandingan main congkak pula hahahahh..

    Nanti, join tau....

    ReplyDelete
  18. Mengimbau kenangan lalu. Zaman kecik suka main congkak ni. Comel mimi pakai kain batik, berbaju batik. Cantik je semua. Bestnye tengok.

    ReplyDelete
  19. wah.. bestnya ada aktiviti macam ni.. TB sukaaa.. congkak dengan batu seremban memangpermainan kegemaran TB dulu.. tapi bila dah besar dah tak main.. inikan pulak dah jadi mak.. adoi.. tapi satu hari nanti nak main lah congkak tu.. best kan!

    ReplyDelete
  20. Bestnya Mimie ada aktiviti macam nie, lama tak main congkak.. hehehe..

    ReplyDelete
  21. nice event ni..kurang-kurang staf yang muda-muda tu boleh cuba main permainan tradisional ni. agak-agak ada yang tak pernah main congkak atau batu seremban ni?

    ReplyDelete
  22. wooo... i remember this activity back to the school and really fun.. i called it the most friendly match ever as ppl play as fun..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com