Rabu, 24 Januari 2018

Kulit Cantik Dengan Mask ID.Az Derm

Kulit Cantik Dengan Mask ID.Az Derm | Wanita dna kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Bila bercakap soal kecantikan wajah, pastinya kaum hawa akan mencari produk yang selamat dan bebas dari bahan kimia berbahaya. Selain menggunakan pencuci muka, skrub, serum,  pelembab dan sebagainya, penggunaan mask juga sangat penting bagi wanita. Menggunakan mask yang sesuai dan selamat untuk wajah mestilah dititikberatkan. Jadi, Mimi nak share dengan korang mask yang Mimi guna untuk mendapatkan kulit cantik dengan Mask ID.Az Derm

KULIT CANTIK DENGAN MASK ID.AZ DERM




Sebelum Mimi share dengan korang pengalaman Mimi kulit cantik dengan Mask ID.Az Derm ni Mimi nak nak beri sedikit pengenalan mengenai mask ini. ID.Az Derm ini dicipta oleh ID Health Care Group. ID Health Care Group merupakan sebuah syarikat yang mengkaji mengenai bentuk wajah. 

Memandangkan ramai yang tidak berpuas hati dengan bentuk wajah dan kulit,  ID Health Care Group mula mencari alternatif kepada masalah yang dihadapi. Dari situlah bermulanya ID Pla Cosmetics. Tujuan ID ialah bertanggungjawab dalam penjagaan kulit sensitif dan juga mencari kosmetik yang sesuai untuk menjaga bentuk wajah.



Dan dari situlah terciptanya MASK ID.AZ DERM yang dicipta dan direka untuk mengatasi masalah kulit wajah. Ada tiga jenis MASK ID. AZ DERM iaitu ID.AZ DERM iaitu Hydrating Mask, Brightening Mask dan Deep Nourishing Mask. 

ID.Az Dermatic  Water Fit-Mask (Hydrating Mask) - RM12.90


Mask ini bertujuan memberi kelembapan secara mendalam pada kulit wajah. Sangat sesuai digubakan oleh mereka yang memerlukan kelembapan pada kulit wajah dan juga sesuai untuk kulit wajah yang alergik selepas penggunaan produk yang salah. Mask ini terbuat daripada deep sea water, sea water collagen,  hyaluronic asid,  panthenol,  betaine,alantoin.

Masa mula mula nak pakai,  Mimi tengok mask ni sangat nipis dan dilapisi dengan lapisan seperti kain kasa. Nak cabut lapisan tu kena hati hati sebab sangat nipis tau korang. 


Sebelum nak pakai mask ni kena cuci muka dengan pembersih muka selepas itu pakai toner. Kemudian barulah pakai mask. Masa pakai mask ni kalau kulit muka korang rasa gatal dan pedih itu maknanya skincare yang korang guna tidak sesuai dengan kulit wajah korang tau. 


Tak ketara sangat kan nampak pakai mask sebab ia memang nipis tau. Mask ni kena pakai selama 15 hingga 20 minit. Bila dah kering tanggalkan mask. Korang boleh rasa selepas menggunakannya tau. Mimi sendiri teruja selepas pakai sebab kulit muka rasa lembap dan lembut saja. 


Sebelum dan selepas Mimi menggunakan ID.AZ DERMATIC WATER-FIT MASK (HYDRATING MASK). Sekali penggunaan pun dah nampak kesan menggunakan mask. Nampak kulit muka lebih sihat dan lembap. 

Untuk ID.Az Dermatic Water-Fit Mask (Hydrating Mask) Mimi bagi 4.5/5


ID.Az Dermatic  Bright Fit-Mask (Brightening Mask) - RM12.90



Buat korang yang inginkan kulit cerah dan putih mask ini sesuai dipakai. Ia juga sesuai untuk yang berkulit gelap dan mempunyai binti gelao di wajah dan kulit wajah kelihatan kusam. Ia diperbuat daripada perar,  hyaluronic acid, green tea, licorie, Witch Hazel, raspberry, blueberry dan trehalos.

Mask ini berbeza sikit daripada mask hydrating tu kerana cecair yang terdapat di dalam packaging berwarna putih susu dan wangi. 



Cara nak pakai mask ni sama saja dengan hydrating mask,  cuci muka dan sapu toner. Kemudian apply mask pada muka biarkan 15-20 minit. Bila dah kerimg tanggalkan mask. Selepas guna, memang nampak perbezaan pada kulit muka. Nampak juga cerah pada kulit muka.


Nampakkan perbezaan sebelum dan selepas guna mask. Nampak muka cerah dan glowing gitu. Kulit pun lembut dan licin. 

Untuk ID.Az Dermatic Bright-Fit Mask (Brightening Mask) Mimi bagi 5/5

ID.Az Dermatic  Golden Fit-Mask (Nutrition Mask) - RM19.90



Gold mask ini sesuai dipakai untuk mereka yang memerlukan nutrisi untuk kulit yang kering dan rosak. Ia juga sesuai untuk korang yang ingin memiliki skin care yang nampak mewah dan juga sesuai untuk yang inginkan skin care yang sangat istimewa dipakai pada hari yang istimewa. 

