Tiga Warna Menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi

Tiga Warna Menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi | Sebelum ni Mimi ada share dengan korang hobi Mimi suka kumpul lipmatte kan.  Hah,  kali ni bertambah lagi koleksi lipmatte Mimi iaitu tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color pilihan Mimi

TIGA WARNA MENARIK PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR PILIHAN MIMI

Tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Pilihan Mimi


Sempena birthday Mimi bulan Januari,  Hermo Malaysia beri hadiah tau. Hadiah apa?  Of course hadiah baucer percuma kan. Mula mula Mimi ignore juga tapi bila fikir semula why not beli hadiah untuk diri sendiri sempena birthday kan.  Memandangkan Mimi suka sangat kumpul lipmatte,  Mimi pun try ushar web Hermo Malaysia kot kot ada lipmatte yang berkenan kan. 

Tengok punya tengok, sekali terberkenan pula tiga warna menarik Palladio Velvet Matte Cream Lip Color pilihan Mimi iaitu Cashmere,  Sateen dan Borcade. Setakat ni Mimi dah ada beberapa koleksi lipmatte dari beberapa jenama seperti Ephyra,  SeqyBeauty dan Fame. 


Sebenarnya,  masa Mimi duk ushar lipmmate Palladio ni mata memang berkenan dengan beberapa warna yang ada. Tapi sayang seribu kali sayang,  ada warna yang Mimi nak dah out of stock pula. Lama fikir nak ambil yang mana,  last Mimi decide ambil tiga warna iaitu Cashmere,  Sateen dan Borcade. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color + Blending sponge + Suu Balm + Hermo Birthday Card



Masa mula mula dapat box dari Hermo tu dah super excited sebab selain daripada lipmatte,  Mimi dapat juga dua blending sponge warna pink dan ungu, Suu balm sachet + RM5 voucher dan kad ucapan hari lahir Hermo. 

REVIEW PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR


Jom baca lanjut review Palladio Velvet Matte Cream Lip Color yang Mimi dah guna ni. Masa mula mula dapat lipmatte ni kan ada cerita lawak sebenarnya tau. Packaging lipmatte ni kan permenant. Jadi, memang  boleh nampaklah kan isi dan warna lipmatte tu. Masa mula mula dapat Mimi quite shocked juga sebab ingat lipmatte ni jenis berus tu rupanya jenis stick. So tak kisahlah kan janji lipmatte. Lepas tu masa nak guna,  Mimi nak buka lah sarung lipmatte tu tapi tak tanggal. Pelik juga kenapa tak boleh buka nak kata kena seal dah buka pun sealnya. Mimi pun try, try dan try nak buka tapi tak boleh juga. Gila ketat penutup lipmatte ni. Dah mati akal tau nak buka sarung. Duk tarik tarik tak boleh. Tiba tiba terfikir nak putar sarung lipmatte tu. Barulah terbuka. Rupa rupanya memang lipmatte ni jenis berus. Yang bentuk stick, design bekas rupanya. Malu gila tau. Nampak sangat old fashion dak Mimi ni. Hahaha.. Ye yelah ingatkan Palladio lipmatte ni bentuk stick. 

Apa yang menariknya mengenai PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR? Apa yang menarik mengenai Palladio lipmatte ni ialah lipmatte ini kaya dengan kemasan matte yang diformulasikan dengan krim cecair yang melembapkan bibir, sapuan menjadi sekata kerana ia lembut dan mudah disapu pada bibir. Yang paling best sekali lipmatte ni tahan lama tau korang. Ada sesetengah lipmatte akan melekat pada cawan atau gelas yang korang gunakan untuk minum. Tapi kalau korang apply PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR warnanya tidak melekat pada cawan ataupun gelas. Jadi, tak perlulah nak apply lipmatte dua tiga kali pada bibir. Kalau nak tanggalkan lipmatte pada bibir silalah guna make up remover ya. 

