Rabu, 15 November 2017

Review Vivo V7+

Review Vivo V7+ |  Kalau ikutkan dalam list,  Mimi nak beli handphone lain untuk kegunaan blog. Memang dah plan kumpul duit tau.  Tapi tak sangka, Mimi memenangi Vivo V7+ dari Vivo V7+ Blogger Contest.

Baca sini : Pelancaran Vivo V7+ di Senheng / senQ

Vivo V7+

REVIEW VIVO V7+


Hari ni genap lima hari dah Mimi guna Vivo V7+. Jadi Mimi akan review Vivo V7+ sepanjang lima hari menggunakan. So far, guna Vivo V7+ ni sangat puas hati tau.  Kualiti gambar sangat cantik.  Function yang lain pun best sangat.  Sehari dua guna tak belek sangat handphone ni.  Masuk hari ketiga mula belek sana sini setting handphone.  Agak terkial kial juga nak guna Vivo V7+ ni sebab sebelum ni biasa guna Samsung dan Xiaomi saja.  Bila guna Vivo V7+ memang agak janggal.  

Nak belek belek function dan setting Vivo V7+ ni kena duduk diam diam otak tengah fresh baru boleh buat. Makin lama makin seronok pula tengok function yang ada pada Vivo V7+. Banyak juga Mimi dah explore dalam Vivo V7+ ni. Mimi nak share dengan korang apa yang best Vivo V7+. Jom baca dengan lebih lanjut review Vivo V7+ ni. 

ANTARA YANG MENARIK MENGENAI VIVO V7+


Antara yang menarik mengenai Vivo V7+ ialah :

1) Kamera - Sudah semestinya dilengkapkan dengan kamera depan berkapasiti 24mp dan kamera belakang 16mp akan menghasilkan gambar yang cantik. Mimi dah try kamera depan dan belakang.  Memang cantik.  Kalau snap gambar dalam gelap automatik cahaya dari flash digunakan. Apa yang best gambar sangat cantik dan clear tau. Ada sesetengah handphone kalau snap dalam gelap memang tak cantik dan tidak berapa clear. Boleh tengok gambar di bawah yang Mimi snap dalam keadaan yang gelap. Memang lampu tak buka langsung.  Memang clear. 

Menggunakan kamera depan

Menggunakan kamera belakang dan di ambil dalam keadaan gelap

2) Keselamatan Telefon - Kalau anak anak suka main handphone, korang tak perlu risau dah selepas ini sebab adanya fungsi fingerprint dan password apabila handphone berada tidak aktif.  Bila aktif semula kena letak jari yang korang scan untuk fingerprint.  Kalau fingerprint yang dikesan salah kena masukkan kata laluan yang didaftarkan sebelum aktifkan semula handphone korang. 

Vivo V7+ bahagian belakang

3) Setting - Bab setting ni memang Mimi explore lama sikit sebab nak faham kan satu satu fungsi. Salah satu setting yang ada ialah wallpapers dan fonts. Macam macam ada tau,  rambang mata tengok.  Font handphone pun Mimi dah tukar ikut apa yang berkenan. Rambang mata jadinya. Semua font berkenan. Wallpaper pun best best. Font dah tukar, theme pun dah tukar.

Dah tukar font dan keyboard

Theme handphone baru

4) Reka bentuk - Reka bentuk Vivo V7+ yang nipis dan ringan mudah dibawa kemana saja walaupun skrinnya 5.99 inci tapi bagi Mimi ia sangat selesa bila dipegang. 

Pandangan dari sisi

Pandangan dari bawah

Ada beberapa lagi yang Mimi belum explore lagi. Nak kena duduk tenang setenangnya untuk explore semua, baru best kan. Ada kawan kawan cakap Vivo pun ada bokeh bila snap gambar tapi Mimi tak nampak lagi bokeh tuh hah.

Setakat hari ini sangatttt puas hati guna Vivo V7+. No wonderlah ramai puji best. Ternyata memang best. Korang ada yang dah guna Vivo V7+? Boleh share dengan Mimi apa yang best Vivo V7+ yang Mimi tak explore lagi. 

7 ulasan:

  1. Yg tukar font tu x explore lg.. Mmg best gmbr kt gelap pn cerah.. Yg bokeh tu kt function selfie.. Yg utk camera blkng ada juga.. Lupa dh hehe

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum sis Mimi

    wah menang handphone mahal

    tahniah ya

    rezeki sangat tu

    Semoga sihat wal afiat bersama keluarga tersayang

    BalasPadam
  3. Wah bestnya.. macam nak tukar handphone jugak lah.. hahaha..

    BalasPadam
  4. Tahniah kak Mimi menang hp Vivo :) bestnya. Bagus juga kualiti camera nya tu ya.

    BalasPadam
  5. Wah dapat talipon baru mimi

    Banyak rezeki Allah bagi

    Tahniah

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.