Minumlah Semasa Anda berbelanja!

Anda lebih baik berhati-hati, anda lebih baik tidak menangis, kereana ada banyak beli belah yang anda perlu lakukan!

Kesesakan jalan raya dan saat akhir membeli belah adalah begitu gila sekarang. Bah kan ia menjadi lebih gila.

Adakah kaki anda terasa sakit dan berasa anda tersekat di dalam suasana buruk dengan pelbagai pilihan yang anda lihat? Tibalah masanya untuk anda berehat dan mendapatkan diri anda minuman yang sesuai untuk menghidrasikan badan sebelum menyambung kembali aktiviti membeli-belah.



Sempena dengan musim perayaan ini, Juice Works telah mencipta satu minuman yang istimewa dan berkilau merah! Ia melambangkan semua kebaikkan, kebahagiaan dan kegembiraan manis sepanjang tahun ini. Juice Works berharap nama itu sendiri akan memberikan sentuhan kegembiraan; “Honey, it’s Christmas!” sempena perayaan yang bermakna ini.

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strwberi, limau dan tambahan bermusim delima mulberi dan delima ruby-merah; ramuan ini hanya boleh didapati dari 6 Nov sehingga 1 Jan 2018!

Kandungan anti-oksidan yang banyak didalam minuman ini boleh membantu mengecilkan radikal bebas yang jahat didalam badan anda, vitamin C, serat, folat dan kalium juga adalah keperluan untuk badan anda pada musim yang sibuk ini.



Apa lagi, untuk setiap pembelian RM 20 yang and belanjakan di Juice works, anda akan mendapat satu stem. Kumpulkan 5 stem dan anda akan mendapat edisi terhad beng kitar semula (ya, ia adalah sangat berguna untuk membeli-belah). Tawaran istimewa ini adalah sah sehingga 31 Jan 2018 atau sehingga stuck masih ada.



Oh ya! Tidak lupa juga bahawa ia adalah musim untuk memberikan kegembiraaan kepada semua, Juice Works juga telah menyediakan baucar tunai bernilai RM 10 setiap satu untuk membolehkan anda untuk menghadiahkan kepaya orang yang tersayang. Kerana Juice Works tahu, hadiah yang terbaik untuk orang tersayang adalah “hadia kesihatan” dan cara yang lebih baik dan mudah untuk memastikan orang yang tersayang mendapat nutrien yang terbaik.


Juice Works ingin juga mengucapkan terima kasih atas sokongan semua sepanjang tahun 2017, dan Selamat Menyambut Hari Krismas yan sihat dan Tahun Baru yang hebat!



MENGENAI JUICE WORKS Malaysia


Juice Works Malaysia adalah perintis syarikat jus buah-buahan yang segar di negara di mana mereka dipercayai oleh beribu-ribu pelanggan-pelangang setia untuk kraf yang mengunnakan ramuan bahan-bahan semulajadi yang terbaik.

Diasaskan oleh Jason Choy dan Ling Mooi Li, pasangan berkenaan membuka kiosk pertama di pusat beli-belah Curve pada Disember 2004. Setelah tidak lama ia dibuka, kisok tunggal ini telah memenangi pujian daripada pelanggan-pelanggan untuk menu jus yang sihat dan smoothie yang sangat lazat.

Bermula daripada satu kiosk, Juice Works Malaysia telah berkembang sebagai syarikat pembekal jus buah-buahan dan smoothie segar premium di negara ini yang mengkhusus dalam menu hebat untuk lebih daripada 30 pilihan buatan tangan. Jenama ini terkenal dengan minuman sihat yang segar, dibuat selepas pesanan dan lazat menjamin pelangan akan kembali melawatnya lagi. Daripada eksekutif perniagaan yang sibuk kepada ibu bapa dan pengguna yang mementingkan kesihatan, Juice Works Malaysia mempunyai minuman yang sesuai dibuat segar untuk setiap keperluan individu.

Juice Works Malaysia kini boleh dijumpai di 29 lokasi di seluruh negara dengan banyak lagi akan di buka pada masa yang akan datang. Bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk gaya hidup sihat, Juice Works Malaysia juga menawarkan peluang francais sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, serta kiosk mudah alih untuk menyampaikan minuman kepada pelanggan yang asyik bergerak.


Untuk maklumat dan imej, sila hubungi
Chan
GreatWorks Marketing
Mobile +6010 295 4802

e-mel chan@greatworksmarketing.com

Post a Comment

9 Comments

  1. tak pernah cuba juice work ni.mcm mahal je...huhuhu

    ReplyDelete
  2. Sedapnya.. confirm penuh sweat Dan vitamin ni

    ReplyDelete
  3. Nak bag tu la..bag tu cantik..tp nak dapat kan sticker tu yang payah tu kan...hehehe..

    ReplyDelete
  4. mmg kalau jumpa nak cuba jugak la

    ReplyDelete
  5. tak pernah cuba. tapi bila tengok gambar nampak sedap dan segar.

    ReplyDelete
  6. ala.. kuantan takde kan cawangannya?

    ReplyDelete
  7. KUALA TERENGGANU TAK ADA KE CAWANGAN NYA NI? TRY CARI JUGAK NI :)

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com