Jumaat, 17 November 2017

Dah Nama Pun Anak Lelaki

Dah Nama Pun Anak Lelaki | Hari ni kerja half day sebabnya nak bawa Adhwa pergi klinik.  Demam, batuk dan selsema. Malam tadi badan dia panas sangat. So, decide bawa dia pergi Klinik Kesihatan Sendayan. 

Walaupun klinik mula beroperasi pukul 2.45 petang. Pukul 2.40 petang dah sampai.  Sebab tak nak tunggu lama. Takut orang ramai. Masa mula mula nak register tu sedikit masalah timbul. Nama Adhwa tak ada dalam sistem HRMIS. Ah sudah. Padahal dalam sistem HRMIS PDRM semua Mimi dah update. Nasib baik bawa GL. 

Walaupun demam, batuk dan selsema, seketul Adhwa ni memang tak reti duduk diam. Jalan sana sini keliling dalam klinik. Lari sana sini. Siap tinjau bilik rawatan. Alahai anak! Terhantuk kerusi,  jatuh kat lantai dha biasa. Ada yang dia nangis ek ek macam tu ada yang tak. Sampailah masa tiba tiba Mimi dengar suara Adhwa menangis. Tengok dia jatuh. Pujuk dia. Masa pujuk dia Mimi terperasan mulut dia berdarah. 

Ah sudah.  Cepat cepat ambil napkin dia yang Mimi bawa dan tekap di kawasan yang berdarah. Kebetulan, nama Adhwa dipanggil untuk ambil ubat. Sambil dukung dia dan tekap napkin tu sambil dengar arahan pengambilan ubat tu. Nasib baik time tu Adhwa dah stop menangis. 


Sebahagian kesan darah Adhwa pada napkin. Dah nama pun anak lelaki kan macam macam lah kena hadap. Mimi dah redha dah. Faham sangat budak seusia Adhwa nak nak lelaki suka explore macam macam sampai mendatangkan kecederaan yang tidak terjangka. 


Nasib baik luka tak dalam sangat.  Tiga empat kali tekap dengan napkin darah dah stop. Anak saudara Mimi jatuh,  bibir dia luka sampai tekoyak tau. Kena tiga jahitan tak silap. Masa jatuh gigi tergigit bibir. Masa tengok tu ngeri tau. Budak budak tengah lasak memang macam tu lah kan. Kawal macam mana pun tetap juga kenanya. Tunjuk gambar Adhwa dekat Abi dia. Abi dia cakap saja cari penyakit..hehehe..

Beza betul jaga anak perempuan dan anak lelaki kan. Anak perempuan lasak macam ni anak lelaki lasak macam tu. Macam macam fiil tau. Ummi sabar sajalah. 

5 ulasan:

  1. Alahai si bujang ni...nama pun anak lelaki kan...sabar jer la

    BalasPadam
  2. Ciannya... lekas sembuh ye... anak akak plak yang lelaki biasa2 je, yang perempuan bongsu plak lasak sikit... jatuh kat batu dari atas tangga pernah, terkoyak pipi sebelah... kaki terselit dalam lubang kerusi pun pernah, masa lahir pun sebelah pipi lebam..x tau la doktor atau dia yang lasak time nak lihat dunia!

    BalasPadam
  3. walaupun sha belum ada anak dan belum kahwin pun, tapi pengalaman jaga sepupu sepupu sha yang kebanyyakannya lelaki memang banyak ragam haha biasalah lelaki kan

    BalasPadam
  4. Dah namanya anak lelaki kan. Biasa anak lelaki lasak ni cerdik sebab suka explore.

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.