Selasa, 13 Mac 2018

Panama Dance Haram?

Panama Dance Haram? | Sekarang ni kalau buka facebook ke instagram banyak sangat Panama Dance yang dilakukan pelbagai lapisan masyarakat. Baru baru ni Mimi berkesempatan tengok beberapa video Panama Dance yang dilakukan oleh pegawai awam yang bertugas dibawah Kementerian Kesihatan. Ada dari klinik kesihatan dan hospital. Kira diorang buat Panama Dance tu kira menyahut cabaranlah kan. Dari satu sudutnya memang bagus untuk kesihatan sebab ia boleh dianggap sebagai satu senaman sekaligus meredakan penat dan tekanan yang kita hadapi.

Itu dari sudut positif lah kan. Dari sudut negatifnya? Kita sebagai muslim boleh atau tidak melakukan Panama Dance tu? Adakah PANAMA DANCE HARAM?


Menurut Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Panama Dance HARAM DILAKUKAN kerana ia membabitkan percampuran lelaki dan wanita bukan mahram. Dengan berkongsi persembahan (video) di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya boleh dilihat oleh mahram sahaja. So, secara ringkasnya PANAMA DANCE HARAM DILAKUKAN sekiranya berlaku percampuran antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. 



Apa yang Mimi tahu dan fahamlah kan, kalau nak buat Panama Dance tu boleh je kalau korang buat di rumah dengan anak anak atau adik beradik tanpa dilihat oleh orang yang bukan mahram. Yelah anggap sebagai buat senaman sambil berPanama Dance. Gasak korang nak buat gaya apa pun janji tertutup kan. Sama macam zumba lah korang. Apa pun kita nak buat elakkan daripada percampuran lelaki dan wanita bukan mahram.

Nak buat juga dengan kawan kawan? Boleh sekiranya PANAMA DANCE tuh korang buat sama sama jantina. Pastikan tiada percampuran lelaki dan wanita. Dan bagi wanita apa yang Mimi nak highlightkan ialah korang nak buat panama dance sesama kawan kawan wanita boleh saja tapi pastikan tempat korang nak buat tuh tertutup dan elakkan daripada pandangan lelaki bukan mahram. PASTIKAN jika ada rekod video, video tersebut tidak dikongsi di media sosial. Faham kan? Nak lagi selamat tak payah rekod.

Bagi Mimi simple saja, nak buat sesuatu kena fikir baik buruk tindakan kita. Kena ambil kira tentang hukum hakam juga. Nak buat zumba? Panama Dance? Buat sajalah tapi dalam rumah tanpa dilihat oleh orang yang bukan mahram. Thats it.

23 ulasan:

  1. Setuju.. kalau buat di rumah bersama anak-anak memang bagus.. berzumba bersama anak-anak kan sis..

    BalasPadam
  2. kena sentiasa berhati-hati dengan tindak tanduk kita.

    BalasPadam
  3. yelah,kalau dok post dekat fb kan,semua orang nampak,yang menonton pun mestilah dari lelaki dan perempuan.setakat nak buat dalam rumah,or tempat yang tertutup tu ok je...Janji niat kita tu tak melencong ke lain..kita pun buat zuma panama ni kat rumah

    BalasPadam
  4. Kak Sue pun setuju Mimie, kalau nak buat lebih baik buat kat rumah ja. Bila dah open kat public nie dah macam-macam hal pulak timbul nanti kan..

    BalasPadam
  5. Syukur tak terjebak walau dengar jugak lagunya.. hehehe..

    BalasPadam
  6. Tulah dah jd viral sana sini video panama ni..bukam panama ja..byk video mcm ni gak..seronok sgt kut nari haha..harap2 el x terjebaklah huhu

    BalasPadam
  7. jangankan Panama Dance ..

    joget atau zapin pun sama..

    tengok penari wanita dia..

    dengan lengok dan gerakan badan yang mengasyikkan kaum lelaki..

    kalau mereka tak cantik tak pelah..

    masalah penari begini mempunyai susuk tubuh yang sangat menarik..

    Fuh!...

    BalasPadam
  8. Tengok jugak panama dance kat fb orang share. Haha... Tak terfikir lagi nak try.. Mimie.

    BalasPadam
  9. Singgah blogwalking. Selamat pagi puan

    Ilmu yang betul akan bawa kita ke jalan yang lurus

    BalasPadam
  10. apa2 yg melibatkan aurat dan percampuran lelaki perempuan tampa batas memang patut dielakkan.

    BalasPadam
  11. husband bising sy dok layan panama dance tu. masalhnye menari depan dia ja....hahahahaha.. sy rasa ok je wat panama dance ni selagi tak langgar syarak. menari dlm rumah je misalnye...

    BalasPadam
  12. kalu da tegedik2 pastu rakam n share kt soc med mmg laa jd haram lbh2 ada lelaki sekali

    BalasPadam
  13. panama dance ni mcm joget2 lain pun, kalau bt sesama wanita ke ngn anak2 tkade jd apa pun.... tp bila dh diviralkan, dia buat ramai2 bersama2 laki pempuan... jd benda lain lak...

    BalasPadam
  14. betullah, haram kalau campur lelaki perempuan bukan mahram .. Nak buat, boleh saja buat sendiri2 tak perlu nak show off kat org ... tq highlight benda ni, kdg2 kita lupa bab hukum.

    BalasPadam
  15. tapi lagu panama tuh mmg catchy kan ..hehhhee.

    BalasPadam
  16. rasanya panama dance tu tak haram..yg haram tu bila lelaki dan perempuan bukan mahram menarik bersama dan kemudian menjadi tontonan public sbb tu boleh buat kat rumah dgn anak2 kalau kita teringin kan..wallahuallam

    BalasPadam
  17. TQ info ni Mimi tengah femes Panama Dance ni kan!

    BalasPadam
  18. Yup, ia haram sebab campur tuh je..nak joget sendiri, beraksi sendiri, takde masalah....
    sebab ada gayanya kan lentok lentokk ~

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.