Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu korang. Hari ni Mimi up entry santai je korang. Asyik share pasal review saja kan. Kali ni Mimi up resipi pula. Hari hari masak otak boleh tepu tau sebab jadi blur nak masak apa. Tengok dalam fridge banyak saja lauk basah. Ikan ada 4 jenis, sotong, udang, ayam tapi bila tengok blur tak tahu nak masak.
Selalunya kan korang kalau Mimi dah blur sangat tak tahu nak masak apa, Mimi rujuk buku 1 HARI 1 RESIPI Chef Hanieliza. Dalam tu banyak tau resipi yang dikongsikan. Belek punya belek, Mimi tertarik pula nak cuba satu resipi yang dikongsikan oleh Chef Hanieliza. Tapi resipi Mimi ni verai derhaka sebab Mimi guna saja bahan apa yang ada. Nak keluar rumah beli bahan yang tak ada malas. Guna saja apa yang ada janji resipi tuh menjadi. Jadi, jom tengok RESIPI SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA yang Mimi masak untuk makan tengahari hari ni.
RESIPI SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA
![]() |
Sotong Goreng Berempah |
BAHAN BAHAN :
Sotong (ikut korang nak banyak mana)
2 sudu besar rempah kari (Mimi guna rempah kari ikan) - dibancuh dengan air
1/2 cawan air asam jawa
1 kiub pati ikan bilis (resipi asal tak ada. Suka hati jiwa raga tambah)
1 labu Bawang besar merah (dihiris bentuk bulat gelang)
1 labu Bawang besar merah saiz kecil (Mimi guna bawang merah India) - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
CARA MENYEDIAKAN :
Tumiskan bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing sikit. Kemudian masukkan rempah kari yang dibancuh. Masak hingga pecah minyak. Bila korang tengok rempah tadi dah pecah minyak, masukkan sotong dan air asam jawa. Gaulkan sebati. Masukkan kiub pati ikan bilis. Gaul lagi dan biar seketika. Akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris bentuk bulat gelang. Biar seketika kemudian bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidang.
Sotong Goreng Berempah |
Senang dan ringkas saja korang nak sediakan SOTONG GORENG BEREMPAH VERSI DERHAKA ni. Kalau versi asal resipi Chef Hanieliza ni, kena tumis bahan yang ditumbuk tadi dengan halba dan daun kari. Lepas tu ada masukkan tomato. Tapi rumah Mimi tiga bahan ni dah habis, jadi masak saja dengan apa yang ada. Sebab tu Mimi cakap resipi ni versi derhaka. Lepas ni Mimi nak pastikan segala rempah ratus ada di rumah, bila nak masak senang semua ada. Bila habis memang malas nak keluar rumah. Nanti korang boleh try resipi ni makan dengan nasi panas panas sedap.
Janji sedap sis... perut kenyang..ok dah tu..hehe
BalasPadamSesekali derhaka resepi ok jugak. Tak lari jugak rasanya kan 😊
BalasPadamLZ penggemar sotong, masak apa sahaja memang layan.. Nampak sedap sotong rempah camni MA.. Selalu LZ masak versi derhaka juga, hehehe
BalasPadamRamai org suka masukkn hlba.tapi, mk akk xpernah mask pkai hlba
BalasPadamalaaaa kalau makan dehaka tak? nak sikit sedap ni makan dengan nasi panas!
BalasPadamYa allah rabia suka sangat makan sotong no..tak pernah lagi makan sotong goreng berempah ni.
BalasPadamWau, nama resepi pun menarik, apatah lagi rasanya :)
BalasPadamWalking here sis. Jom singgah sini :)
https://hanieylatip.blogspot.my/2018/03/a-sfrnfzl-giveaway.html
Derhaka pun...nampak gaya nyer macam sedap..kuah pekat memikat
BalasPadamhahahha apsal ade versi derhaka ni sis..lawak la..btw terliur tgk gambaq
BalasPadamversi derhaka pun derhaka la mimi..akak dah biasa derhaka ni..hahahaha....
BalasPadamselalu sotong berempah gini, akak msk ngn sutun kering.... sutun biasa tak penah pulak menerai bt hehehhe
BalasPadamkebetulan baru beli sotong tuk hari ni, so boleh try!!!
BalasPadamxkesah laa apa versinya yg penting semua masakan sotong sy sukaaaaaaa
BalasPadamDerhaka tu yg sedap sebenarnya kan. Nak sikit plss.
BalasPadamderhaka kannnnnn sebab makin menambah menambah nasi dalam pinggan! hahaha
BalasPadamsutong ni fav azah jugak tau! nyum nyum lama tak makan sotong :D
BalasPadamjom join segmen Azah :D
http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html
Boleh cuba nt ni...hihi
BalasPadamPergh!! Mengancam walaupun versi derhaka.. kikiki
BalasPadamVersi derhaka tak salahhhh, asalkan lazat...............nyum3!
BalasPadamsenang dan nampak sedap...nk try jugak cmni
BalasPadamSedapnya.. tak pernah cuba lagi buat sotong masak rempah. Terima kasih untuk resepinya kak Mimi
BalasPadamderhaka pun confirm sedap nih mimi
BalasPadamderhaka xpe kak..sedap tu yang penting..huhu..
BalasPadamNampak sedap, belum pernah cuba lagi Resepi Sotong Berempah nie Mimie. Nanti boleh cuba..
BalasPadam