Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.
Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.
Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu.
SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.
Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2 z1Wk4
SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee.
Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009),
Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010.
Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.
14 Comments
Ros tak pernah dengar lagi lagu-lagu Seven Collar Tshirt.. nak kena cuba dengar jugak ni..
ReplyDeleteBila kak mimi share psl kumpulan ni.. Bru la zaza tau kewujudannya.. Apa pun tahniah utk mereka kerana pernah tcalon dalam beberapa kategori di AIM
ReplyDeleteHuihhh...kenapa mcm x kenal eh...lagu yg femes ape Kak? Eh...takpe la Sally pi YouTube.. Hehe
ReplyDeletelum pernah dengar lagi pasal band ni. ni 1st time dengar nama band ni.. nanti nak try dengar lagu kat youtube
ReplyDeleteDah dengar lagu dia... menarik jugak lirik dia...
ReplyDeleteErr siapa diorg ni Mimi.. akaknni x berapa layan lagu skrg hihii
ReplyDeleteserius ini first time dengar maybe sebab iday memang jenis tak dengar lagu. tapi kalau dah ada award memang terbaik la, siap bertapak lama lagi. iday baru dengar, best la lagu diorang. hehehe
ReplyDeleteHaha taktau langsung kewujudan band ni. Ni baru tahu. Nampak sgt emi x berapa ikut perkembangan artis
ReplyDeletePendatang baru ke? tak pernah dengar pun lagi lagu diorang
ReplyDeletebaru first time dengar nama diorang..
ReplyDeletebaru tahu ada group ni
ReplyDeleteNampak sgt akak dh kertu..artis baru pun x kenal kan
Deletebaru tau juga kewujudannya. sekarang dah kurang sedikit nak ambil tahu pasal group-group nayanyi ni
ReplyDeleteterus terfikir nape la namanya seven kolar sedangkan ahlinya tak cukup 7 hehe..akak tak kenal pun mimi oiii.. geng kak SA la gini
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com