Selasa, 20 Februari 2018

Tetamu Tak Diundang

Apa perasaan korang kalau rumah korang tiba tiba ada tetamu tak di undang. Macam biasalah rutin harian pergi kerja, hantar anak anak pergi sekolah, balik kerja dan jemput anak anak balik sekolah. Dah jadi kebiasaan, sebelum keluar rumah Mimi akan check satu rumah dahulu. Check lantai, check plug, lampu dan kipas. Dah pasti clear semua baru keluar rumah.

Nak dijadikan cerita, Rabu minggu lepas seperti biasa sampai saja rumah, Mimi suruh anak anak keluarkan beg diorang dari kereta. Aina masa tu pergi tandas tak tahan nak buang air. Mimi pula tergerak hati nak pergi dapur. 

Tiba tiba mata ni terpandang sesuatu. Ah sudah! Ni kalau anak anak kena bisa sengat memang sakit. Tapi masa tu, tengok keadaan tetamu tak diundang tu pun macam lemah saja tau. Mimi masa tak boleh nak fikir, spontan ambil Ridsect sembur dekat tetamu tak diundang tu. Lepas tu, guna belakang pusau kerat kerat badannya. Terpaksa jadi kejam untuk keselamatan anak anak. Tak tahu datang dari mana. First time yang masuk rumah Mimi besar dan panjang. Selalu yang masuk kecil halus saja. Opss!! Lupa pula nak cakap tetamu tak diundang tu ialah lipan.


Masa ni lipan dah "mabuk ketum" sebab duk sembur Ridsect banyak sangat. Nasib kau lah lipan. Tu saja yang terlintas kat fikiran. Nak selamatkan anak anak punya pasal. Risau seorang ibu apa kau tahu kan. Kau tahu nak menyengat saja.

Sebelum ni, banyak kali Mimi bunuh lipan tapi lipan kecil halus saja. Selalu keluar melalui lubang sinki dapur. Tengah basuh pinggan tiba tiba keluar dari lubang sinki. Apa lagi spontan capai pisau ku kerat kerat badan tuh sampai lunyai. Terasa diri nih macam pembunuh kejam pula..hahaha..

Bila suami jarang ada di rumah kenalah belajar beranikan diri hadap situasi macam ni. Serius cakap Mimi ni penakut sikit kalau ada binatang macam ni masuk rumah tapi kalau keadaan dah terdesak suami pula tak ada nak tak nak kena beranikan diri lah kan. Takkan bak biarkan lipan tu merayap dalam rumah. Kot kita kena bisanya tak apa gak ini kena pada anak anak, tak sanggup lah. Biarlah diri sendiri sakit asalkan bukan anak anak.

Korang ibu ibu ada yang berani tak hadap binatang macam ni ke spesis terpaksa beranikan diri macam Mimi juga.

26 ulasan:

  1. Adoi bila ada tetamu macam ne risau kat anak jew. Nak tak nak kena berani juga bila en somi tak ada kan mimi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...teringat dulu Dania duk bleh pegang ingat mainan...seram tengkuk

      Padam
  2. Fiza pun tak berani sangat binatang menggigit mcm lipan. Tapi kan Mimi... Rumah mak mertua Fiza pun selalu jugak masuk lipan bersaiz kecik. Maybe rumah batu tak bertiang kot dan tanah dekat-dekat tu ada sarang lipan beranak pinak.

    BalasPadam
  3. Alamak ni yang bonde seram.. fobia dengan serangga ni.. memang akan bunuh terus! maafkan saya.. sebab awk berbisa

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA memang kalu lipan ke, cacing, ulat sampah pas tu segala mak nenek lipas cicak mmg takut..nampak je macam brutal

      Padam
  4. Kalau lipan memang ana lari dulu. Bahaya kalau kena sengat especially kalau kena dkt anak2 kan.

    BalasPadam
  5. Kalau akak memang batang mop la akak capai..x sempat nak capai pisau de..pernah masa dania kecik umur 2 tahun kot..tgh lipat baju kat ruang tamu tgok dia terkekek2 gelak geli hati ngadap sesuatu..tanya baby buat apa tu..sekali dia angkat guna tangan lipan lagi besar dan panjang dari yg masuk umah mimi tu..huiii x leh ckp seriaunya..nasib baik lipan tu mabuk gak x sengat dania..haih...

    BalasPadam
  6. Semangat tuh always datang bila teringatkan keselamatan keluarga dan insan tersayang..perasaan takut automatik kena letak tepii..hohoo

    BalasPadam
  7. wah berani potong lipan yer
    lipan memang suka tempat2 lembab

    BalasPadam
  8. Kak Sue dah berapa kali dah jadi pembunuh kejam macam nie, ku tenyeh-tenyeh dengar slipar ja kat dalam toilet bawah tu. Bukan apa, macam Mimie juga risau kat anak-anak n Abang Man juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. SA selalu bunuh yang kecik2 yg keluar dari lubang air tu kak..

      Padam
  9. rumah MV selalu jer ada ni...anak2 kadang jerit mak lipan...

    BalasPadam
  10. Bahaya binatang bisa macam ni dalam rumah, mohon jauh dari rumah kita.

    Allahumma antassalam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin, mohon dijauhkan....
      Bahayanya tu memang naya !

      Padam
  11. Alahai boleh tahan besar juga Tu ngerinya.. mmg nakntaknak kena kejamkan diri.juga. binatang berbisa ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu kalau sengat nya budak kecik..susah hidup kita kan..mana nak jaga mana nak kerja

      Padam
  12. Memula bc tajuk..risaukan ular...
    Akk plg geli binatang berbisa. Seram kalu d fikir2kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak memula baca pun ingatkan ular tau..rupanya lipan..

      Padam
  13. eee.. seram tengok.. kat rumah ipoh dulu selalu nampak si kaki banyak ni.. adik TB pernah kena dulu.. jangan dibiar kalau nampak.. memang kena kejam tak boleh kesian2 nak bunuh dia.. eeeee.. seram n geli kaki nya banyak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikutkan memang kesian nak bunuh kan..tapi nak buat cane memang jenis berbisa dan boleh memudaratkan

      Padam
  14. eiii..geli..selalu kalau jumpa memang rembat apa yang paling dekat ja nak bunuh terus.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ganaih khaty na..hehehe..dapat bayang macam mana

      Padam
    2. Asalkan selamat, ye kan.... tapi kalau buku skolah anak.....mau ngamuk anak..hahahaa

      Padam
  15. ish.. akak ada sejarah tau dengan lipan ni.. bila tengok rasa geram je nak bunuh.. huhu

    BalasPadam
  16. Rumah rabia hari tu ada juga lipan ni..takutnya lah..serik dah jumpa dgn dia ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.