Isnin, 5 Februari 2018

Album Vessbroz Menampilkan Lagu Electro-Pop Yang Catchy

Album Vessbroz Menampilkan Lagu Electro-Pop Yang Catchy | Korang kenal tak kumpulan Vessbroz? Vessbroz merupakan kumpulan dua beradik berasal dari Iran dan kini menetap di Malaysia iaitu Armia dan Arsham. Selain daripada menyanyi mereka juga merupakan EDM (Elektronic Dance Music), DJ dan Remixing Duo. Jadi, tidak hairanlah jika lagu lagu yang dihasilkan semuanya segar dan sedap di dengar di halwa telinga. Mimi dah memiliki pun album lagu Vessbroz ni tau korang. Korang pun patut ada juga album Vessbroz menampilkan lagu Electro-Pop yang catchy ini. 

ALBUM VESSBROZ MENAMPILKAN LAGU ELECTRO-POP YANG CATCHY

Album Vessbroz - LOST


Mimi dah pun dengar lagu lagu yang dimuatkan dalam album LOST Vessbroz ni. Album Vessbroz menampilkan lagu Electro-Pop yang catchy dan semua lagu dalam album LOST ini best tau. Kalau dengar dalam kereta, confirm takkan mengantuk. Sebaliknya korang akan seronok dan ikut sekali rentak lagu. Macam Mimi bila stress bekerja,  Mimi mendengar muzik yang rancak dan catchy ketika memandu.

Swafoto dengan album Vessbroz - LOST


Macam Mimi katakan, semua lagu best dan catchy. Tapi Mimi paling suka lagu Fleeting dan Never Know. Untuk pengetahuan korang lagu Fleeting ni Vessbroz featuring Dato' Zainal Abidin. Hah, bergabung dengan penyanyi lagenda tu. No wonder lah lagu best dan sedap halwa telinga mendengar.

Manakala lagu Never Know pula Vessbroz featuring Farahdhiya. Lagu ni pun best juga tau. Tak jemu dengar. Sekarang ni Mimi gigih nak hafal kedua dua lagu ni tau.

Vessbroz juga ada berduet dengan seorang lagi penyanyi Malaysia iaitu Nadeera. Ketiga tiga artis ini telah menandatangani kontrak dengan Vessbroz. Ini membuktikan artis kita juga mempunyai aura dan mutu nyanyian tersendiri. Tahniah buat ketiga tiga penyanyi Malaysia ini.

Senarai lagu dan artis yang terlibat


Selain daripada artis Malaysia, Vessbroz juga ada berduet dengan beberapa artis dari negara lain iaitu Kyle Davis, Black Gs, Britney Nieves, Dylan Thomas, Arastella dan Mehrdad Mozart. Mimi pernah share dengan korang sebelum ini berkenaan album Lost ini.




Lagu lagu Vessbroz ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat mereka tau. Kalau korang tak percaya korang boleh view lagu lagu mereka di Youtube. Kebanyakan mendapat lebih dari 1,000,000 views tau.

Mimi sertakan beberapa video muzik dari Vessbroz untuk korang hayati lagu lagu mereka yang fresh dan catchy. 





Untuk sebarang urusan mengetahui lebih lanjut mengenai Vessbroz dan ingin buat sebarang temubual korang boleh hubungi maklumat seperti di bawah :

Sam Kassim
Pengurus Promosi
Telefon : +6019-211 2288
Email : samkassim@gmail.com
Web : www.vessbroz.com
Vevo : Vessbroz Vevo

15 ulasan:

  1. Best juga ye lagu2 dia mimi. Catchy sgt.

    BalasPadam
  2. Wah..dulu masa masih anak dara layan jugak benda2 gini. Dah anak nak dgr lagu pun tak menyempat. Haha...

    BalasPadam
  3. Zaza bru kenal kumpulan ni.. Ok jap nak dgr lagu diorang :)

    BalasPadam
  4. First time kita dgr psl vessbroz ni.. Hehehe.. Nnti nk dgr la lagu2 dia... Tq kak share

    BalasPadam
  5. Oh dorang menetap kat Malaysia ke sekarang ni? Emi pun baru-baru ni je tahu pasal kumpulan vessbroz ni. Memula ingat dorang tak based kat malaysia pun.

    BalasPadam
  6. Pestime dengar pasal vessbroz ni, ada duet dengan Artis Malaysia lah. Shad dah dengar, best jugak lagu-lagu dia.

    BalasPadam
  7. Ya ampun. Tak kenal la kak. Haha
    Kna dgr lagu lagu nya ni. 😅😅

    BalasPadam
  8. adik beradik rupanya..patut la muka sama..dah macam kembar..

    BalasPadam
  9. tula baru 1st time dgr psl vessbroz ni..kena dengar kut manalah tau selama ni suka dgr lagu tp x tau sape nyanyi hihi

    BalasPadam
  10. Boleh tahan gak lagu dia kan....hensem...adik beradik rupanya

    BalasPadam
  11. Mama x x pen dgr lagi lagu dia almaklumlah tak dgr sgt radio ni huhuu Tq Mimi sharing

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.