Koleksi Barang Hasil Shopping di Shopee

Koleksi Barang Hasil Shopping di Shopee | Selamat Tahun Baharu Cina dan selamat bercuti semua. Cuti ni korang pergi mana? Mimi duduk rumah je korang, jadi surirumah sepenuh masa pula. Duk nak pulun kemas rumah ni. Ada yang kerja tertangguh sekejap. Asyik cerita review saja bosan pula nanti kan. Hari ni up cerita santai santai. Korang pernah dengar pasal Shopee tak? Shopee ni saing saing Lazada, 11Street tau korang. Yang ada jual pelbagai jenis produk dari pelbagai kategori. Mimi suka shopping dekat Shopee tau korang. Best sangat. Banyak juga la koleksi barang hasil shopping di Shopee. Nak tahu apa yang best di Shopee? Sila baca sampai habis.

APA YANG BEST DI SHOPEE?





APA YANG BEST DI SHOPEE ya? Sebenarnya banyak tau korang bestnya Shopee. Jangan di tanya sejak bila Mimi terjebak dengan Shopee ni. Tak mampu nak jawab soalan tu. Apa yang pasti Mimi rasa seronok nak shopping di Shopee ni. Shopping sekali mesti nak shopping lagi dan lagi. Sampaikan adik adik Mimi pun dah terjebak tau. Jom baca dari pandangan Mimi sendiri apa yang best di Shopee.

1) Murah dan Free Shipping
Hah, bila membeli memang dua bemda ni Mimi tengok. Murah dan Free Shipping. Maksud murah di sini ialah bila dah compare harga barang yang sama dengan website online yang ada, Shopee lagi murah dan yang paling best free shipping okey.

2) Kumpul coins
Setiap kali selepas terima barang, kita akan dapat coins selepas kita klik mengatakan kita telah terima barang yang dipesan. 1 coin bersamaan RM0.01. Cuba bayangkan kalau korang ada 200 coins,300 coins. Coins ni boleh digunakan tima korang nak checkout nanti tau. Nanti dari jumlah harga barang yang kita beli akan ditolak siap siap coins yang kita gunakan.

3) Baucer dari seller
Hah ni salah satu sebab kenapa Mimi suka. Ada sesetengah barang, seller akan beri baucer kedai. Bergantung pada sesuatu produk yang kita beli. Bukan semua ada tau.

4) Shocking Sale
Shopee ni selalu sangat buat Shocking Sale. Tak suka betullah. Ni semua nak koyakkan poket orang tau. Shocking Sale ni kadang kadang harga murah sangat tak masuk dek akal.hahaha...Bila nak beli cepat benar habis. Macam piranha sungguh.

5) Pelbagai pilihan produk
Serius Mimi cakap Shopee ada pelbagai jenis produk yang kita nak. Dari barangan dapur hinggalah ruang tamu. Eh macam macam ada sampai rambang dibuatnya. Kadang kadang duk berkenan dengan barang yang Mimi nak terus klik masuk cart belinya entah bila. Hahaha...

Cukuplah Mimi share 5 sebab APA YANG BEST SHOPPING DI SHOPEE. Memang rambang mata tau korang bila buka web Shopee ni. Bila layari web Shopee ni iman kena kuat. Tak kuat iman maka koyaklah poket korang forever and ever.

KOLEKSI BARANG HASIL SHOPPING DI SHOPEE


Rasanya koleksi barang hasil shopping di Shopee Mimi mungkin tak sebanyak korang kan. Sebab Mimi tahun nih baru terjebak dengan Shopee. Sebelum ni apa apa beli di Lazada je. Dan jangan terperanjat pula tengok kebanyakan barang Mimi beli warna pink. Sesungguhnya pink dan Mimi sukar nak dipisahkan.



1. Seagate External Hard Disk 2TB
Produk pertama Mimi beli di Shopee. Sebenarnya dah lama dah Mimi nak beli external hard disk ni. Senang nak simpan movie dan gambar dalam ni. Tak lah handphone berat kan. Lepas duk ushar sana sini bandingkan harga, akhirnya Mimi beli Seagate External Hard Disk 2TB. Warna pilihan semestinya rose gold. Ni pun makan masa tau mencari sebab ada yang berkenan tapi tak ada warna pink. Bila dah jumpa cepat cepat beli.



