Khamis, 11 Januari 2018

Beli Huawei Y3ii Untuk Ayah

Beli Huawei Y3ii Untuk Ayah | Sebelum ni Mimi main kutu nak belikan tab untuk mama,  kali ni belikan handphone untuk ayah pula. Tak main kutu pun. Sebab dah janji nak belikan ayah handphone sebab mata dia pun dah tak berapa nampak kalau guna handphone skrin kecil. Punya lama survey sana sini akhirnya Mimi beli Huawei Y3ii untuk ayah.

BELI HUAWEI Y3ii UNTUK AYAH

Huawei Y3ii 

Sebelum ni ayah Mimi guna handphone Oppo tapi dah rosak sebab termasuk dalam kolam air panas. Jadi,  sekarang ni dia pakai handphone Samsung lama yang guna keypad. 

Ayah pun pernah cakap handphone canggih sangat dia tak nak, macam handphone anak anak guna memang dia tak nak. Yelah anak anak semua guna handphone skrin gabak gabak. Tapi takkan lah nak belikan ayah handphone biasa saja kan.  Dah tanya pendapat adik adik,  diorang pun cakap handphone Huawei Y3ii  ni okey sangat dah belikan untuk ayah. Dah niat nak belikan untuk ayah kenalah tunaikan,  betul tak? 


Guna kod baucer Lazada dari Petronas


Harga Huawei Y3ii ni sebenarnya RM300++ tapi dah ada promosi ni apa lagi grab lah kan. Harga promosi dapat RM265.00. Lepas tu, guna kod dari baucer yang dapat dari Petronas tu. Dapatlah diskaun RM15.00. So, jumlah Mimi bayar RM250.00 free postage. Sekarang ni tunggu barang sampai. Harap selamatlah sampai. First time beli handphone dekat Lazada ni. Risau juga. Tapi doa jelah baik baik kan. Tak sabar nak tunggu  handphone ni sampai nak bagi kat ayah. Sebelum bagi,  haruslah review dulu kan,  dah nama pun anaknya blogger walaupun ayah tak tahu blogger tu apa.. hehehe.. 




10 ulasan:

  1. Semoga murah rezeki puan sebab belanja ayah handphone baru

    Dapat tawaran harga bagus tu. Berbaloi

    Salam perkenalan dari blogger baru

    BalasPadam
  2. Semoga murah rezeki mimi berbakti pada ibu ayah. Amin.

    BalasPadam
  3. Nampak macam menarik la Mimi...hahaha...ok la tu kalau harga pun mampu milik..ala..ayah kalau guna nak buat apa je pun kan...

    BalasPadam
  4. Mesti ayah Mimi suka ni. Pemberian Dari anak mmg selalunya dihargai lebih

    BalasPadam
  5. ni tak tau nak beli ada lagi dgn voucher Lazada dari Petronas ni...

    BalasPadam
  6. Haritu Mai beli phone kat Lazada juga, alhamdulillah phone sampai dgn selamat. Tapi yang panas hati sikit tu bab delivery, lambatttttt betul!

    BalasPadam
  7. Wowww, beli untuk ayahh, bestnya ayahhh~
    Nanti tolong review, nak tengok jugak....okay ke tak........
    Boleh try ke sana..tlg review yaaa...hehe

    BalasPadam
  8. Alhamdullilah, semoga murah lagi rezeki Mimie lepas nie, seronok Ayah nanti dapat handphone baru kan..

    BalasPadam
  9. nanti review camera kak oke tak gambarnya.

    BalasPadam
  10. Sronok Ayah dpt hp baru.. Hah akak pn ada voucher lazada dr petronas tu.. Tgh belek2 gk nk bli brg

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.