Kasut Ijmal Tulip Membantu Atasi Masalah Sakit Kaki dan Lutut

Kasut Ijmal Tulip Membantu Atasi Masalah Sakit Kaki dan Lutut | Sejak ada masalah dengan lutut, Mimi memang tidak boleh pakai kasut yang jenis bertumit tinggi. Atas nasihat doktor pakar ortopedik, Mimi hanya boleh pakai kasut jenis flat shoes saja tau. Agak susah nak cari kasut yang sesuai kerana masalah lutut yang Mimi hadapi. Sehinggalah Mimi terjumpa web Ijmal yang menjual kasut di mana kasut Ijmal membantu masalah sakit kaki dan lutut sekaligus mengurangkan kesakitan pada lutut Mimi. Jom baca lanjut keistimewaan kasut Ijmal ini. 

KASUT IJMAL TULIP MEMBANTU ATASI MASALAH SAKIT KAKI DAN LUTUT

Kasut Ijmal Tulip Dark Brown



Kalau korang nak tahu,  Mimi sebenarnya ada masalah dengan lutut sebelah kiri Mimi tau. Di mana lutut kiri Mimi ni mudah terkeluar dari kedudukan sebenar. Mimi masih ingat lagi dulu, ada sekali tu Mimi berdiri dan sambil berborak dengan kawan pejabat. Tiba tiba saja lutut kiri teralih ke tepi dan Mimi jatuh. Bila Mimi dah jadi macam tu Mimi tak boleh jalan langsung dan kaki membengkak. Bila rujuk pakar ortopedik, otot sekeliling lutut Mimi ada kecederaan baru dan lama. Dan yang paling sedih otot ligamen antara tulang rawan di lutut Mimi dah rosak dan tak boleh sembuh. Setahun jugalah berulang alik hospital dan klinik kesihatan untuk dapatkan rawatan dan buat fisioterapi. Untuk mengelakkan perkara sama berlaku lagi, doktor nasihatkan turunkan berat badan dan pilih kasut yang sesuai. 

Kasut Ijmal Tulip Dark Brown

Bila doktor dah nasihat macam tu, habis semua kasut Mimi suami buang tau. Elok elok lagi. Nak bagi adik adik diorang memang tak suka pakai kasut tumit tinggi. Sejak itulah, Mimi memang pakai flat shoes saja. Sedih tau. Agak sukar pesakit lutut seperti Mimi nak cari kasut yang sesuai dan beri keselesaan pada kaki sekaligus dapat mengelakkan lutut keluar dari kedudukannya. Bila nampak web Ijmal yang jual kasut yang boleh membantu mengatasi sakit kaki dan lutut, Mimi terus order kasut Ijmal. Mimi order kasut Ijmal Tulip warna Dark Brown tau. First time tengok kasut ni memang dah jatuh suka dah sebab design kasutnya comel dan lain daripada yang lain. Selain itu, kasut Ijmal Tulip membantu atasi masalah sakit kaki dan lutut yang Mimi hadapi. Jadi, Mimi nak share dengan korang kesan pemilihan kasut yang salah dan tidak sesuai. 

Kasut Ijmal Tulip Dark Brown sesuai juga dipakai dengan baju kurung

1) Melecet (Blister
Memilih kasut yang salah dan tidak sesuai boleh mengakibatkan kesan melecet (Blister) pada kaki. Setiap kali pakai kasut baru, kaki Mimi mesti akan melecet di bahagian jari kaki dan bahagian belakang kaki. Bila melecet kena air memang pedih oii. Rasa nak menangis saja. Penyudahnya kasut tu simpan saja tak pakai dah. 

2) Sakit pada ibu jari
Memang selalu kena bila pakai kasut sarung atau flat shoes. Bila berjalan lama sikit mula ibu jari kaki dan bengkak. Benci tau! 

3) Sakit pada bahagian tumit yang serius
Azab tau masa Mimi sakit tumit yang teruk dulu. Sampaikan nak pijak lantai pun tak boleh. Hampir sebulan jugalah menderita sakit tumit gara gara pakai kasut yang tak sesuai dengan kaki. Kononnya nak melaramlah kan. Kesudahannya melaram entah ke mana sakit ku dapat! 

4) Sakit pada tumit menyebabkan radang yang teruk (Plantar Fasciitis
Jika dibiarkan sakit tumit berlarutan ia akan menyebabkan keradangan yang teruk di mana ia memberi kesan kepada lutut dan tulang belakang yang tidak selesa. Sebab itu,  Mimi beritahu korang kerana salah pilih kasut jugalah lutut Mimi terkeluar dari kedudukan sebenar tau. 

