200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

200 Hidangan Mewah Dari Hidangan Melayu, Barat Dan Timur Hanya Di Bangi Golf Resort | Hai korang! Baru baru ini Mimi berpeluang merasai keenakan menu iftar Ramadhan di Bangi Golf Resort. Terdapat banyak menu menarik yang dihidangkan tau. Masa tengok ke semua menu yang ada memang terliur sekejap di buatnya. Korang juga berpeluang menikmati menu menarik di BGR dengan harga serendah RM59.00 untuk dewasa dan RM29.50 untuk kanak kanak. Jom tengok antara 200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT.


200 HIDANGAN MEWAH DARI HIDANGAN MELAYU, BARAT DAN TIMUR HANYA DI BANGI GOLF RESORT

Sempena Ramadhan ini, Restoran Bangi Golf Resort (BGR) akan menjamu para tetamu dengan hidangan eksklusif di Bufet Ramadhan yang akan bermula pada 19 Mei sehingga 13 Jun 2018.

Korang tak perlu ragu ragu untuk menikmati semua hidangan yang ada di Bangi Golf Resort kerana sejak 2009 lagi ia disahkan halal oleh JAKIM. BGR juga telah diiktirafkan sebagai Restoran Paling Patuh Halal di Selangor dan menerima anugerah tersebut dari Dato' Menteri Besar pada tahun 2017.

BGR juga terkenal dengan hidangan gastronomik yang menawarkan kepelbagaian dan kualiti. Restoran BGR sekali lagi menawarkan lebih 200 hidangan mewah dari hidang Melayu, Barat dan Timur.

Mimi tak sabar nak kongsi dengan korang menu menu yang ada di BGR ni. Mimi sempat juga rasa beberapa menu yang ada. Nak makan semua memang tak mampu sebab banyak sangat tau korang. Ikut tekak nak makan semua tapi apa kan daya perut saiz kecil tak muat nak sumbat semua.

Kambing Bakar

Kambing Bakar yang dipanggang perlahan di atas api dan Sup Kambing Mamak merupakan sajian eksklusif dan popular di kalangan para tetamu. Cef akan menghidangkan daging panggang dan sup kambing yang baru di masak tau korang. Selain daripada itu, korang boleh juga menikmati hidangan istimewa yang lain seperti Satay Daging, Satay Ayam, Kway Teow Goreng dan Mee Mamak yang dihidangkan secara langsung di depan tetamu.

Satay Daging


Satay Ayam

Fries Kway Teow


Korang juga boleh menikmati beberapa hidangan Melayu yang disediakan. Hidangan Melayu yang dihidangkan sangat istimewa tau korang kerana ia menggunakan bahan mentah yang di tanam sendiri di "Kebun dalam Bandar" berlokasi di premis Bangi Golf Resort di mana cef akan memetik sayur sayuran organik dan menghidangkannya ketika Bufet Ramadhan.

Nasi Kerabu atau Nasi Biru dihidangkan dengan ulam yang ditanam sendiri, ikan masin goreng, keropok ikan dan bahan hiasan yang lain. Warna biru pula dari kelopak Bunga Telang yang juga di tanam di kebun. Laksa Sarawak dan Laksa Singapore pasti akan memenuhi citarasa korang turut dihidangkan.


Laksa Sarawak

Lasak Singapore

Okey korang dah tahu menu hidangan Melayu yang dihidangkan. Jom tengok pula menu hidangan Barat pula. Untuk hidangan Barat, korang boleh menikmati keenakan Penne Carbonara dan juga Spaghetti Bolognese.

Penne Carbonara

Hidangan side dish yang menjadi pilihan tetamu dan Mimi juga pastinya Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma. Mimi belum pernah lagi makan telur separuh masak yang direbus sempurna dan sesedap ni dekat mana mana tau. Inilah pertama kali Mimi rasa telur separuh masak yang sangat sedap! Rugi pula ambil satu saja.

Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma

Untuk hidangan Timur, BGR menghidangkan Nasi Ayam Hainan di mana setiap ketulan ayam dimasak secukupnya, empuk dan berjus. Nasi yang dimasak sangat empuk dan diperkaya dengan lemak ayam menjadikan nasi kelihatan berkilau dan penuh rasa. Nasi Ayam Hainan turut dihidangkan bersama dengan sos bawang putih dan halia serta cili. Tidak ketinggalan juga kegemaran ramai, Daging Masak Lada Hitam dan menu baru BGR iaitu Filet Ikan Goreng dengan Sos Mentega.

