Ahad, 25 Februari 2018

Waktu Yang Paling Sesuai Timbang Berat Badan

Waktu Yang Paling Sesuai Timbang Berat Badan | Kalau bercerita bab berat badan agak sensitif sedikit sebenarnya kan? Nak nak orang tanya berapa berat korang. Tapi korang tahu tak sebenarnya ada cara nak dapatkan bacaan berat badan yang tepat sebenarnya. Bukan main timbang saja sebab ada waktu berat kita berbeza beza tau. Jadi, Mimi nak share dengan korang waktu paling sesuai timbang berat badan.

WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN

Penimbang berat badan yang Mimi beli di Shopee


Dulu Mimi pelik juga kenapa timbang berat badan hari ni lain hari esoknya lain. Kadang turun kadang naik. Sampai Mimi cakap penimbang rosak. Hahaha..Sekali bukan penimbang tu rosak tapi Mimi yang sebenarnya salah tak tahu WAKTU YANG PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN. Sia sia saja penimbang tu dipersalahkan.

Sebenarnya korang waktu yang paling sesuai untuk korang timbang berat badan adalah pada waktu pagi. Kenapa waktu pagi bukan waktu malam? Ini kerana berat badan kita pada waktu pagi dan waktu malam adalah berbeza. Perbezaan ini adalah disebabkan pengambilan makanan dan minuman yang tidak konsisten serta keadaan pundi kencing yang tidak konsisten juga.

Jadi, korang adalah disarankan WAKTU PALING SESUAI TIMBANG BERAT BADAN adalah waktu pagi. Kalau nak timbang berat badan hari hari pastikan korang timbang berat badan pada waktu pagi selepas bangun tidur, selepas buang air kecil, sebelum makan sarapan dan timbang berat badan pada waktu yang lebih kurang sama. Mungkin ada yang masih kurang jelas dan faham kan. Okey, jom Mimi terangkan.

Contoh hari Isnin, korang bangun pagi jam 5.45 pagi. Korang terus mandi, dah buang air kecil dan air besar. Keluar bilik mandi lebih kurang pukul 6.05 pagi. So, korang terus timbang berat badan. Berat badan yang korang dapat tuh lah berat badan sebenar. Dah timbang, lepas tu nak melantak sarapan pun tak apa. Esoknya hari Selasa, rutin seperti biasa. Tapi hari korang keluar bilik mandi 6.07 pagi. Korang terus timbang berat badan. Jadi, waktu korang timbang berat badan ni lebih kurang sama dengan hari semalam.


Gambar kat atas ni Mimi timbang waktu malam tau. Yang atas sebelum mandi dan buang air kecil. Gambar bawah selepas mandi dan buang air kecil. Keluar bilik mandi terus timbang, kaki pun tak sempat kering. Tu sebab nampak kesan air pada penimbang tu. Nampak kan berat berbeza. Tapi nampak still berat kan sebab yela perut penuh makanan lagi plus belum membuang. Setiap pagi timbang berat Mimi maintain je around 59-60 kg. Bila malam je berat mendadak naik. Sekarang ni dalam usaha turunkan berat badan ideal sebab lutut dah mula sakit. Sebab apa sakit? Boleh baca entry Mimi kat bawah nih.

Baca sini : 



Sebelum ni memang Mimi pernah dengar berat badan yang paling ideal untuk kita timbang adalah waktu pagi. Itu sebenarnya berat badan kita. Rutin harian Mimi sekarang ni kan setiap kali lepas mandi, Mimi akan timbang berat badan. Kalau timbang waktu malam pun saja suka suka nak tengok beza berat waktu pagi dan waktu malam. Dekat rumah memang Mimi standby penimbang berat badan tau. Mimi beli di Shopee. Harga asal RM3+.++ tapi selepas tolak diskaun baucer dapat harga RM2.++ saja. Hah, terlebih jimat kau!! Nak shopping kena jadi bijak.

Penimbang berat badan iscale

Masa beli penimbang ni, Mimi dapat juga tali tape pengukur warna pink yang digunakan untuk ambil ukuran bila buat baju tu dan dibekalkan juga bateri saiz triple A dua biji. Apa yang best penimbang ni, selain daripada timbang berat ia juga akan paparkan suhu korang.

