Kempen Menggalakkan Kanak Kanak Untuk 'Memiliki Impian Besar' Dan Menggapai Bintang

Appeton,  salah  satu  jenama  farmaseutikal terunggul di  Malaysia,  melancarkan  rangkaian  ‘A-Z  Vitamin  C' dengan  pembungkusan baru  hari  ini,  bersama Timbalan  Menteri  Sains,  Teknologi  dan  Inovasi,  YB Datuk  Wira Dr.  Abu  Bakar  Mohamad  Diah  dan duta jenamanya,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar,  di Pusat Membeli-belah  One  Utama. 

Duta Jenama - Datuk Dr Sheikh Muszaphar 

Selama lebih  30 tahun Appeton mengutamakan kanak-kanak dalam segala usahanya. Ia  memahami bahawa  kanak-kanak  adalah  masa  depan  kita dan kesihatan  mereka harus  sentiasa  dilindungi  agar mereka  dapat  mencapai  potensi  sebenarnya.  Ia juga percaya  bahawa  kanak-kanak  harus digalakkan, diberi  inspirasi  dan  dipupuk  dari  usia muda  untuk sentiasa  berfikir  secara  kreatif. 

Timbalan  Menteri  Sains,  Teknologi  dan  Inovasi,  YB Datuk  Wira Dr.  Abu  Bakar  Mohamad  Diah  berkongsi mengenai penglibatan MOSTI di dalam kempen

Apabila  jenama  ini  memutuskan  bahawa  sudah tiba masanya  untuk  rangkaian  'A-Z Vitamin  C’  menjalani pembaharuan,  mereka  telah  melaksanakan perkara lazim  yang kebanyakan  jenama  lakukan  - menjalankan  penyelidikan  mendalam. Tidak menghairankan,  penyelidikannya  mendapati bahawa kebanyakan  ibu  bapa  -  iaitu demografi  teras mereka  -  masih  inginkan  anak-anak  mereka  untuk menjadi doktor atau  peguam  walaupun  terdapat pelbagai pilihan  yang  ditawarkan  oleh  institut pengajian tinggi  tempatan  atau  di  seluruh  dunia. Pada pendapat  mereka,  kedua-dua kerjaya  ini merupakan kemuncak  kebanggaan,  profesionalisme  dan  prestij. 

Ketua Pegawai Operasi Kotra Pharma,  Cheah Ming Loong 

Berdasarkan  hasilnya,  jenama  ini  memutuskan untuk  memasukkan  karikatur  kedua dua  kerjaya mulia  ini,  bersama  dengan  seorang  angkasawan untuk  menunjukkan kepada  kanak-kanak  bahawa mereka  boleh,  dan  harus  sentiasa  menyimpan impian yang  lebih  besar.  'Menjadi  doktor  atau peguam  adalah  pencapaian  yang  hebat  -  tetapi mengapa  berhenti  di  sini?  Kanak-kanak  boleh bercita-cita  menjadi  seorang  doktor atau  peguam yang  juga  merupakan  seorang  angkasawan. Mereka hanya  perlu digalakkan  untuk  tidak menghadkan diri  mereka  mengikut  status  quo,’ kata  Cheah Ming Loong,  Ketua  Pegawai  Operasi Kotra  Pharma.

Ini  adalah  'idea  besar'  yang  mendorong  Appeton untuk  bekerjasama  dengan angkasawan  pertama Malaysia,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar.  Sebagai yang  pertama, dan  pada  masa  ini,  satu-satunya angkasawan  Malaysia  yang  berjaya  terbang  di angkasa  lepas,  Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar adalah jurucakap  yang  terbaik  untuk Kempen  Dream  Big A-Z  Vitamin  C  Appeton  -  beliau  telah  bekerja keras untuk menjadi  seorang  doktor,  tanpa melepaskan impiannya  untuk  menjadi  seorang angkasawan. 

Datuk Dr Sheikh Muzaphar,  YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika perasmian packaging baru Appeton


Sebagai  seorang  pakar  bedah  ortopedik,  Datuk Dr. Sheikh  Muszaphar  memahami kepentingan kesihatan dan  mengekalkan  perlindungan  bagi mencapai matlamat  yang telah  ditetapkan  oleh  diri sendiri. Sebagai  seorang  kanak-kanak,  beliau sentiasa terpesona  dengan  perjalanan  di  angkasa lepas. Beliau  bernasib  baik  kerana  ibu bapanya sentiasa menyokong  impiannya  dari  awal  lagi; mereka memupuk  dan menyokongnya  sepanjang perjalanan, dan  memastikan  bahawa  beliau  sihat, dan tetap dilindungi  sepanjang  zaman  kanak-kanaknya.

'Datuk  Dr.  Sheikh  Muszaphar  adalah  seorang peneraju  yang  telah  memberi  inspirasi kepada ramai  orang  melalui  semangat,  keazaman  dan inovasi  berterusannya,  tanpa mengorbankan pendirian  asas  beliau.  Kami  mahu  meneroka sejarah  latar belakangnya,  dan  juga pencapaiannya, untuk  menggerakkan  mesej  kami  ke pelanggan teras  kami,  dan  inilah  pencetus  kolaborasi  kami,” tambah  Cheah. 