Nasi Ayam Hainan

Deeo Fried Fish Fillet ith Golden


Untuk pencuci mulut korang boleh menikmati keenakan Churros Sepanyol dengan sos coklat pekat, Tiramisu Itali, pelbagai kuih muih Melayu, puding, agar agar dan buah buahan. Korang mesti rambang mata dengan pelbagai hidangan pencuci mulut yang disajikan.

Aneka kuih muih dan puding

Aneka kuih muih

Roll On Cake

Aneka Pencuci Mulut

Aneka kek

Menarik bukan hidangan yang disajikan oleh BGR. Ini sebahagian daripada menu yang ada tau. Ikutkan banyak lagi. Nak tahu banyak lagi menu mewah dan istimewa di BGR, apa kata korang bawa keluarga iftar di sini. Pasti tidak mengecewakan tau.

Sambil menikmati hidangan mewah dan sedap di BGR, para pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan muzik "live" dari jam 6.30 petang sehingga 9.30 malam setiap hari. Buat korang yang mengunjungi BGR, korang  tak perlu risau dengan parking kereta kerana lebih dari 800 lot parkir disediakan. Surau dengan ruang solat yang luas  juga disediakan untuk memudahkan dan memberikan korang keselesaan untuk menunaikan solat Maghrib. 

Sepanjang bulan Ramadhan Al Mubarak tahun ini, Restoran BGR akan menyumbang sebanyak 1% dari keuntungan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) untuk memperkasakan komuniti dan memberi bantuan kemanusiaan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Bagi memenuhi janji mereka untuk sentiasa menambah hidangan dan memastikan ianya sentiasa ada di meja bufet sehingga majlis selesai namun bekerja dengan konsep sifar pembaziran, Restoran BGR akan bekerjasama dengan Food Aid Foundation untuk menyumbangkan dan menyelamatkan mana mana lebihan makanan dari Bufet Ramadhan untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.



Buat korang yang ingin membuat tempahan iftar  di BANGI GOLF RESORT sempena Ramadhan yang bakal menjelma, korang boleh dapatkan maklumat lanjut seperti di bawah :  


Bangi Golf Resort Restaurant
No 1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi
43650 Selangor Darul Ehsan

Tempahan dan Pertanyaan : 
1-700-81-8557
Email : 
sales@bgrrest.com
Laman Web : 
Facebook : 
Instagram : 

Post a Comment

38 Comments

  1. Rabia nak pergi jauh lah pulakkk..mesti best dapat jumpa blogger2 kan.

    ReplyDelete
  2. Banyak pilihan, harga pun berbaloi sangat kan Mimie..

    ReplyDelete
  3. nak repeat lagi makan tak puaslah hari tu banyak lagi tak rasa ha ha ha selera betul mata melihatnya....

    ReplyDelete
  4. Selamat pagi, Selamat hari khamis sis mimi. Bulan puasa tempat golf jadi tumpuan berbuka ya

    ReplyDelete
  5. Puas makan ne menuh macam-macam dengan harga yang sangat berpatutan

    ReplyDelete
  6. fulamak sedapnya.. banyak plak tu menu dia kalau akak tak tau dah nak mula dgn yg mana satu.. rambang mato

    ReplyDelete
  7. Salam owner blog Mimi Azirah. Mohon update blog list Mimi Azirah dengan blog Rahsia Melancong. Saya sudah update blog list blog saya dengan blog Mimi Azirah yang pandai bergaya. :D

    ReplyDelete
  8. Mama ucapkan selamat hari jumaat kepada sis mimi. Sedapnya, ada 200 pilihan rambang mata

    ReplyDelete
  9. Best kan...tahun depan kita pi lagi eh...banyak pilihan makanan dan yang pasti akak suka part kambing bakar dan mee rebus singapore tu...dessert pun sedap..

    ReplyDelete
  10. Lapar tengok semua menu dia menarik dan nampak sedap.banyak tempat berbuka yang nak kena survey ni untuk buat pilihan

    ReplyDelete
  11. Tahun ni punya preview tak sempat join...huhu.. semoga BgR ada penambahbaikan dari segi pengurusan tempat dan makanan masa bulan puasa.

    ReplyDelete
  12. Banyaknya hidangan yang ada... macam-macam boleh cuba ni. Ros rasa sate tu mesti jadi pilihan ramai .. kuih -kuih pun banyak jenis. Boleh la cuba juga nanti.

    ReplyDelete
  13. tiap-tiap tahun memang meriah blogger buat review buffet di BGR ni..makanan pun nampak sedap-sedap belaka. Harga memang berbaloi dgn kuantiti makanan yang disediakan.