Berat badan Adhwa

Gambar di atas ni berat badan Adhwa yang di ambil pada pukul 8.46 malam ya. Suhu dia memang tinggi sebab Adhwa demam time ni tapi pantang nampak penimbang dia nak juga timbang. Macam Mimi cakap sebelum ni lah, kalau timbang berat badan waktu malam saja suka suka. Selalunya timbang berat waktu pagi paling sesuai. Nanti Mimi share dengan korang berat yang Mimi ambil setiap pagi mulai 26.02 sehingga 28.02. Cukup tiga hari sajalah Mimi share. Berat sebelum ni Mimi catat dalam buku saja. Oh ya, penimbang ni kalau korang nak beli cari saja dekat Shopee tau. Laju laju lah install aplikasi Shopee confirm tak rugi...hehehe

67 ulasan:

  1. tips terbaek.. blh timbang pagi2 ni.. hehe

    Jemput singgah tgk entry terkini k.. :)
    1. Mee Udang Asajaya

    BalasPadam
  2. saya tiap2x hari cek... rasa berat je check. hahaha

    BalasPadam
  3. Oh, patutlahhhh..macam tuh rupanyaaaa~ hahaha~
    Adik saya, hari hari check, waktu lain..so memang nampak beza sangat~ fikir penimbang tuh rosak gak..ahhaha

    BalasPadam
  4. wahhh.. baru tahu ni. selama ni main timbang je tak kira waktu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...SA pun main timbang je..hahaha...skrg dh tau dh..

      Padam
  5. Balasan
    1. Kat shopee ada jual tak agaknya linda...haha..

      Padam
    2. Menariklah penimbang yg mimi tunjuk ni, mahal tak mimi

      Padam
  6. penah dgr psl nih jgk, sbb tu akak selalu timbang time pagi2 klu ptg ke mlm tu mmg blh buat hati sakit hhahaha
    n sbb tu jgk org pesan jgn timbang tiap2 hari biar seminggu sekali or dua je baru betul...

    cute je penimbang pink awak tu dik

    BalasPadam
  7. takut nak timbang sebab angka nya makin naik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA dh x takut dh sebab dh tau dh cara yg betul..

      Padam
    2. Samalah hi hi hi... takut naik penimbang juga

      Padam
    3. SA tak pa hot n gojes dah, khaty ni bambam n comel sangat tau. penimbang ibarat musuh sebab selalu bagi jawapan yang tak best..kofkofkof

      Padam
  8. ha..betul la pemahaman Sal...kena timbang pagi sebab dulu ada gak member share pasal timbang berat badan ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu SA timbang sebelum makan tghari..hehehe...la ni gigih nak naik penimbang waktu pagi..kena ada satu kat rumah ni

      Padam
    2. Bonde pon ingat timbang waktu pagi rupanya salah hi hi hi

      Padam
  9. info yg sgt berguna..selama ni tak tau pun bila accurate time utk timbang berat hehe..lps ni blh la start monitor balik

    BalasPadam
  10. Ohh patut pun. Selama nie ikut suka hati je nak timbang bila

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...selama ni main belasah je nak timbang..pas tu krik krik tepi meja

      Padam
  11. Ohhh baru tahu nak timbang berat badan yang sesuai pada waktu bila. Saya timbang ikut suka je. Jap malam, jap siang. Hehe...rupanya ada masa yang sesuai. Kena kekalkan berat badan ideal untuk kesihatan kita. Kalau terlebih berat akan ada penyakit pula kemudian hari.

    BalasPadam
  12. Kalau pagi perut kosong lagi kan..hahah..kalau malam kang baru nak timbang,memang berbeza

    BalasPadam
  13. Nak kena beli jgk la penimbang ni.. Lama dah tak timbng berat..

    BalasPadam
  14. Owhhh... BAru tahu ada masa yang sesuai untuk timbang berat badan. Selama ni main timbang jer tak kira waktu... hahaha... Thanks for the info mimi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pas ni tak yah meroyan pasal berat badan dh kan

      Padam
  15. Sekarang baru tau kenapa naik turun berat badan tu. Whoa penimbang ni siap ada suhu badan. Hebat la.

    BalasPadam
  16. Tak tahu pulak kena ada specific waktu utk timbang berat. But anyway, sy timbang pd waktu pagi ke petang ke malam ke, berat still pada tahap mengecewakan. Entah bila lah nak naik berat ntah

    BalasPadam
  17. Akak pun biasanya akan timbang pagi sebelum sarapan...kalau timbang waktu lain memang makan hati la..menangis tepi katil...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus mimi share, memang tak tahu sebelum ni kan SA

      Padam
    2. betul, kalau timbang selepas tu agaknya memang lagi kecewa perasaanya

      Padam
  18. Tiap-tiap pagi timbang... takut nak timbang malam. Sebab selalu kalau malam beratnya berbeza dengan pagi. Hihi

    BalasPadam
  19. Saya dah lama tak timbang ,sebab tau berat biasa antara 39-42 sekitar tu je

    BalasPadam
  20. Baru tahu tips terbaik time bila sesuai timbang badan. Hehehehhe. Patutla ada perbezaaan kan

    BalasPadam
  21. Ohh patutla berat macam naik turun je rupanya time tak betul. Ok lepasni timbang pagi je la. Oh ye menarik penimbang kak mimi ni siap ada suhu badan lagi. Boleh usha shopee ni.

