Sabtu, 31 Mac 2018

Resipi Asam Pedas Ikan Pari

Resipi Asam Pedas Ikan Pari | Hai korang! Hari ni korang masak apa? Mimi macam biasalah kalau time cuti Sabtu Ahad mood nak masak tu lain macam. Kalau weekdays nak masak pun tak ada mood sebab penat baru balik kerja kan. Selalunya weekdays, Mimi masak simple dan paling senang nak sediakan. Kalau Sabtu Ahad, memang sampai dua tiga menu Mimi masak. Hari ni Mimi nak share dengan korang RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI yang Mimi masak untuk makan tengahari tadi.

RESIPI ASAM PEDAS IKAN PARI

Asam Pedas Ikan Pari


Bahan Bahan diperlukan :

5 ketul ikan pari
Air Asam Jawa
Air
Minyak masak
Daun Kesum
1 biji tomato (belah 8)
Segenggam cili kering - dikisar
1 biji bawang besar merah(belah 4) - dikisar/dihiris
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - 1/2 inci dikisar / 1/2 inci dihiris
1 sdt lada hitam - dikisar
Garam

Cara masak :

1. Rendam ikan pari dengan air asam untuk hilangkan hanyir ikan pari.
2. Cili kering, 3 bahagian bawang besar yang dibelah, bawang putih, halia, lada hitam, sedikit air dikisar hingga lumat.
3. Panaskan minyak, tumiskan 1 bahagian bawang besar yang dihiris serta halia yang dihiris. Tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Gaul dan biarkan sehingga pecah minyak.
4. Masukkan ikan pari. Biarkan sekejap.
5. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Biarkan seketika hingga kuah menggelegak.
6. Akhir sekali masukkan daun kesum dan tomato. Gaul sekejap. Tutup api. Boleh dihidangkan.

Korang juga boleh tonton video yang Mimi sertakan di bawah.



Mimi suka makan Asam Pedas versi macam ni. Sedap. Sebelum ni Mimi buat Asam Pedas ikut style mak mertua. Tak berapa pedas sangat. Ada bahan yang tak digunakan. Itu kalau masak ikut style Melaka. Kalau masak ikut style PD pula atau versi mama Mimi, dia campur sikit rempah kari ikan bagi lagi kaw. Lada hitam tuh letak lagi banyak. Memang terbaiklah. 

Tadi masak Asam Pedas pun buat macam biasa cuma tak guna rempah kari ikan. Bahan yang ada ni pun terlebih cukup tu pun Mimi kurangkan lada hitam sebab risau suami tak tahan. Isteri dia ni memang hantu pedas. Pelik juga tau dulu Mimi memang tak tahan pedas. Sejak mengandung anak kedua sehinggalah sekarang menjadi jadi kuat pedasnya. Tapi jangan amalkan selalu okey.

Korang yang teringin nak makan Asam Pedas Ikan Pari ni bolehlah cuba resipi ni. Kalau korang tak suka tomato boleh je gantikan dengan bendi ikut kreativiti korang bila memasak okey. Selamat mencuba!

4 ulasan:

  1. sedap asam pedas ikan pari.lama tak makan pari ni..

    BalasPadam
  2. Fiza pun suka masak asam pedas ikan pari. Pergh... Sedap!!! Makan dengan nasi panas.

    BalasPadam
  3. Mak hai sedapnya Mimie, baru tau masukkan rempah kari sekali ye. Nanti nak cuba juga lah..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.