Mimi paling suka gold mask nih sebab rasanya lembut dan licin tau. Mask ni pun masa nak keluarkan dari oackagimg kena hati hati tau korang sebab mudah sangat terkoyak. Masa Mimi nak keluarkan mask ni, mask gold ni terkoyak sikit di bahagian dahi dan terputus di bahagian atas bibir tu.



Gold mask ni dilapisi plastik untuk menjaga reka bentuk mask ni. Nak tarik mask ni kena perlahan lahan.



Nampak tak kat bahagian atas bibir tu terkoyak dan putus dua. Semuanya gara gara tertarik kuat sangat tau. Gold mask ini dihasilkan dengan gabungan gold,  honey, royal jelly, propolis, red ginseng collagen, ceramide, aloe dan panthenol.



Cara nak pakai mask pun sama macam mask lain yang Mimi dah cuba sebelum ni. Setakat ni,  memang tak ada apa efek negatif pun selepas pakai gold mask. Memang sesuai sangat dengan kulit Mimi tau. Selepas pakai muka memang rasa segar saja tau. Sesekali seronok juga muka bertukar jadi gold. Bersinar sinar gitu.

Untuk ID.Az Dermatic Golden-Fit Mask (Brightening Mask) Mimi bagi 4.8/5

Kesimpulannya,  Mimi sangat berpuas hati dan suka dengan kesemua ID.AZ DERM MASK. selalunya kalau pakai mask lain,  ada sesetengahnya membuat kulit muka Mimi rasa pedih dan rasa agak tegang. Tetapi ID.AZ DERM MASK muka Mimi langsung tak sakit atau tegang. Malahan kulit jadi lembut, lembap dan segar. ID.Az Derm Mask memang lain daripada yang lain kerana ia merupakan PREMIUM MASKS!

Jika korang berminat nak memiliki ketiga tiga mask ni korang boleh dapatkan kesemuanya di outlet outlet Watsons dengan harga pengenalan yang cukup iatimewa. Kesemua mask ini telah oun berada di Watsons sejak Disember 2017.Ada berita baik buat korang,  bagi belian kedua mask ini korang akan dapat dengan harga hanya RM1 sahaja tau.  Untung tak?  Jadi, apa tunggu lagi. Jom cepat cepat daptakn ID.Az Derm Mask ini sekarang! 

18 ulasan:

  1. Macam macam topeng wajah ada, topeng emas tu paling menarik.

    BalasPadam
  2. Nampak best jer face mask ni...akak bab ni memang suka

    BalasPadam
  3. nampak menariknya..akk ni suka mask . Umur pun dh tua..kena pakai mask dah :)

    BalasPadam
  4. Wah memang nampak hasil dia lepas pakai mask tu. Kulit jd lagi moist kan mimi. Nk try lah juga.

    BalasPadam
  5. Wah..best mask ni.. Nampak bersihlah kulit k.mimi...cantik...

    BalasPadam
  6. TB pun dah suka pakai mask sebab sejukkk je letak kat muka...syoknya mimi dapat banyak mask.. mesti selalu ber mask dah sekarang ni ye

    BalasPadam
  7. Smart gila Kak yg gold mask..so far belum pernah cuba lagi..harga boleh tahan jugak..nipis ekkk sheet masak dia

    BalasPadam
  8. Yang brightening dengan nutrition tu nampak best. Muka akak nampak betul fresh. Nanti shad nak g ushar Watsons. Seriously belian kedu rm1 je?? Kena pi cari jugak ni. Tenkiu kak for sharing.

    BalasPadam
  9. Ibu jarang pakai face mask sebab selalu terlupa

    BalasPadam
  10. wah bestnya mesti rasa moist je muka tu kan

    BalasPadam
  11. Syok pki mask.. yg gold mask tu jrg2 org pakai.. Biasa yg mask putih je

    BalasPadam
  12. Rasa nak kena beli lah nanti.. Zaza nak kena pakai mask pic satu dgn tiga tu.. Harga pun ok..zaza pun mmg kerap ke watson.. Nanti kalau singgah dan teringat zaza nk try satu.. Insyaallah

    BalasPadam
  13. Nona pun suka pakai mask, mask memang best...melembabkan muka :)

    Lagi lagi kalau baru balik dari jenjalan memana, yang banyak aktiviti luar...fuhhh, sejukk..sedap letak kat muka..huhu

    BalasPadam
  14. wah..memang wajah kena di manjakan selalu, baru naik lagi seri wajah, seronok tengok semua mask yang mimi pakai.

    BalasPadam
  15. mimi.. akak dulu kan tak reti tau guna mask.. sekali balik korea terus macam dapat motivasi gitu.. haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.