Jadi,  jangan cakap kasut tidak ada kena mengena dengan sakit kaki,  tumit atau lutut yang korang hadapi. Sebab itu perlunya membeli kasut yang sesuai, selesa dan ringan. 

CIRI CIRI KASUT IJMAL TULIP


Sumber : Page Ijmal


Mimi syorkan korang beli koleksi kasut dari Ijmal untuk atasi masalah kaki korang. Korang yang kerap sakit jari kaki, tumit, melecet,  sakit lutut sangat digalakkan beli dan pakai kasut Ijmal. Harganya berpatutan seiring dengan kualitinya yang terbaik. Tidak perlu risau atau ragu memakai koleksi kasut Ijmal kerana design kasut Ijmal sangat sesuai untuk mengatasi sakit kaki, tumit atau lutut korang.  Belum cuba belum tahu,  dah cuba terus jatuh suka! Mesti korang tertanya tanya kan kenapa Mimi pilih kasut Ijmal Tulip. Sebab Mimi pilih dan beli kasut Ijmal Tulip kerana ciri ciri kasut Ijmal Tulip yang menarik perhatian Mimi. 

Sumber : Page Ijmal

Ciri Ciri Kasut Ijmal Tulip

1) Kasut kulit berkualiti
Kualiti kasut Ijmal Tulip memang tip top. Tak perlu risau kulit yang digunakan adalah halal. Jadi tak perlu ragu ragu memakainya. 

2) Insole special dan tebal
Insole Ijmal direka untuk menyokong tumit kaki berjalan dan berdiri lama. Mempunyai insole 3 kali lebih tebal iaitu 0.7cm. Ia membantu menyokong tapak kaki dan tumit daripada cepat lenguh dan sakit ketika banyak berjalan. 

3) Kulit kalis air dan tahan lebih lasak
Kasut Ijmal Tulip memang kalis air. Tidak basah bila terkena air dan semestinya ia tahan lasak. 

4) Design yang menarik
Bahagian depan kasut dilebarkan sedikit untuk beri keselesaan pada jari kaki agar terus selesa. 

5) Selesa dan ringan
Kasut Ijmal Tulip sangat selesa di pakai, lembut pada kaki dan yang penting ia ringan. Tak rasa beban pun pada kaki. 

Disebabkan ciri ciri menarik yang ada pada kasut Ijmal Tulip inilah Mimi tak terasa macam berpijak di bumi yang nyata gitu. Dahlah selesa, ringan pula tu. Berjalan atau berdiri lama pun kaki tak sakit tau. Kalau pakai kasut lain sebelum ni berdiri sekejap pun tapak kaki dah sakit. Tapi dengan kasut Ijmal Tulip yang Mimi pakai ni langsung tak rasa sakit. Serius tak tipu! Siap dah plan nak beli kasut Ijmal yang lain pula tau. Kasut Ijmal Tulip ni bukan saja Mimi pakai pergi pejabat tapi keluar pergi mana mana pun pakai juga sebab selesa sangat. Tahan lasak pun ya juga,  pakai banyak kali pun tak rosak. Lepas ni confirm nak beli kasut Ijmal lain pula buat koleksi. Suka sangat okey! 

Pakai Ijmal Tulip Dark Brown ke pejabat

Selain kasut Ijmal Tulip,  ada juga koleksi kasut Ijmal lain yang cantik dan menarik iaitu Ijmal Plain, Ijmal Emboss dan Ijmal Wedges. Setiap koleksi kasut Ijmal mempunyai design dan warna yang menarik dan cantik sesuai untuk dipakai sama ada ke pejabat atau travel. 

TESTIMONI PENGGUNA MENGENAI KASUT IJMAL


Antara testimoni positif daripada pengguna kasut Ijmal. Jangan cakap Mimi tak payung! 

Sumber : Page Ijmal

Sumber : Page Ijmal

Sumber : Page Ijmal

Korang berkenan dan nak tahu mengenai koleksi kasut Ijmal dengan lebih lanjut korang boleh layari web atau media sosial Ijmal di bawah ini.  

