Keputusan untuk membuat pengubahsuaian rumah adalah satu
perkara yang besar untuk pemilik rumah. Perasaan berdebar sama ada semuanya
akan berjalan lancar atau tidak, semestinya sentiasa bermain di fikiran.
Selain itu, pelbagai perkara lain seperti pemilihan reka
bentuk yang diingini, mengupah kontraktor dan proses mendapatkan kebenaran
daripada pihak berwajib juga perlu diambil kira. Mimi rekemen baca tips memilih kontraktor rumah yang bagus di dawaibesi.com. Jika perancangan awal dan
teliti tidak dilakukan, pemilik rumah akan terdedah kepada masalah kos yang
berlebihan dan tempoh ubah suai yang terlalu lama.
Jadi, sebelum anda memulakan projek ubah suai rumah,
pastikan anda beri perhatian kepada 9 perkara di bawah ini.
1. Dapatkan maklumat tentang proses mengubah suai rumah
Permit/surat kebenaran yang diperlukan untuk kerja-kerja
ubah suai, bahan-bahan binaan, dan garis masa serta senarai kerja yang
dilakukan adalah antara perkara yang perlu difahami tentang proses mengubah
suai rumah.
Jika anda mempunyai semua maklumat di atas, anda bukan
sahaja akan nampak lebih bijak dan bersedia semasa berbincang dengan renovation contractor atau interior
designer yang diupah, malah anda juga boleh membuat keputusan
dengan lebih cepat.
Rumah
teres di Temasya Citra, Glenmarie. Projek oleh Meridian Inspiration.
2. Upah kontraktor yang profesional
Memastikan setiap kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang
diupah itu mempunyai kepakaran dalam melakukan kerja yang telah ditetapkan.
Contohnya, jika anda hendak membuat tempahan kabinet dapur, pastikan syarikat
yang diupah itu adalah pakar dan mempunyai rekod baik dalam melakukan kerja
tersebut.
Langkah awal yang boleh anda lakukan untuk memastikan anda
mengupah kontraktor yang profesional, lihat porftolio projek mereka yang sudah siap dan
dapatkan anggaran sebut harga untuk mana-mana reka bentuk yang menarik minat
anda.
Bilik mandi bertema Bali di Damansara Foresta. Reka bentuk
oleh La Conception
Hauz.
3. Kongsi maklumat lengkap dengan kontraktor
Sama ada anda menggunakan khidmat renovation contractor atau interior designer, pastikan anda berkongsi
sebanyak mungkin maklumat tentang keperluan dan kemahuan anda berkenaan projek
tersebut dengan mereka. Jangan tapis sebarang maklumat.
Luangkan masa untuk lakukan sedikit bacaan dan kajian
tentang tema yang anda mahu dan simpan keratan majalah atau gambar yang menarik
minat anda di laman Pinterest untuk dikongsikan dengan kontraktor anda nanti.
Jika anda anda membuat lawatan ke ekspo atau pameran ubah suai rumah, dapatkan
contoh atau brosur barang yang menarik minat anda.
4. Bandingkan beberapa sebut harga dan spesifikasi bahan
Apabila anda sudah mempunyai idea dan maklumat lengkap
tentang apa yang anda mahu untuk projek tersebut, dapatkan anggaran
sebut harga daripada beberapa kontraktor atau pembekal khidmat dengan segera.
Pastikan setiap sebut harga yang diterima itu mempunyai maklumat lengkap
seperti kuantiti bahan yang diperlukan, jenama, nombor kod, upah buruh, GST dan sebagainya. Dengan adanya sebut
harga yang terperinci, anda akan dapat membuat perbandingan yang lebih adil.
Selain itu, jika boleh, aturkan sesi lawatan tapak (site visit) percuma supaya pihak
kontraktor tersebut dapat melihat ruang yang akan diubah suai dan mengukur
keluasan ruang yang terlibat.
Bilik tidur moden di Nadi Bangsar. Reka
bentuk oleh Double
Art.
