Aiskrim Musang King Telok Kemang | Semalam sebelum singgah rumah parent Mimi, suami bawa Mimi singgah makan aiskrim Musang King Telok Kemang.
AISKRIM MUSANG KING TELOK KEMANG
Aiskrim Musang King Telok Kemang |
Aiskrim Musang King Telok Kemang ni warna kuning memang pekat tau berbeza dengan aiskrim durian biasa. Rasanya pun memang pure. Tak rasa macam aiskrim biasa. Memang terasa di tekak. Untuk satu cawan aiskrim ni ada diletakkan tiga churros. Makan dengan aiskrim memang sedap. Satu cawan aiskrim Musnag King ni berharga RM9.00. Mungkin bagi orang harganya agak mahal tapi bagi Mimi berbaloilah kan. Nama pun aiskrim Musang King. Musang King memang terkenal dengan harganya yang mahal.
Aiskrim Musang King Telok Kemang |
Selain aiskrim Musang King ada juga pelbagai menu lain yang dijual. Mimi cuba juga cendol aiskrim durian. Semangkuk RM9.00 juga. rasanya not bad juga. Cuma ais cendol tu agak berketul ketul. Tapi berketul ketul kecil lah. Mungkin itu trademark cendol yang dijual.
Cendol Aiskrim Musang King |
Suami Mimi pula selain order aiskrim, dia order juga jagung rebus. So, total harga untuk dua cawan aiskrim Musang King, semangkuk cendol aiskrim dan secawan jagung RM29.00.
Korang nak cuba juga aiskrim Musang King ni? Kalau korang datang ke Telok Kemang, mesti korang akan numpa gerai ni di tepi jalan. Lokasi gerai ni terletak di Batu 8, Telok Kemang. Bersebelahan restoran Asam Pedas dan Klinik Desa Telok Kemang.
Nak lagi senang korang klik saja link waze ni : http://musang-king-pd-special.business.site/
Atau
Whatsapp : www.wasap.my/+60192728419/MusangKingSpecial
14 Comments
wowww sedapnya. makan dgn churros pula tu
ReplyDeleteWowww, menggiurkan
ReplyDeleteNampak sedap!
ReplyDeleteSedap nya mimi. Lama tak makan cendol durian. Dok teringin setiap hari nk mkn cendol durian. Bookmark tempat ni kalau ke PD lg nnti.
ReplyDeleteAmboi menggodanya la hai aiskrim Musang King nie..
ReplyDeletealaaaa...pepagi tgok entry ni memang terliur...
ReplyDeleteBerbaloi dengan harganya.. Puas makan nie..
ReplyDeleteSalam perkenalan sis..
Eskrem tu yummy terasa di kala tekak perit ni
ReplyDeleteharga musang king pun dah mahal kan
ReplyDeletepatutlah harga dia cam tu
ya Allah sejenis godaan apa ni mimi? huwaa..
ReplyDeletealahai sedapnya mimi, terasa sejuk lalu kat tekak :)
ReplyDeleteTergoda tgok aiskrim tu mimi oii..walau dah komen kat entry ni tetap nak komen gak
ReplyDeletealaa..awat kejam ni. terliur dan laparrrr
ReplyDeleteYa allah sedapnya....rabia tak pernah makan lagi aiskrim musang king ni..kawan rabia skrg jual aiskrim milo,jelly,cumi2..rabia beli aiskrim bandung dgn dia hari tu.saja support member bisnes.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com