Macam Mimi tak suka sangat pakai lipmatte tebal tebal tau korang.  Suka sapu nipis nipis je pada bibir. Bila pakai Palladio lipmatte ni,  Mimi sapu nipis saja pada bibir. Palladio lipmatte ni kalau sapu tebal tebal nampak menyerlah sangat tau warna dia. Sapu nipis pun dah pekat,  apa entah lagi kalau sapu tebal tebal. Kira struktur lipmatte ni lembut tapi likat. Walaupun jenis matte tapi bila di sapu pada bibir terasa lembabnya tau. tak perlu risau bibir kering atau mengelupas. 

Cara nak guna pun senang saja tau korang. Sapukan PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR dari tengah bibir kemudian ratakan sapuan hingga ke hujung bibir. Terpulanglah pada korang nak sapu nipis ke tebal ke janji hasilnya meletop gitu. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Sateen RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Sateen

Mimi suka warna Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Sateen ni sebab apa apa warna pink memang jadi favourite lah kan. 



Warna Sateen ni sesuailah nak pakai waktu siang atau malam. Sama ada pakai pergi ke pejabat atau bersiar siar kan. Macam dalam gambar ni Mimi apply nipis saja tapi nampak pekatkan warnanya.

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Cashmere RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Cashmere

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color -  Cashmere pun tidak kurang cantiknya. Mimi suka juga warna ni. Warnanya lebih pada pink orange macam tu. Sesuai juga pakai waktu siang dan malam. 


Warna ni kalau pergi pejabat memang Mimi pakai nipis saja tau. Tak tebal sangat sebab warnanya agak menyerlah. Tak naklah masa pakai dari jauh orang nampak bibir dulu. Hahaha.. Pakai waktu siang nipis saja dah cukup cantik dah. 

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Borcade RM25.90

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Borcade

Palladio Velvet Matte Cream Lip Color - Borcade ni warnanya agak daring. Bila pakai memang cantik tapi bagi Mimi tak sesuai kalau Mimi pakai waktu siang. Menyerlah sangat tau. 


Menyerlahkan warna dia. Kalau pakai nipis pun tetap nampak menyerlah. Sesuai juga di pakai waktu siang dan malam. Tapi bagi Mimi, Mimi lebih prefer lipmatte Borcade ni di pakai waktu malam. Waktu malam Mimi memang suka pakai mekap warna yang agak menyerlah tapi tengok mood juga lah nak pakai.

Secara keseluruhannya, Mimi berpuas hati dengan warna,  packaging dan hasil dan harganya. Lepas ni,  PALLADIO VELVET MATTE CREAM LIP COLOR masuk dalam senarai perlu beli.

Rating Mimi : 4/5

Kalau korang nak ushar Palladio Velvet Matte Cream Lip Color atau produk lain,  boleh layari :


Post a Comment

51 Comments

  1. nampak lawa matte ni, kemas dan sekata. Nanti nak usha HErmo :)

    ReplyDelete
  2. Berkenan ana tgk yg color borcade tu. Color dia pekat sikit. Tapi cashmere tu sesuai dengan kulit mimi yg putih tu.

    ReplyDelete
  3. Santeknyaaaaa...best la...kaler semua cantik2...akak pun baru beli lipstick baru..tak dan nak update lagi..

    ReplyDelete
  4. Suka yang cashmere tu, cantik. Color yg sateen tu emi dah byk warna2 mcm tu. Kalau minum or makan, tanggal tak lipstik ni?

    ReplyDelete
  5. cantik warna dia..akak suka yang warna sateen tu.

    ReplyDelete
  6. Cantik la kak.. Warna cashmere tu lawa berkenan tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Zaza..semua kaler dia cantik..saje je la ni nak terjebak lagi ni...aduhaiii

      Delete
  7. borcade tu cantik.. cikyan suka !

    ReplyDelete
  8. boleh usha lipmatte ni dekat hermo.. lama tak shopping hihihi.. suka warna tak terang gini...

    ReplyDelete
  9. lawanya kaler. Lagi pun harga dia tak lah mahal sangat, kira harga mampu milik gitu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga mampu milik, ramai nakkk...tol tak.hehee

      Delete
  10. Wahh..terang2 color dia..cantik...nk usha la jenama ni nnti..hehe

    ReplyDelete
  11. Cantiknya warnanya Suka tengok warna. Velvet matte

    ReplyDelete
  12. Semua kaler mmg cantik esp bila Mimi pakai hihii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sebab kena jer ngan Mimi...Mimi putih kan

      Delete
  13. Kak Mimi kulit cerah, pakai warna pink2 gitu nampak lawa..Okey, kalau shad,mungkin berlaku benda yg sama,ingatkan bukak macam lipstick tu. Hehe. Tapi lipmatte bnyaknya jenis liquid, ada brus dia..Apa2 pun, kaler lawa and happy birthday kak.