Email : butikmuslimahijmal@gmail.com

Atau boleh walk in terus ke butik Ijmal

No 1149 & 1149-A,  Jalan Jambu 1,
Taman Muhibah, Saleng Senai, Johor

Post a Comment

27 Comments

  1. Cantik pula tulip ni mimi. Macam nk order yg ni pula sebab dah tau kasut ijmal memang selesa sgt.

    ReplyDelete
  2. baru nk tanya mcmne nk ke butiknya... tp jauh bebeno di johor....

    kalau kt kl ni tingin jgk nk menerai... almaklum kaki jns beso tkt beli pakai oder je tak sesuai...

    ReplyDelete
  3. akk ni nak masuk 36 tahun, bab kasut ni memang kena jaga. Kalau tak macam-macam sakit bahagian kaki dtg. Bagus brand Ijmal ni. Setanding brand popular di luar sana

    ReplyDelete
  4. Comeynya kasut. Kita jarang sngt berkasut tutup. Rsau x selesa. Tp ni nmpk cntik elok je akk pkai.

    ReplyDelete
  5. this is a good shoe. bolehlah beli utk my mum nnt.

    ReplyDelete
  6. Kak Sue pun suka sangat dengan kasut Ijmal nie Mimie.. selesa sangat..

    ReplyDelete
  7. Nampak lawa pulak ijmal tulip ni.tp kasut ijmal mmg selesa & sedap pakai kan kak.

    ReplyDelete
  8. Nampak klasik giler rekaan dan vintag. Tapinkasut mmg kena pilih yg betul selesa, sbb kita pki seharian untuk menyokong pergerakan badan kan

    ReplyDelete
  9. Setiap kali beli kasut baru memang ada masalah melecet especially kat kaki belakang. Kalau boleh solve masalah tu memang kasut Ijmal Tulip ni boleh beli ni....

    ReplyDelete
  10. serious kasut ni nampak selesa, kalau nak beli masih ada lagi tak harga promosi ?

    ReplyDelete
  11. Ada terbaca tentang produk ni jugak. Memang bagus dan desainnya jugak berkualiti, simple dan cantik!

    ReplyDelete
  12. pemilihan kasut yang tepat penting sebab ia bukan saja pelengkap gaya, malah menentukan tahap kesihatan kaki seseorang. Kasut yang selesa baru senang nak pakai tambah- tambah kalau berjalan jauh

    ReplyDelete
  13. Dah lama tak beli kasut. Boleh try beli sepasang kasut baru 2018 ni.

    ReplyDelete
  14. Kalau Kalis Air dan Tahan Lasak tu memang ciri-ciri kasut yang TB cari.. boleh la TB intai2 nanti.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Kasut flat mmg sedap pakai tertana jika berjalan bnyk.. baru tau ada produk ni...

    ReplyDelete
  16. Nice functional shoes and it looks good too! Can recommend to my friends.

    ReplyDelete
  17. cantik design kasut ijmal ni..bagus untuk kesihatan kaki yang paling best tu

    ReplyDelete
  18. Zaman sekarang, kasut pon ada teknologi nya. Bagus betul. Untuk mereka yg banyak berjalan, sesuai lah nak beli kasut begini

    ReplyDelete
  19. Bonde macam nak beli satu... nampak selesa dan Bonde memang suka kasut sarung yang tak berapa tinggi ni pakai untuk pergi opis senang nak lari ke kaunter klu ada pelanggan datang maklumlah kedudukan meja Bonde berada di tengah-tengah office.

    ReplyDelete
  20. The design so classic. But I prefer the comfortably of the shoe. This is important to me especially I walk long hours.

    ReplyDelete
  21. Oniekan kalau part kasut mesti memilih gak. Sebab onie sukakan keselesaan dan sangat memilih. Kalau kasut yg ni. Macam nak try je nanti. Btw, tq awak sudi share.

    ReplyDelete
  22. Simple dan selesa nampak kasut ni. Sesuai la ni pakai gi opis

    ReplyDelete
  23. Sweet la kasut dia mimi.. moga mimi sentiasa sihat selalu ye

    ReplyDelete
  24. mak sy da sakit lutut boleh try kasut ni sebab nampak ciri2 mnjaga kesihatan tu ada. thanks ya for this info kalau tak sy tak tau pun kewujudan kasut ni.

    ReplyDelete
  25. comelnya kasut.. suka pattern dia.. tapi memang nampaklah kasut ni sangat selesa dipakai

    ReplyDelete
  26. wah..comel la kasut tu. nampak selesa mimi pakai.

    ReplyDelete
  27. ni kan pattern zaman dulu dah keluar balik tapi puashati kan beli kasut ijmal.. sangat selesa!

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com