Assalamualaikum dan hai korang. Salam Sabtu dan selamat beristirehat. Minggu ni Mimi tak pergi mana mana pun. Anak anak sekolah hari ni ada Kem Solat di sekolah. Mimi tinggal berdua dengan Adhwa dekat rumah. Suami pula tugas standby dengan polis. Nak PRU ni faham faham sajalah kan. Jadi berdua dngan Adhwa saja mereput dalam rumah.
Hari ni duduk rumah macam biasalah macam macam kerja kena buat kan. Kemas rumah, masak dan sebagainya. Bila kena masak hari hari ni jadi blur pulak kan. Memang tak ada idea langsung nak masak apa. Siap minta adik adik Mimi bagi cadangan menu dalam group whatsapp. Bila adik adik bagi idea baru Mimi dapat idea nak masak apa. Punya banyak bahan basah, Telur Masak Kicap juga Mimi decide nak masak. Bila dah masuk dapur jadi lain pula menu masakan Mimi. Idea nak masak menu tu tiba tiba datang spontan.
Hari ni masak tiga jenik lauk simple saja. Cukup untuk kami lima beranak makan. Inilah menu spontan yang terlintas dalam otak Mimi masa nak masak tadi.
Sotong Masak Kunyit dengan Buncis |
Sup Sawi Campur Telur |
Telur Dadar + Bawang + Lada Merah |
Semua menu ni Mimi ambil masa sekejap saja nak masak. Semua bahan main campak campak saja dalam kuali. Nak sediakan semua bahan pun tak renyah. Sotong Masak Kunyit dengan Buncis tu first time masak macam tu tau. Sebelum nih sayur buncis masak asing. Kali ni bubuh sekali dalam sotong senang kerja. Sup Sawi Campur Telur tu Mimi masak untuk Aina dan Auni. Diorang suka makan sup sayur macam tu.
Jadilah tiga menu simple untuk makan tengahari hari ini |
Tepat pukul 12.30 tengahari dah siap masak semua menu dan nasi. Air pun dah siap buat. Tinggal tunggu suami jemput anak anak balik sekolah saja dan makan. Korang masak apa pula? Share menu apa boleh bagi idea nak masak apa pula untuk hari esok kan.
18 Comments
sedapnya tgk sotong tu... rajin mimi masak
ReplyDeleteini simple? pehhh.. best gila kot.. telur tu paling best!
ReplyDeleteSedapnya...terus terasa nak beli sotong esok..
ReplyDeletetelur dadar tu juga win dan habis dulu
ReplyDeleteeheheeh
Yg simple tu yg menyelerakn
ReplyDeleteSedapnya menu miminmakan dgn nasi panas2 Pula Tu.. aduihh sedapp
ReplyDeleteMudah tu yang plg sedap mimi oi. Lapar perut pepagi tgk gambar2 ni.
ReplyDeletewah yang simple tu pun sedapp ;)
ReplyDeletewalaupun simple tp nampak menyelerakan betul.... kadang yg simple2 gini lg mkn bertambah2
ReplyDeleteYang simple tu la boleh buat nasi bertambah-tambah. Fiza kalau ada telur dadar dengan kicap pun boleh kekenyangan dibuatnya 😄
ReplyDeleteSimple tu yang sedap...biasa la masalah ni melanda pada mak- mak macam kita ni...sebab tu selalu terjadi menu rekaan sendiri...agak- agak boleh tak kita buat buku resepi plak nanti..hahahaha
ReplyDeletecampak2 pon sedap oklah. sekarang ni mak2 pon busy nak masak tak sem[pat. janji sedap
ReplyDeletelamanya tak makan sotong..terliur
ReplyDeleteYang simple tu yang sedap makan bertambah2 nasi hihihihi.. Selalu gak masak simple suami suka makan gitu
ReplyDeleteSup sayur tu macam best je.
ReplyDeleteNampak menyelerakan.
Kak Sue suka menu simple macam nie, kalau kat rumah nie bertambah-tambah anak beranak makan..
ReplyDeletesedapnya
ReplyDeleteSaya suka sup sawi, telur ponn~ Masha ALLAH, nikmat yakmat ! heheh
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com