    ReplyDelete
  14. Setiap tahun, menu berbuka puasa di BGR sangat meriah ya. Pelbagai juadah dihidangkan buat pengunjung. Dgn harganya yg bawah seratus ringgit, sangat berbaloi !

    ReplyDelete
  15. OMG! Banyaknya sampai 200 pilihan! Confirm boleh rambang mata jadinya macam ni. Menarik betul! Bolehlah pertimbangkan untuk buka puasa kat sini dengan kawan atau keluarga Ramadan nanti! Woohoo!

    ReplyDelete
  16. Wahhhh... 200 choices and there's a lot. If for me really don't know what to easy anymore. Too much.. hahahaha... The price quite affordable

    ReplyDelete
  17. Kalo ke BGR suka sgt menu sous vide eggs with mushrooms espuma sbb menu tu xde jmpa Kt tempt lain.. Yummy.. Aritu dpt meja dkt ngan kambing syok btul.. Byk pilihan makanan mmg rambang mata

    ReplyDelete
  18. Bgr mmg every year x missed dgn poached telur dan kambing golek (signature dish). Paling suka nasi kerabu dia sbb byk ulam yg ditawarkan

    ReplyDelete
  19. Wah bestla nampak makanan kat sini.

    Banyak pilihan dan nampak sedap.

    Teringin nak turut sama rasai.

    Harga pun not bad. Memang patut datang

    ReplyDelete
  20. sejak bila plak nasi kerabu bertukar nama jadi nasi biru? hihi!

    ReplyDelete
  21. wah.. banyak menu yang sedap-sedap.. ada kambing bakar dan satay kegemaran TB.. adoi.. gigil tengok.. nasib baik jauh.. kalau dekat memang nak ajak family gi sini.. gambar-gambar pun dah nampak menyelerakan menu2 nya..

    ReplyDelete
  22. OMG>..200 dishes!!!??? that's crazy! but also very fulfilling i am sure of it..i would definitely want to try the nasi biru and Sous Vide Egg dan Mushroom Espuma....cravings!

    ReplyDelete
  23. Tahun 2014 mommy ada pergi BGR. Sekarang mommy dah pindah ke Meru, ceruk jugak la. Jauh nak g ke BGR. Kalau dekat mommy jadikan satu tempat untuk berbuka. So yang dekat boleh la berbuka di sini nnt

    ReplyDelete
  24. Wow memang food heaven ni. Dulu pernah buka puasa kat sini, puas hati dengan makanan dia suma

    ReplyDelete
  25. Wow, bestnya makanan dia kak. Banyak pilihan. Tempat yg mudah parking, mmg minat nk p. Mudah.

    ReplyDelete
  26. 200 dishes is a lot and I think I can't finish try every of the buffet. But I enjoy the moment try one by one. Affordable price for such a huge variety.

    ReplyDelete
  27. firstime datang makan sini..... memang menu dia sedap belaka, pakej buffet ramadhan pun murah, jom booking tuk buka puasa nanti.

    ReplyDelete
  28. Serius mmg sedap gila...sbb penah buat event kt sini... Menu dia mcm2 ada... Hrga pon not bad murah..

    ReplyDelete
  29. Ini memang makanan mewah, semua jenis hidangan ada, utara, barat, timur macam 2 ada. Ramai kata sedap

    ReplyDelete
  30. Kenapa Fried Kuey Teow dia macam mee goreng ni kak? hahahaha...sally rasa tak excited dengan menu BGR tahun ni..hahaha

    ReplyDelete
  31. 200??fuh..mesti berpeluh tukang masak dia nak masak..kiranya apa yang terlintas kita nak makan comfirm akan ada kat sini..terbaik lah!

    ReplyDelete
  32. Tercari2 jugak bufet ramadan yg ada nasi kerabu..mmg fevret

    ReplyDelete
  33. puas hati makan dekat sini..semuanya sedap..harga pun murah..berbaloi makan dekat sini

    ReplyDelete
  34. Every year pun duk cari sous vide Egg tu la emi klu ke sini haha

    ReplyDelete
  35. Banyaknya pilihan dan sedap2 pulak tu. Nasib baiklah jauh, kalau tak tempah untuk buffet utk ramadhan akan datang😅😅

    ReplyDelete
  36. X lama dah nak pose kan.. nampak nyum2 sangat menu2 dia

    ReplyDelete
  37. Alahai.. Salah timing masuk sini..
    Kita nampak satay. Sedapnyaaa..
    Nampak kambing bakarrrr..
    Ddy dorang suka la tu.

    ReplyDelete
  38. Wow best nyer semua lauk di sini, i nak cuba nasi biru itu.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com