Sabtu, 20 Januari 2018

Single Terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’

Laguna Music membawakan single terbaru Seven Collar T-Shirt, ‘Lines’ dari album terbaru mereka yang bakal siap pada April 2018.



Sebuah produksi rakaman Jeffrey Little, ‘Lines’ menampilkan muzik yang epik serta alunan melodi yang amat lantang dan bersemangat dari Saiful Ridzuan, amat berbeza dari rakaman mereka sebelum ini.

Album ke empat yang dinantikan ramai ini akan menonjolkan kematangan dalam hasil penulisan lagu.

SevenCollar T-Shirt yang telah bertapak di industri muzik tanah air selama 21 tahun lamanya.

Manakala muzik video bagi ‘Lines’ telah diarahkan oleh Jordan Suleiman dan ÍCara yang berkonsepkan futuristik kini boleh ditonton di laman Youtube Laguna Music. https://youtu.be/2z2ic2z1Wk4



SevenCollar T-Shirt atau SCTS telah ditubuhkan pada tahun 1997 bersama ahli anggota asal Saiful Ridzuan, Muhammad dan disertai oleh Adil Ali dan Sim Keng Lee. 

Mereka telahpun menghasilkan tiga album Freeway Dreaming & Broke (2002), Drones (2004) yang tercalon dalam kategori Album Inggeris Terbaik di AIM 2005. The Great Battle (2009), 

Album ketiga mereka juga telah tercalon untuk Album Inggeris Terbaik dan juga Kulit Album Terbaik di AIM 2010. 

Album keempat yang bakal mewarnai industri muzik tanahair adalah album yang dinantikan di kalangan peminat dan pemuzik tempatan.

14 ulasan:

  1. Ros tak pernah dengar lagi lagu-lagu Seven Collar Tshirt.. nak kena cuba dengar jugak ni..

    BalasPadam
  2. Bila kak mimi share psl kumpulan ni.. Bru la zaza tau kewujudannya.. Apa pun tahniah utk mereka kerana pernah tcalon dalam beberapa kategori di AIM

    BalasPadam
  3. Huihhh...kenapa mcm x kenal eh...lagu yg femes ape Kak? Eh...takpe la Sally pi YouTube.. Hehe

    BalasPadam
  4. lum pernah dengar lagi pasal band ni. ni 1st time dengar nama band ni.. nanti nak try dengar lagu kat youtube

    BalasPadam
  5. Dah dengar lagu dia... menarik jugak lirik dia...

    BalasPadam
  6. Err siapa diorg ni Mimi.. akaknni x berapa layan lagu skrg hihii

    BalasPadam
  7. serius ini first time dengar maybe sebab iday memang jenis tak dengar lagu. tapi kalau dah ada award memang terbaik la, siap bertapak lama lagi. iday baru dengar, best la lagu diorang. hehehe

    BalasPadam
  8. Haha taktau langsung kewujudan band ni. Ni baru tahu. Nampak sgt emi x berapa ikut perkembangan artis

    BalasPadam
  9. Pendatang baru ke? tak pernah dengar pun lagi lagu diorang

    BalasPadam
  10. baru tau juga kewujudannya. sekarang dah kurang sedikit nak ambil tahu pasal group-group nayanyi ni

    BalasPadam
  11. terus terfikir nape la namanya seven kolar sedangkan ahlinya tak cukup 7 hehe..akak tak kenal pun mimi oiii.. geng kak SA la gini

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.