    ReplyDelete
  14. Kita jnis x biasa ngn matte. Tgk org pkai alahai.. lawanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba la Mie...sekali cuba sure jatuh cinta sebab ringan

      Delete
  15. cantik warna gincu dia..dapat sponge sekali ke..best2

    ReplyDelete
  16. Warna dia cantik la, pakai nipis pon nampak cantik. harga pon boleh tahan. nanti nak check dekat website hermo. hehe

    ReplyDelete
  17. Wow cantik hehehehe untung orang perempuan sekarang banyak pilihan dan barang boleh cuba...

    ReplyDelete
  18. Wow.. color menawan la... liez takut nak pakai yg terang.. sbb rs mcm org tgk pelik jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. SA pun suka kaler2 yang natural dan pastel...kalau kaler terang nampak pelik

      Delete
  19. Saya baca aja. Baca hingga akhir. Nak komen tak tau langsung tentang ni. Hihihihi. Thnks.

    ReplyDelete
  20. Bgus la hermo ni.. dia jual brg2 yg susah nk dpt.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah gak skodeng..tp x jumpa plak Palladio ni...nanti nak terjah

      Delete
  21. The colours match you a lot! I love this first colour, so gorgeous 💕

    ReplyDelete
  22. cantik-cantik color dia.. semuanya nampak lembut je dibibir.. senang cuci tak mimi? macam bets je .. nak beli lah..

    ReplyDelete
  23. Wah lip matte ni semua nampak cantik dan sesuai dengan mimi. Nampak kemas dan rata. Cun bila mimi pakai 😘

    ReplyDelete
  24. Nice colors, I love the barbie pink tempted to get one now because a girl can't have too many lipsticks hehehe.

    ReplyDelete
  25. Warna-warna yang MIMI cuba ni semuanya terang-terang dan sesuai dengan individu berkulit cerah. Antara tiga tu Sateen rasanya sesuai dengan MIMI.

    ReplyDelete
  26. Cantik semua matte cream lip color tu mimi..
    LZ suka warna-warna camtu sebab nampak fresh..
    Sesuai sangat dengan mimi yang berkulit cerah.

    ReplyDelete
  27. Cantik colornya sesuai ngan Mimi

    ReplyDelete
  28. Cantik semua warna yang Mimie pilih.. tolong pilihkan warna yang sesuai untuk Kak Sue pulak Mimie. Kak Sue tak reti la nak pilih warna lipstick selalu main bantai ja mana yang rasa okay..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak kalau x nak nampak garang kena amik kaler yang lembut2 macam earth kaler...

      Delete
  29. semua warna pilihan Mimi cantik betullah... tergoda Bonde tengok macam nak beli he he he

    ReplyDelete
  30. looks promising. will check it out at pharmacy

    ReplyDelete
  31. Ya Allah...dia buat lagi perangai membeli ni..hahahaha...Sateen tu menarik kaler dia kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini la sebabnya kakak2 awak ni suka terjebak SAlly...hehehe memang buat perangai betul

      Delete
  32. Ok, Nona tak berani pakai daring daring colour..hehe~
    Selalu pakai warna kelam suram sikit..... nanti one day maybe leh try...huhu...bestnyaaa dapat voucher..hohoo

    ReplyDelete
  33. semua cantik. borcade tu nampak terserlah betul,

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua kaler tu menyerlah kan Khaty...haih..Hermo ada dalam Shopee tak?

      Delete
  34. mimi.. cantiknya.. akak tak bape sesuai pakai matte tapi tgk borcade tu cantik pulak la..

    ReplyDelete
  35. cantiknya kakak mimi pakai . wahhh..rabia tgk warna ni mmg cantik sgt.berkenang lah pulak dgn lipmatte ni

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com