Khamis, 5 April 2018

ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Aneka Juadah Enak Majlis Makan Malam Di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 | Hai korang! Baru baru ni Mimi dijemput hadir ke satu majlis makan malam dan semestinya yang paling seronok dapat merasa ANEKA JUADAH ENAK MAJLIS MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3. Majlis makan malam yang diadakan berjalan dengan lancar dan sangat meriah.


ANEKA JUADAH ENAK MAKAN MALAM DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3


Ramai juga para jemputan yang hadir malam tuh. Mimi macam biasa datang dengan suami dan anak anak. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengacara majlis. Seterusnya ucapan aluan daripada pemilik UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 dan bacaan doa untuk memberkati majlis.

Kemudian kitorang dijemput menikmati juadah makan malam yang disediakan. Sambil menikmati juadah, majlis diserikan dengan penyampaian sijil khidmat cemerlang kepada staf UBE, sambutan hari lahir dan juga cabutan bertuah.



Kitorang dijamu dengan pelbagai menu yang sangat sedap dan cukup rempah dan rasanya. Semua ni juadah yang dihidangkan atas meja Mimi dan keluarga duduk. Nak lihat secara dekat menu menu ni boleh tengok gambar gambar di bawah.

Nasi Kuning D'Raja

Ayam Golek
Daging Goreng Beriani

Kambing Masak Pedas

Buah Tembikai dan Epal

Buah dan asam

Selepas makan, Mimi sempat juga merayau dan tengok gerai gerai yang ada di dalam dewan yang meletakkan pelbagai menu seperti Gerai Pembuka Selera, Gerai Penyejuk Tekak, Gerai Pencuci Mulut, Gerai Apam Balik "Kriuk Kriuk", Gerai Aiskrim "Cing Cing Cing", Gerai Kambing Juicy dan Gerai Mee Ketagih.



Gambar di bawah ni semua menu yang ada di Gerai Pembuka Selera tau. Memang membuka selera sungguhlah. Rambang mata dibuatnya. Semua menu nak di makan.

Sup Perut Berempah

Sambal Arab

Acar Arab

Ulam Timun

Ada juga beberapa menu Mimi tak dapat nak rasa sebab perut dah penuh. Tak boleh masuk. Menu yang paling Mimi suka mestilah Nasi Kuning D'Raja makan pula dengan Ayam Golek dan Daging Goreng Beriani memang terbaik. Lepas tu, campur pula dengan Sup Perut Berempah lagi lah bertambah sedap. Semua menu sedap, cukup rasa rempahnya tak lebih tak kurang.

Untuk pencuci mulut, Mimi minum cendol dan makan kek. Mimi suka cendol. Sedap, pekat dan cukup rasa. Kek pula Mimi makan sikit je sekadar nak rasa.





Lupa pula nak beritahu korang, majlis makan malam ni diadakan di UBE Banquet Hall D'Nilai 3. Dewan ni besar tau korang boleh muat sehingga 2000 pax. Apa yang best, selain daripada mengadakan majlis perkahwinan, korang juga boleh sewa dewan untuk majlis makan malam atau pun aqiqah.

Yang Mimi suka, sudut mini taman permainan untuk anak anak yang ada di hujung dewan. Anak anak boleh bermain di hujung dewan sambil diperhatikan ibu bapa. Kira anak anak kecil tidak mengganggu sangat majlis yang ada.

Majlis makan malam di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ni sangat happening tau korang. Diceriakan lagi dengan lagu Hari Raya gitu. Memang puas hati sangat kalau korang atau keluarga nak buat apa apa majlis di UBE BANQUET HALL D'NILAI 3 ni. Ambil saja pakej katering dan sewa dewan di UBE Banquet Hall  D'Nilai 3 ni, semua lengkap.

Baca sini : PAKEJ KATERING DAN SEWA DEWAN DI UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan : 

UBE BANQUET HALL D'NILAI 3

Lot 16660, Jalan Delima 1,
Kawasan Perindustrian Nilai 3,
71800 Nilai
Negeri Sembilan

Facebook :

Instagram :

No.Telefon : 
010-587 0000 / 010-700 7728 / 010-700 7738 / 010-700 7748

Email : 
ubebanquethall@gmail.com
ubecatering@gmail.com

19 ulasan:

  1. Menarik sangat Mimie, kelebihan pakej yang ada kat sini sudut mini taman permainan tu kan.. Kak Sue pun suka, senang anak nak main-main kat situ..

    BalasPadam
  2. Teruja plak akak tengok makanan tu semua...nampak sedap..menarik presentable dan semua yg datang seolah2 ada kat kenduri kahwin kan

    BalasPadam
  3. Meriah menu2 dia..untung bakal2 pengantin skrg, sediakan ongkos je..yg lain ditanggung beres..hehe

    BalasPadam
  4. Meriah nau lah menu-menu ube catering ni. Baru lah tetamu happy balik dr kenduri bila ada lauk pauk cmni kan.

    BalasPadam
  5. Bila tengok ayam golek dan kambing tu kan, dan dan berkeroncong perut...huhu

    BalasPadam
  6. AYam golek tu mencabar keimanan betul lah. sedapnya!

    BalasPadam
  7. pelbagai menu dan pakej lengkap disediakan...terbaik!!

    BalasPadam
  8. Menunya macam kenduri kawen, meriah je tengok. Macam2 ada

    BalasPadam
  9. Daging goreng beriani tu nampak sedap sangat kak Mimi..

    BalasPadam
  10. Best tgok menu semua sedap2 belaka

    BalasPadam
  11. menu banyak sure rambang uiii
    xpe janji dapat merasa semua keenakan masakan mlm tu alhamdulilah

    BalasPadam
  12. menu ni kalau time bulan ramadham tengok mau terliur meleleh2 ..huhuhu.. hidangan semua sedap2 je ni

    BalasPadam
  13. semuanya sedap2..tapi tak boleh lawan cendol la..kan??akak pun penggemar cendol ..heheh

    BalasPadam
  14. Orang yg tengah diet memang X bolh tengok ni ^^ batal diet hahaha

    BalasPadam
  15. Sedapnya semuaa..jadi lapar pulak..syok juga makanan sini ye

    BalasPadam
  16. nampak enak-enak segala hidangan makanan tu. datang sini of course kena rasa semua

    BalasPadam
  17. Segala menu dia nampak menarik. Untung mimi dapat rasa. Senang lah orang nilai nak cari caterer

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.