5. Lindungi hak anda
Sepanjang tempoh kerja ubah suai dilakukan, rumah anda akan
terdedah kepada risiko masalah kerosakan, kebakaran dan kemalangan. Jika salah
satu masalah ini berlaku, ada kemungkinan yang kontraktor tersebut tidak akan
dapat menyiapkan projek tersebut seperti yang dijanjikan.
Jadi, untuk memastikan hak anda sentiasa dilindungi, anda
boleh mendapatkan perlindungan insurans untuk projek ubah suai rumah. Pihak
insurans akan menanggung masalah atau kerugian yang terpaksa anda lalui.
(Baca: What is
Recommend Pay?)
6. Pastikan projek mengikut garis masa yang telah dipersetujui
Selain daripada menjejaskan momentum projek anda, kelewatan
penyelesaian projek juga akan menyebabkan kemungkinan kos yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, permit dan insurans mungkin akan tamat tempoh dan anda dipaksa
untuk mengeluarkan wang untuk memperbaharui documen-documen tersebut.
Jadi, pastikan kontraktor mengikut jadual garis masa yang ditetapkan untuk
memastikan projek berjalan dengan lancar.
Ruang tamu moden kontemporari di Hatch Interior Studio. Reka
bentuk oleh Hatch
Design.
7. Sediakan bajet untuk hal-hal kecemasan
Sepanjang kerja ubah suai berlangsung, pasti akan ada
perkara yang tidak dijangka akan terjadi. Contohnya, masalah ukuran yang tidak
tepat, bahan yang dipesan kehabisan stok atau anda rasa kurang gemar dengan
warna cat yang dipilih. Kejadian seperti ini akan menyebabkan anda terpaksa
mengeluarkan lebih banyak wang untuk memastikan projek dapat diteruskan.
Mengikut nasihat yang dikongsikan oleh renovation contractor, kebiasannya kos
ubah suai rumah akan meningkat 10%-15% berbanding sebut harga asal. Jadi,
sediakanlah payung sebelum hujan dengan menyediakan sedikit bajet untuk hal-hal
yang tidak dijangka.
8. Elakkan perubahan di saat-saat akhir
Kerja ubah suai rumah akan mengambil tempoh yang lama, dan
semestinya sepanjang tempoh itu pelbagai idea baru akan bermain di fikiran
anda. Tetapi sebarang perubahan yang anda minta setelah kerja ubah suai bermula
akan menyebabkan kerja tergendala dan kemungkinan besar anda akan terpaksa
menanggung kerugian.
Ingat betapa tertariknya anda dengan rekaan dan bahan yang
telah anda pilih dulu? Simpan perasaan itu sehingga projek tersebut
selesai.
Ubahsuailah rumah mengikut bajet anda
Jika anda mahukan pengalaman mengubah suai rumah yang tidak
menyakitkan kepala, pastikan anda menggunakan khidmat kontraktor ubah suai yang
berpengalaman dan boleh dipercayai. Recommend.my mempunyai lebih 900 kontraktor ubah suai
daripada seluruh negara yang berdaftar dengannya. Kongsi maklumat
tentang rumah impian anda dan terima anggaran sebut harga dengan percuma.
30 Comments
Good sharing nie Mimie, berguna sangat untuk Kak Sue nie..
ReplyDeletetunggu ada rumah sendiri dan bajet yang mencukup baru puas hati untuk ubahsuai..
ReplyDeletePeekongsian yg sgt bagus. Ramai yg plan nak ubah suai tp terlepas pandang banyak perkara kan. At last kos meningkat dan melebihi bajet.
ReplyDeleteInfo yang menarik ni Mimie. Mana tau satu hari nanti nak buat renovation.
ReplyDeleteBagus tips ni Mimi. Nak bookmark lah boleh refer nanti
ReplyDeletebetul tu, kena pandai buat bajet, kalau idak habis lah duit hehehe.. Thnaks sharing :)
ReplyDeletebagus info ni, boleh praktikkan
ReplyDeleteXsbr tgu umh siap nextyear.. Bole la deco2..tq share ni
ReplyDeletewah bagus info ni . berguna sangat.. nti boleh la lisa list2 kan .. terimakasih kak mimi
ReplyDeleteGood info k.mimi.tq
ReplyDeletePerubahan di saat akhir memang meurmitkan.....risau lain jadiknya..bajet pon boleh lari..hoho............
