Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa | Sebeenarnya dah lama nak belikan Adhwa toy car untuk dia. Kalau pergi mana mana shopping mall dia suka main toy car sampai tak nak lepas tau. Sebelum bukan tak nak belikan tapi Mimi jenis kalau nak belikan sesuatu untuk anak, Mimi akan pasti barang tuh berbaloi dengan harga. Cerewet tak? Tapi akhirnya Mimi pilih Despicable Me Toy Car untuk Adhwa. Bukan seronok dia tau dapat car toy.

DESPICABLE ME TOY CAR UNTUK ADHWA


Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa



Ingatkan dalam kotak, toy car dah siap pasang. Rupanya belum. Kena pasang part by part. Jenuh pula nak pasang. Nak minta tolong suami pasangkan dia tidur tak nak kacau. Pasang sendiri refer pada step yang ada di kotak.

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

Lama juga nak pasang sampai setengah jam. Dah berjaya pasang tayar pulak terkepak. Try pasang cara lain. Ok berjaya dah tapi kedudukan tayar depan dan belakang tak balance. Tapi masih boleh duduk lah. Adhwa pun seronok main. Biarkan je dia main.

Mimi pula duduk rehat sekejap sambil tengok tv sebelum masak. Sambil tengok tv otak berjalan tau fifkir pasal toy car Adhwa. Bila dah rileks, baru lah boleh fikir dengan tenang kan. So, Mimi buka balik tayar toy car tu pasang semula. Barulah okey. Mencabar sungguh nak pasang.

Despicable Me Toy Car Untuk Adhwa

Adhwa memang suka toy car dia. Hari hari mesti cari toy car dia. Kalau kakak dia main, dia punya jerit, marahkan kakak dia pekak telinga jadinya. Nyaring suara dia. Puas hatilah dapat belikan Adhwa toy car yang berbaloi dengan harga. Mimi beli RM75.90. Alhamdulillah rezeki berblog dapat kongsi rezeki dengan keluarga. Syukur.

Post a Comment

6 Comments

  1. comeinya kete minion adhwa, acik nk pinjam la nnti, boleh tak?

    ReplyDelete
  2. Berhantu betul mainan ni ya mimi

    ReplyDelete
  3. Nt nk belikan utk daim.juga mcm ni

    ReplyDelete
  4. seronokkklah dapat main car dalam rumah!

    ReplyDelete
  5. Comel la toy car ni. Sampai setengah jam nak pasang. haha

    Mesti Adhwa hepi sangat kan main toy car ni :)

    ReplyDelete
  6. budak2 cukup suka la dengan minion ni..anak buah sorang tu pun sama..feveret...

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com