    BalasPadam
  22. Owh baru tau kena timbang pepagi, lama tak timbang berat badan Kak Sue nie. Kawan yang lama tak jumpa Kak Sue, cakap Kak Sue dah bulat.. hahaha..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Paling x suka bila jumpa kawan2 lama komen dh bulat la..gemuk la apa la kan kak sue..

      Padam
    2. khaty pun kategori bambam tapi perasan comel. boleh macam tu. hihihi

      Padam
  23. Nice sharing mimi..baru tahu kalau nak timbang berat ada waktu dia..selalu main suka hati je...

    BalasPadam
  24. i dah lama tak timbang berat badan tapi rasa macam badan ni ringan mungkin sebab catu makanan recently hehehee

    BalasPadam
  25. Oh waktu pagi. .Nanti nk try tgk perbezaan . Biasa main timbang je xikut waktu hehe

    BalasPadam
  26. Agree with you as the correct way to stand on scale is morning. That time out body is the lightest with any fluid.

    BalasPadam
  27. oh ade time jugak ye..heheh sy main bedal je

    BalasPadam
  28. O.. baru TB tahu.. nak timbang berat badan pun ada time2 yang sesuai gak ye.. ingatkan main timbang je suka2 hati.. hahaha

    BalasPadam
  29. Malam kalau timbang memang memangis tepi bucu lah nak. Masa makan tak beringat ye. Hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak selalu macam tu la..hahaha...pas tu mula set nak diet bagai..nampak nasi lemak terus ckp..xpe la banyak lagi masa

      Padam
    2. keh keh keh... Ana yg comel pun menangis, Kalu Bonde... lebamlah mata menagis non stop

      Padam
    3. nak diet tu sentiasa ada, tapi buatnya entah bila. itu lah khaty

      Padam
  30. Baru akak tau nak timbang pun ada masa yang sesuai. Biasa ikut je suka hati nak timbang bila...hihi

    BalasPadam
  31. Baru tahu waktu timbang berat badan yang betul. Selalu timbang je x kira time.

    www.liahasty.com

    BalasPadam
  32. eh ada beza rupanya. Kalau gitu, bestlah timbang waktu berpuasa..mesti steady je berat dr pagi sampai ke petang..hehe

    BalasPadam
  33. i always do that when i woke up and the most to take it in the evening... hahahha however it is.. janji sihat! always weigh ourself so that we can maintain not to be overweight though i am now... lolz

    Racheal

    BalasPadam
  34. owh baru tahu
    esok pagi lah timbang balik
    hehehe

    BalasPadam
  35. Wahhh baru tau.. Waktu yg tepat utk timbang bwrat badan. Sebelum ni main hentam sahaja..

    BalasPadam
  36. Haha, tengok penimbang pun takut. COnfirm naik mencanak. Tapi tq k.mimi utk tips tu.

    BalasPadam
  37. Baru tau ada waktu-waktu tertentu kalau nak timbang berat badan yang betul. Hahah! Selama ni timbang ikut suka jiwa je. Macam best je pulak penimbang iscale ni. Siap boleh sukat suhu badan sekali. Nak try usha jugaklah nanti.

    BalasPadam
  38. Yup betul tu...sis pun selalu timbang waktu pagi, time tu memang syiok je tengok angka kat penimbang tapi kalau malam..nak.nangis tengok..hahaha

    BalasPadam
  39. Oo.. kna timbng waktu pg rupanya ye. Sllu ikut dan je. Erm.. mcm nk bli penimbang jugak la kt shopee. Blh guna sllu kn.hihi

    BalasPadam
  40. katanya waktu pagi tu adalah waktu badan kita paling jujur dengan kita. itula waktu terbaik nak timbang. waktu lain tu saja2 suka2 boleb ja tapi untuk orang yang memang keep track berat badan elok konsisten pepagi..

    BalasPadam
  41. ok tq mimi lepas ni nak timbang pagi je laa

    BalasPadam
  42. Tak tahu pun cara timbang yang betul Tak kira waktu. asal dapat berat badan. Hihihi



    BalasPadam
  43. tq mimi.. tapi nak tanya.. harga penimbang tu rm20++ ke rm2.++?

    BalasPadam
  44. ida da lama tak check. asal check je 44.5 underweight. malas aih haha

    BalasPadam
  45. Frust da nak timbang xpenah naik pun huhu

    BalasPadam
  46. Wah..dah lama xtimbang berat bdn..hehe.. Bolehlah nk cuba beli penimbang kt shopee ni..

    BalasPadam
  47. Kalau rabia timbang dekat rumah lain..dekat hospital lain..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.