ReplyDeleteMemang kena plan sebetulnya...setuju sangat...
info yang bagus mimi. nak ubah suai umah memang kena fikir betul-betul, takut kena kontraktor tu lari nanya kita.
ReplyDeleteno 8 tu setuju sgt.. kalau ada perubahan mesti nanti akan naikkan bajet..
ReplyDeleteBelum dizinkan untuk ada rumah sendiri. InsyaALLAH akan datang. Kan best blh deco deco rumah kita. Style yg kita nak.
ReplyDeleteWah!! bagus tips-tip yang dikongsikan ni. nak nak untuk mereka yang baru beli rumah. mesti pening dengan bajet nak ubahsuai rumah baru mereka.
ReplyDeletetq mimie akak take note ni nanti nak refer sini
ReplyDeleteGreat sharing.haritu pon nak renovate rumah husband kat kuantan asyik bertangguh sebab banyak betul benda nak kena pk..seram tgk bajet..hehe
ReplyDeleteBAGus artikel ni dan sgt membantu untuk mereka yg nak ubah suai rumah. No 8 tu mmg betul sgt
ReplyDeleteSalam sis mimi, perkongsian yang menarik. Nanti kalau rin nak beli rumah dah ada ilmu tentang ini, terbaik .
ReplyDeleteSelalu dgr masalah kontraktor bila buat renovation ni. Yang paling kerap dgr tak siapkAn on time. MintK tambah duit, mintak tambah hari. Saya sendiri pernah kena , dek kerana ambil indonesia bukan profesional
ReplyDeleteGood tips. Thank you for sharing. The pictures you used for this post are good too.
ReplyDeleteMemang cantik sungguh lah rumah contoh tu. Kalau dapat memang tido terus tak bangun2. haha. Nak ubahsuai mmg kena teliti semua untuk elak bajet terlebih-lebih. Biasa memang akan terlebih punya lah kan. Btw, tq for the tips.
ReplyDeleteBetul tu tips yang dikongsikan memang berkesan dan juga sangat membantu dalam memastikan kita tidak terlebih bajet untuk membuat pengubahsuaian rumah dan juga dapat hasil yang berkualiti huhuhuhu. Tapi kita nak renovate rumah juga bajet tak ada ni wakakakak...
ReplyDeleteterima kasih atas tips yang diberikan. untuk saya yang masih belum mempunyai rumah dan sebagainya, mungkin tips2 ni akan berguna di masa akan datang.
ReplyDeleteRenovate rumah ni memang kena betul-betul ada bajet baru boleh buat. Kebiasaannya mesti burst bajet la. jarang dengar save bajet. Silap-silap double dari bajet sebenar.. adoiiii
ReplyDeletePerkongsian yg sangat berguna. Nnti bila AM nak ubahsuai rumah, boleh la rujuk artikel mimi nie.. 😍 😍 😍
ReplyDeletetengah tunggu kumpul duit untuk beli rumah, macam macam nak hias. Tema saya, saya suka, terang, cerah dan lapang. Minimal konsep. Bajet kene pandai pandai , nanti takut memvbazir kat benda yang tak sepatutnya
ReplyDeleteBagus la artikel. Sesuai sangat kalau nak renovate rumah. Tips yg bagus. Belum rezeki lagi nak dapat rumah sendiri. Inshaallah satu hari nanti
ReplyDeletesetuju dengan semua di atas. mek tak sabar nak buat rumah sendiri. tapi untuk masa terdekat tidak lagi. kawan mek tengah proses pembikinan rumah, memang dia mencari info quoatation bagai. penat tapi berinfo. so puas hati bila dah siap nanti.
ReplyDeleteteringin nak ubahsuai rumah ni..cntik tengok rumah cantik-cantik..memng tips yang berguna..lagi2 part perlindungan tu..
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com