2. Powerbank Pineng
Sebelum ni ada juga powerbank warna pink tapi anak baling habis hancur berkecai. So belilah powerbank yang lain. Yang pastinya warna pink tetap jadi pilihan.



3. LED Mini Speaker
Rumah Mimi tak ada radio jadi mini speaker ni jadi pengganti radio. Boleh cucuk pendrive pada mini speaker ni. Speaker memang kuat ya amat. Satu kurangnya speaker ni, ia tak ada button volume. Kau hadap sajalah sound lagu yang kuat. Ni kalau sejenis tidur mati kan, cucuk pendrive yang ada orang azan lepas tu letakkan sebelah telinga. Confirm bangun punya sebab sound memang kuat gila. Hah gitewww.



4. Rice Dispenser
Dah lama nak beli bekas untuk simpan beras yang baru. Tong sedia ada dah tak elok. Nak cari tu tak nak warna lain nak juga warna pink. Puas cari akhirnya jumpa juga yang berkenan di hati. Usaha tangga kejayaan kan. Thats why lah suka sangat shopping dekat Shopee sebab apa Mimi nak semua ada.



5. Stainless Steel Electric Cooker with Steamer
Beli ni memang tak plan pun. Tengok berkenan terus beli. Dah beli tak rasa rugi pun sebab boleh masak macam macam antaranya masak maggi, bubur kacang, kukus pau, rebus telur dan pelbagai lagi. Semalam buat bubur kacang guna periuk ni saja senang. Masak pun cepat.

Nih antara barang yang Mimi shopping di Shopee. Jangan jemu tengok semua pink. Dah favourite warna nak buat macam mana. Sebenarnya ada lagi barang yang Mimi order di Shopee tak sampai lagi. Adik adik Mimi pun dah terjebak shopping dekat Shopee sebab tergoda dengan hasutan beracun kakak sulung diorang. Hahahaha...Kejam tak kejam.

Nak shopping dekat Shopee juga ke? Layari web Shopee:


Atau

Download aplikasi Shopee di Play Store

Nota kaki * Dalam proses deko dapur. Tema warna pink. Semua barang untuk dapur beli dekat Shopee je.

Post a Comment

37 Comments

  1. Wah...pink semuanya hehehe. Akk pn suka shoppng kt shopee..murah

    ReplyDelete
  2. banyaknya akk shopping. murah-murah ye kak?
    macam nak kena shopping kat shopee jgak je.
    haritu dah terjebak sekejap sebab asik beli barang tuk adik.
    memang naik rambang mata!

    ReplyDelete
  3. Menarik nampaknya shopping di Shoopee ni. Tak pernah cuba lagi, tapi boleh dikatakan memudahkan dan mutu barangan pun terjaga. Boleh juga try ni nanti.. thanks sharing :)

    ReplyDelete
  4. Sally so far beli 1 benda je...hahaha..pan takoyaki sbb murah!!

    ReplyDelete
  5. Amboi banyaknya shopping. Boleh jd duta shopee dah ni.

    ReplyDelete
  6. woohoo! memang bagus betul Shopee ni sebab banyak sangat jenis barangan yang ada. dengar cerita lebih kurang 6 juta, kan? Fuh! Sebagai pengguna bukan setakat ini berita gembira, tapi berita sedih juga sebab akan jadi rambang mata nak memilih. Haha. Apapun, berbelanja di Shopee memang best!

    ReplyDelete
  7. wahhhh.. banyaknye akak shopping.. hehehe.. Nurul pun memang suka sangat shopping dekat shopee ni.. harga yang sangat murah :D

    ReplyDelete
  8. Okey..akak tak nak terjebak..akak baca je..memang semua tu nampak menarik..memang jahanam akak nyer poket kalau rajin terjah shopee...

    ReplyDelete
  9. mak aih semua warna PINK ! I suka lah tengok, i suka dia punya tempat simpan beras tu, i masih ada kod voucher yang tak diguna lagi nanti nak kena singgah shopee ni tak lama lagi nak expired

    ReplyDelete
  10. Tu dia. Kalau bukan pink bukan Mimi namanya.. Hehehe... Sakan shopping tu. Memang suka beli barang dekat shopee. Tapi baru 3 kali lah. Memang murah compare dengan online shop yang lain.

    ReplyDelete
  11. Yang penting semua warna pink kan? hehee. Cantik. Tak pernah shopping dengan Shopee ni, one day nanti nak cubalah.

