Resipi Kentang Dan Ikan Bilis Goreng Kicap

Resipi Kentang Dan Ikan Bilis Masak Kicap |  Jarang jarang tau Mimi share resipi atau up entry pasal makanan dalam blog. Kali ni mood rajin nak share resipi yang ringkas dan mudah disediakan. Sebelah mata tertutup pun boleh masak tau. Kali ni Mimi nak share resipi kentang dan ikan bilis goreng kicap

RESIPI KENTANG DAN IKAN BILIS GORENG KICAP


Kentang dan Ikan Bilis Goreng Kicap


Resipi ni pun tak guna bahan yang banyak pun. Kalau malas nak masak yang remeh remeh masak saja kentang dan ikan bilis goreng kicap ni. Yang baru nak belajar masak pun boleh try resipi ni.  Mudah saja disediakan. 

Bahan bahan

3 biji kentang dipotong panjang
1/2 biji bawang besar merah dihiris
Segenggam ikan bilis
5 sudu besar kicap
Garam secukup rasa

Cara menyediakan :

1. Kupas kulit kentang dan potong panjang. Cara nak potong ikut korang lah nak macam mana. Nak nipis bulat ke nipis panjang ke, terpulang. Basuh bersih bersih. Lumur dengan garam kemudian goreng garing. Dah masak ketepikan. 

2. Kopek ikan bilis dan basuh dengan air. Toskan. Goreng sehingga garing. Ketepikan. 

3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang yang dihiris tadi. Kemudian masukkan kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. Masukkan secubit garam. Gaul sebati. Kemudian masukkan kicap. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan. 

Kentang dan Ikan Bilis Goreng Kicap

Sekali sekala masak ringkas macam ni memang sedap. Makan dengan nasi panas lagi sedap. Anak anak Mimi bertambah tambah makan lauk ni. Selalu kalau rumah ada kentang Mimi guna untuk masuk dalam kuah. Tak pun kentang tu potong nipis, goreng garing pastu pecahkan telur. Letak sikit cili api potong. Perghh,  memang sedap.

Post a Comment

8 Comments

  1. Wow sedap Tu. Mama.dah le mmg suka makanan beeasaskan kicap

    ReplyDelete
  2. Sedapnya Mimie, tapi baru pertama kali tau resepi nie, selalu kan sambal.. boleh cuba nanti nie..

    ReplyDelete
  3. Salah satu resepi makanan yang senang dan simple untuk di buat

    Maznee memang suka

    ReplyDelete
  4. dugaan lagi nampak blogger post pasal makanan..semua nya sedap sedap nih..wahhh...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya.. Makan lauk je pun dah best nie..

    ReplyDelete
  6. Masak simple macam ni boleh buat makan bertambah- tambah tanpa sedar kan..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com