Selasa, 17 Oktober 2017

Jus Anasera Memastikan Anak Kekal Sihat Bertenaga

Jus Anasera Memastikan Anak Kekal Sihat Bertenaga | Sebagai ibu bapa kita pasti inginkan yang terbaik untuk anak anak bukan? Dari segi kesihatan fizikal dan mental, pendidikan, keperluan harian mereka dan banyak lagi. Mimi juga inginkan yang terbaik untuk Aina dan Auni sama ada dari segi kesihatan mereka mahupun pelajaran mereka. Jadi, amat penting bagi Mimi memberikan makanan tambahan atau supplimen untuk memastikan mereka sentiasa kekal cergas dan aktif. Mimi telah pun memilih Jus Anasera sebagai supplimen anak anak kerana Jus Anasera memastikan anak anak kekal sihat bertenaga.

JUS ANASERA MEMASTIKAN ANAK KEKAL SIHAT BERTENAGA


Jus Anasera 

Jus Anasera adalah makanan tambahan terbaik untuk kanak kanak kerana jus ini mengandungi makanan 'Gred Terbaik' seperti kurma, kismis, pegaga, delima, buah tin, bacopa, habbatus sauda, ginko biloba dan minyak zaitun. Tak perlu risau dengan kandungan Jus Anasera ini kerana jus ini mempunyai sumber yang tinggi dengan serat, vitamin, mineral dan nutrisi lain.

Jus ini tidak manis, rasanya manis manis buah dan tak masam, jadi, tidak perlu risau untuk berikan pada anak anak. Sangat sesuai diamalkan oleh kanak kanak seawal usia setahun. Tidak perlu khuatir dengan kandungan gula jus ini kerana ia tidak mengandungi gula tambahan. Jus ini juga boleh diamalkan oleh ibu ibu mengandung dan juga yang menyusukan anak kerana kandungannya yang berkhasiat dari makanan sunnah.

Aina dan Auni amalkan Jus Anasera sebelum sarapan

Setiap hari sebelum sarapan dan sebelum tidur Mimi akan pastikan Aina dan Auni mengambil satu sudu besar jus Anasera dan Mimi selalu pesan jangan lupa banyakkan minum air suam. Setiap kali berikan anak anak jus, Mimi akan gunakan sudu plastik untuk mengekalkan khasiat madu di dalam jus ini.

Cara pengambilan jus ini ialah hanya amalkan dua kali sehari sebelum sarapan dan sebelum tidur menggunakan sudu plastik. Mimi akan pastikan sebelum bagi anak anak jus, Mimi goncang botol jus dulu. Jus Anasera ni Mimi simpan dalam peti sejuk. Anak anak nak minum pun sedap sebab sejuk kan. 




Selepas dua minggu Aina dan Auni mengamalkan jus Anasera Mimi dapat lihat kesan positif pada mereka. Aina sendiri Mimi tengok dia lebih fokus pada pelajaran terutamanya bila dia buat kerja sekolah. Kalau sebelum ni setiap kali buat kerja sekolah dia memang tak fokus tau. Buat kerja sekolah sekejap, berhenti rehat, lepas tu tonton televisyen. Tonton televisyen lebih lama masanya dari buat kerja sekolah tau. Bila masanya kerja sekolah nak siapkan. Tapi sejak consume jus Anasera nampaklah juga dia fokus walaupun ada curi curi tonton televisyen.



Auni pula lain kesannya. Untuk pengetahuan semua, Auni ni jenis yang bila demam memang makan masa nak sembuh. Pernah sekali dia demam dua minggu still tak kebah. Memang Mimi dan suami dah tahu sangat, kalau dia demam memang lama. Dah lah jenis demam lama kalau nak bagi dia makan ubat boleh naik darah jadinya tau. Dia memang tak suka ubat. Paksa makan ubat sampai muntah muntah. Jumaat lepas Auni demam tau. So, Mimi bagi Auni jus Anasera macam biasa. Alhamdulillah, esoknya Auni nampak sihat dan bertenaga sedikit. Badan pun tak panas dah. Bukan nak kata jus Anasera ni menyembuhkan demam Auni 100% tapi ia jadi asbab demam Auni kebah. Petang Sabtu, Auni totally sihat tau. Rasa kagum sekejap sebab dia demam sekejap saja. 

Jus Anasera ini dijual dengan harga RM79.90 bagi Semenanjung dan RM84.90 bagi Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian Jus Anasera boleh layari di :

Facebook : anaseraworld
Instagram : anaseraworld
Tel : 06 - 233 9944

13 ulasan:

  1. wahhh bagusnya jus anasera ni. terdiri daripada makanan sunnah 'gred terbaik' + banyak khasiat! :D

    BalasPadam
  2. Bagus nie, boleh Kak Sue cuba untuk anak-anak Kak Sue juga nanti.. 😊

    BalasPadam
  3. Bagus ya kak jus ni. Boleh cuba utk anak nanti.

    BalasPadam
  4. Boleh cuba jus ini untuk bagi dekat adik adik (:

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..jus anasera ni membantu demam auni kebah..kebaikan pemakanan sunnah

    BalasPadam
  6. Bagusnya jus anasera ni. Boleh lah xjba utk syafi nanti.

    BalasPadam
  7. Bagusnya jus anasera ni. Boleh lah cuba utk syafi nanti.

    BalasPadam
  8. Bagus juga jus Anasera ni kan kak mimi. Sesuai utk kanak2x yang sedang membesar.

    BalasPadam
  9. Budak2 kalau jus yang sedap2 ni mmg laju je minum..tak payah kena paksa..sendiri rela hati..hihi

    BalasPadam
  10. Kalau banyak manfaat, apa salah dicuba kan? Alhamdulillah, Jus Anasera beri kesan positif pada Aina dan Auni..

    BalasPadam
  11. Nampak menarik jus ni...sesuai untuk kanak-kanak..boleh rekemen kat ibu si kembar ni

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.