Datuk Dr Sheikh Muzaphar,  YB Datuk Wira Dr Abu Bakar Mohamad Diah dan Cheah Ming Loong ketika sesi bergambar


Sebagai  sebahagian  daripada  Kempen  Impian Besar  Appeton,  Datuk  Dr.  Sheikh Muszaphar  dan dua  orang  anak  perempuannya,  dipaparkan  dalam iklan  televisyen dan  papan  iklan  'Dream  Big' Appeton  di  sepanjang  beberapa  lebuhraya  terpilih di seluruh  Malaysia.  Satu  pepotong  beliau  dalam sut angkasa  lepas  juga  akan menyambut pengguna  di farmasi-farmasi  utama  di  seluruh negara. 

Aktiviti bersama orang ramai ketika majlis

Acara  pelancaran  menyaksikan  ibu  bapa  dan anak-anak  menyertai  pelbagai permainan  pentas, beberapa  kuiz,  seni  pasir,  seni  dan  kraf,  serta teka-teki  abjad. Mereka  juga  berjaya  mengambil gambar dengan  angkasawan  berani  yang  menjadi ahli perniagaan,  bersama  anak-anak perempuannya yang cantik,  Sophea  Isabella  (6 tahun)  dan Sophea Natasha  (4  tahun). 

Datuk Dr Sheikh Muszaphar ketika sesi autograf

Bercakap  kepada  pemberita  pada  majlis  itu,  Datuk Dr.  Sheikh  Muszaphar  berkata, 'Saya  telah mengenali  jenama  Appeton  sejak  dari  dulu  lagi. Mereka  terkenal  kerana memperjuangkan kesihatan kanak-kanak;  dan  sebagai  seorang  doktor, kesihatan adalah  teras  kerjaya  saya,  dan  oleh  itu, ia  dekat dengan  hati  saya. 

Sebagai  kanak-kanak,  kita  selalu  beranggapan bahawa  tiada  yang  dapat mengalahkan  kita  -  iaitu tiada  apa  yang  boleh  berlaku  kepada  kita.  Tetapi adakalanya kita  jatuh  sakit  dan  menghidap selesema,  serta  penyakit  biasa  yang  lain.  Apa yang saya  sedar,  pada  usia  yang  sangat  muda, ialah apabila  kita  menjaga  diri  kita  sendiri, sama ada melalui senaman, makanan, atau cara lain, kita membenarkan  diri kita  untuk lebih  bersuka-ria.Tahap  tenaga  kita  telah  meningkat,  dan  kita boleh terus  berusaha untuk  melakukan  perkara perkara  yang  kita  nikmati. 

Sebagai  seorang  bapa  kepada  dua  anak perempuan, dan  sekarang,  anak  lelaki kembar, saya  berusaha sebaik  mungkin  untuk  memastikan anak-anak  saya kekal sihat  dan  dilindungi,  supaya mereka  dapat keluar  dan  mengenali  segala perkara  yang ditawarkan  oleh  dunia.  Maka, apabila Appeton berbincang  dengan  saya  mengenai kempen  ini,  saya telah  melihat  sinerginya  secara serta-merta  dan terus  berkata  ya. Hakikatnya, semua  ibu  bapa mahukan  yang  terbaik  untuk anak-anak  mereka  - saya berharap  bahawa penglibatan  saya  dalam Kempen  Dream  Big Appeton  akan memberi inspirasi  kepada  kanak-kanak  untuk  ‘Memiliki Impian  Besar',  dan mengingatkan  ibu  bapa  untuk memastikan mereka sentiasa  sihat  dan  dilindungi, agar mereka  dapat mencapai  bintang-bintang.' 

Dalam  persekitaran  perniagaan  penjagaan kesihatan hari  ini,  dengan  peningkatan berterusan dari  segi persaingan  dan  perubahan  yang  semakin pesat, Appeton  tetap teguh  dalam  usaha memenuhi permintaan  untuk  produk  penjagaan kesihatan  yang berkualiti  dengan  kos  yang kompetitif. Mengaplikasikan  kombinasi  unik kepakaran serta penyelesaian  industri  dengan konsep  yang  betul, Appeton  terus  berusaha  untuk memberikan  kualiti yang  terbaik  kepada  semua. 

Rangkaian  'A-Z  Vitamin  C'  Appeton  boleh  didapati di  farmasi-farmasi  utama  dan  kedai perubatan Cina di  seluruh  negara.  Untuk  maklumat  lanjut mengenai Appeton,  sila layari  www.appeton.com.

Post a Comment

11 Comments

  1. Dlu anak akak bg mkn appeton utk bg die tambah selera mkn..

    ReplyDelete
  2. Rasanya Kak Sue pernah juga bagi anak-anak Kak Sue makan vitamin Appeton nie..

    ReplyDelete
  3. Kanak kanak memang punya masa depan cerah

    terpulang pada mak ayah untuk berusaha

    ReplyDelete
  4. Appeton jenama yang sangat dikenali di kalangan ibubapa

    ReplyDelete
  5. Bestnya dpt jumpa angkasawan negara.

    Appeton ni bgs utk di beri utk anak2 yg sedang membesar

    ReplyDelete
  6. hi jemput join n meriahkan segmen GA kt sni

    http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

    ReplyDelete
  7. i last met him back in high school.

    ReplyDelete
  8. bagus program cam ni.. saya sendiri mengajar anak berimpian dan capai impian.. bukan sekadar angan-angan.. hee~

    ReplyDelete
  9. Bestnya dpt jumpa angkasawan negara.. Appleton mmg jenama yg boleh dipercayai kan

    ReplyDelete
  10. masa kecik2 dulu rabia makan appeton ni..sekarang tak makan dh hehehe..rindu pulak nak makan appeton ni.

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com