    ReplyDelete
  12. Amboi mimi..meriah semua warna pink..mmg peminat pink tegar ni..Saya suka gak shopping kat shopee ni..tapi bulan 12 haritu ada rekod tak cun dengan shopee..so stop dulu shopping kat sini..Nanti agak2 dah lama..kes pun dah lupa, baru masuk semula ke shopee utk shopping..haha

    ReplyDelete
  13. amboi semua barangan beli dekat shopeee warna pink.. hehe... electric cooker with steamer tu, neeza pun ada satu.. best sangat guna lagi2 untuk yang tengah diet, hehe

    ReplyDelete
  14. Amboii semuanya pink. Curlasss ! Banyak nya shopping di shopee yer. Maklumlah, banyak sales kan

    ReplyDelete
  15. Menarik juga ya shopping kt Shoopee ni saya pun dulu selalu jugak shopping kt sini. Tapi sekarang kena berjaga jaga sebab ekonomi diri sendiri tak menentu..huhu

    ReplyDelete
  16. Wah menarik nie Mimie, yang penting pink kan.. ehehe..

    ReplyDelete
  17. Wow banyaknya koleksi dari shoppee.. Nanti nak shopping kat sini jugaklah

    ReplyDelete
  18. Semua pink ye kak mimi hihi... Semua tu nampak best je. mulalah tangan ni gatal nak godek hihi. Kinah ni Tak pernah lagi shopping dengan shopee. Mungkin satu hari nanti

    ReplyDelete
  19. pernah juga beberapa kali membeli di Shopee, best harga berpatutan. pilihan pun banyak sampai rambang mata dibuatnya. tapi sebelum membeli tu elok baca review pembeli supaya dapat elakkan perkara yang tak diingini berlaku kan ;)


    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  20. Iday suka shoppee sebab dia ada kumpul coin, nanti coin tu boleh guna untuk beli next barang. lagi jimat .hehehe

    ReplyDelete
  21. Kadang2 bila masuk Shopee tak tau nak beli apa. Bagus jugak nampak external hardisk, mini speaker tu. Memang nak kena cari ni. So far memang Shopee murah tapi tak tahan ada delivery caj tu je. Haha

    ReplyDelete
  22. Kita sama peminat pink. Selalu juga tengok barang kat Shopee tapi tak pernah beli lagi. Maybe next time nak cuba. Sebab harga barangan dia murah.

    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  23. ray download shoppee tp tengok je x beli pun. hahaha

    ReplyDelete
  24. Wah! nak shopping lagi, kebetualan nak beli external hardisk baru ni.

    ReplyDelete
  25. Almost every week for sure I will have things to buy there. I really don't understand why but if I don't use the promo code and but I will feel even waste. Lolz...

    This platform really favorite platform

    Racheal

    ReplyDelete
  26. berapa harga external hardisk tu, besar tu 2 TB banyak boleh simpan data dlm tu.

    ReplyDelete
  27. Wah, sakan shopping k.mimi. cute lah powerbank pineng kaler pink tu, hihi. Bestkan shopping kat shoppe.

    ReplyDelete
  28. Wah, sakan shopping k.mimi. cute lah powerbank pineng kaler pink tu, hihi. Bestkan shopping kat shoppe.

    ReplyDelete
  29. Wow shopping sakan Mimi. Byk barang pink.tu mmg trademarks Mimi laa

    ReplyDelete
  30. Aikkk...dah kenapa semuanya kaler pink ni?

    ReplyDelete
  31. Samaaaa ! Suka Pink Colour jugakkkk ! Yess, Shopee memang menggiurkan..haha~
    Rabak, barang barang semua best, harga pon elok elokkk je kan..hihi

    ReplyDelete
  32. meriah..banyak gak mimi shopping na

    ReplyDelete
  33. hai pink lover.. hehe.. eh akak ada satu gak seagate tu.. kaler biru.. berbaloi beli

    ReplyDelete
  34. nak tanye la..if beli vitamin c500 shaklee tu ok ke?.. risau produk tiruan tapi murah sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer, takut tiruan la sis. Lagi satu kadang2 harganya murah over sangat, kadang murah lagi dari harga ahli. Better sis cari agen je, beli dari diorang siap ada konsultasi lagipun ni kan melibatkan kesihatan...jangan ambil risiko sis.

      Delete
  35. Saya selalu beli topup je kat shopee hehehe. Suka, sbb murah 😁

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com