Khamis, 9 November 2017

Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox Baharu

Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox Baharu | Mimi mula mengenali rangkaian Safi sejak belajar di universiti dulu. Ingat lagi tau, masa tu Mimi mengalami masalah jerawat yang teruk. Macam macam jenis produk Mimi cuba tapi hasilnya mengecewakan. Sehinggalah Mimi cuba Safi, masalah jerawat teruk dapat di atasi. Itu kisah Mimi mengenali dan menggunakan produk Safi berbelas tahun yang lalu. Kini, Safi memang tidak asing bagi Mimi. Pelbagai rangkaian produk Safi yang ada di pasaran salah satunya ialah Safi Rania GOLD rangkaian antipenuaan dengan teknologi beetox baharu.

SAFI RANIA GOLD RANGKAIAN ANTIPENUAAN DENGAN TEKNOLOGI BEETOX BAHARU


Rangkaian Safi Rania GOLD Teknologi Beetox


Kini, Safi Rania GOLD memperkenalkan rangkaian antipenuaan yang diperbaharui dengan formula Teknologi Beetox dan Bio Nano Gold 24K agar tampak anggun muda berkekalan dengan sel kulit yang memulih pada kadar muda remaja. Safi Rania GOLD Rangkaian Antipenuaan Dengan Teknologi Beetox ini mengandungi kandungan yang selamat digunakan. Kandungan yang terdapat di dalam rangkaian Safi Rania GOLD ini ialah :

1) Nano Gold 24K - di mana ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. 

2) Honey - merupakan pelembap semulajadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit

3) Royal Jelly - kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin dan mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress dan tidak bermaya.

4) Propolis - merupakan antioksidan semulajadi yang melawan radikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

5) Bee Venom - kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit menjadi lebih anjal.

Ada 5 langkah merawat masalah kulit wajah menggunakan rangkaian Safi Rania GOLD iaitu :

❤Membersih - Pembersih Solekan (Honey), Pembersih Wajah (Royal Jelly), Gel Pembersih Wajah (Honey), Pembersih Wajah Lembapan Mendalam (Honey & Royal Jelly), Skrub Wajah (Propolis)

❤Menyegar - Penyegar (Honey), Semburan Booster & Penyegar (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan (Honey)

❤Merawat - Serum Konsentrasi 50x (BEETOX & Propolis), Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)

❤ Melembap - Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis), Krim Pelembap Malam (Royal Jelly)

❤ Menyeri - Krim CC SPF37PA++IR (Royal Jelly), Masker Keremajaan (Royal Jelly), Krim Kecantikan

Rangkaian Safi Rania GOLD yang Mimi guna ialah Pembersih Wajah (Royal Jelly), Esen Emas Keremajaan, Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) dan juga Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis).

Fungsi produk produk yang Mimi gunakan seperti berikut :

Pembersih Wajah (Royal Jelly)

🌸Pembersih Wajah (Royal Jelly) ia merupakan formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan agar membersih secara mendalam.

Esen Emas Keremajaan

🌸Esen Emas Keremajaan pula mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untuk menyerap produk seterusnya.

Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)

🌸Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis) terdiri dari Beetox, Nano Hold 24K dan Vitsmin C yang meningkatkan keanjalan 3x, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan.

Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis)

🌸Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis) pula melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR).

Hasil menggunakan Safi Rania GOLD yang terbukti secara klinikal ialah kulit semakin anjal, kehalusan kulit semakin meningkat, pemulihan tona kulit dan pengurangan kedutan di mana responden adalah terdiri daripada kalangan wanita melayu berumur antara 25 - 35 tahun yang menggunakan produk selama 14 hari atau lebih. Ia juga terbukti dalam ujian klinikal berdasarkan penggunaan selama 2 bulan.

Bila umur semakin meningkat, perlunya menjaga kulit wajah agar sentiasa tampil sihat dan anjal. Penggunaan rangkaian produk untuk kulit wajah juga kena sesuai dengan umur juga kan. Umur dah 30++ ni pastinya Mimi perlu menggunakan produk yang sesuai kan. Jadi, Safi Rania GOLD ini memang sangat sesuai untuk Mimi gunakan. Bila umur dah 3 series ini macam macam masalah kulit akan timbul. Tidak perlu risau atau was was menggunakan produk Safi Rania GOLD ini kerana ia terbukti selamat.

Untuk maklumat lanjut boleh layari :


15 ulasan:

  1. Assalamualaikum sis Mimi

    Pakai safi rania sekarang ya

    Kulit mimi pun dah lawa sebelum pakai ni

    Salam khamis. Kejap je dah nak cuti

    BalasPadam
  2. Usia dah masuk 3 series ni, AS dah kena mula survey skincare untuk anti-aging dah.
    Thanks kak mimie sharing. Macam tau-tau je AS tengah mencari.

    Baca juga : Rutin penjagaan kulit yang boleh melambatkan penuaan

    BalasPadam
  3. Kita orang perempuan nie tak boleh tidak dengan barang penjagaan diri nie kan Mimie..

    BalasPadam
  4. Tahniah dapat gold box . Pernah pakai produk safi . Tapi produk safi gold ni belum cuba g

    BalasPadam
  5. semakin umur meningkat, penjagaan muka memerlukan perhatian... jadi kenelah jaga betul tak #safiraniagold mmg terbaik

    BalasPadam
  6. Nieyl pun pakai safi rania gold juga...

    BalasPadam
  7. mmg dr dlu pki product safi tp safi rania gold xpernh try

    BalasPadam
  8. Ana pakai juga pembersih muka safi rania gold ni. Best. Bau dia wangi dan lembut dekat kulit.

    BalasPadam
  9. Mama mmg confiden dgn Safi gold ni. Sesuai dgn mama

    BalasPadam
  10. rangkaian produk yang menarik.produk safi dah lama di pasaran.
    Janji Kita

    BalasPadam
  11. Kalau kulit dah lawa pakai apa pun cantik

    Baik jaga dari muda kan

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.