Beli Periuk Nasi Baru Jenama Pensonic

Beli Periuk Nasi Baru Jenama Pensonic | Tengahari tadi lepas bertandang rumah kawan tengok baby, Mimi ajak suami pergi cari periuk nasi baru. Kalau sesiapa ada baca status facebook Mimi tahulah sebab Mimi beli periuk nasi baru. Yang tak tahu mesti nak tahu sebab apa Mimi beli periuk nasi baru jenama Pensonic kan.

Periuk Nasi Pensonic baru

Nak dijadikan cerita, semalam Mimi minta tolong anak sulung, Aina tuang air masak di dalam cerek ke dalam tong air atas meja makan. Masa tu dia sibuk tengok tv kan. Memang dia datang tolong tapi buat kerja memang ikut dan lah. Nak cepat je siap sebab nak tengok tv punya pasal. Masa tu Mimi sibuk basuh pinggan sambil tu masak lauk untuk makan tengahari. Entah macam mana, terdengar bunyi benda jatuh. Toleh kanan tengok periuk nasi dah tergolek ke lantai. Masa tu boleh sabar lagi, cuma tinggikan suara sebab dia cuai. Lepas tu suruh dia angkat periuk nasi letak semula dekat kabinet dapur. Mimi pula teruskan masak macam biasa.

Sambil tunggu lauk masak, Mimi nak masak nasi. Sekali bila nak tekan butang kat periuk nasi tu tak boleh. Banyak kali tekan pun tak boleh. Plug semua berfungsi. Tutup plug Mimi check periuk bahagian dalam macam dah longgar. Betulkan masuk periuk nasi tekan butang cook still tak boleh. Time tu hati dah panas. Panggil Aina. Suruh dia tengok akibat perbuatan careless dia, apa jadi dengan periuk nasi. Penyudahnya, masak nasi atas dapur.

Periuk Nasi Panasonic yang rosak

Mimi whatsapp suami beritahu pasal periuk nasi. Membebel juga lah dia. Periuk nasi lama Mimi tu jenama Panasonic. Dah 9 tahun lebih guna. Hadiah perkahwinan pemberian kawan kawan sekolah Mimi. Memang sayang sangat dengan periuk nasi tu sebab tahan lama. Tapi, nak buat macam mana. Benda nak jadikan. Akhirnya, periuk nasi tu bertahan 9 tahun lebih dengan kami angkara kecuaian. Nak marah anak pun tak guna kan .

Periuk Nasi Pensonic baru 

Hari ni, Mimi dah dapat pun pengganti Panasonic. Tapi penggantinya ialah periuk nasi Pensonic. Pensonic pun tidak kurang hebat juga jenamanya. Dah semakin dikenali ramai dengan pelbagai produknya yang moden dan menjadi pilihan ramai.

Peralatan lain yang ada

Periuk nasi Pensonic baru ni warna soft orange. Ada bunga bunga cinta lagi dekat body periuk nasi. Alahai sweet sangat. Periuk nasi ni isi kandungan sehingga 1.8L. Mimi beli RM99.90 dengan waranti selama setahun. Beli periuk ni dapatlah dulang pengukus, senduk dan cawan sukatan. Keistimewaan periuk nasi Pensonic ni korang boleh tengok seperti gambar di bawah.

Periuk Nasi Pensonic baru

Alhamdulillah, nasib baik ada duit hasil berblogging dapatlah beli periuk nasi baru. Memang kena spend duit dalam bank atau purse sebab kadang kadang akan berlaku benda yang tak disangka sangka. Ummi pasrah saja kakak Aina keluar duit beli periuk baru. Nak bebel 48 jam pun tak guna kan. Benda nak jadi. Redha sajalah!

Post a Comment

11 Comments

  1. bw sini, alahai anak.. anak akak pun sama je, tv dah kureng tapi tab yang macam kembar siam plak,.. dendanya, tab kna simpan siap kerja rumah, kerja sekolah baru dapat balik... tu yg laju je buat kerja...

    ReplyDelete
  2. tula benda dh nk jd kn..mmg kena bli baru juga la...

    ReplyDelete
  3. anak2kan geramjuga bila buat cuai..tapi apa ble buat..MV dulu kes lebih kurang tapi MV dapat cabutan bertuah periuk nasi...so tak lah marah sangat

    ReplyDelete
  4. Cantik plak piyuk nasi yang baru tu...warna dia attract mak2 untuk masak ni...

    ReplyDelete
  5. Maznee dah lama pakai periuk nasi jenama pensonic ni

    Memang bagus sampai hari ni tahan

    Ada 7 tahun rasanya

    Sama dengan usia perkahwinan

    ReplyDelete
  6. Mimi, minat tak nak tukar tukar bloglist. Maznee baru letak bloglist di belah kanan blog

    Blog Maznee pun dah lama tulis. Dari tahun 2013

    Pageview dah cecah 4,000,000

    Semoga sama sama dapat manfaat. Sebab yang baca blog maznee ni pun ramai mak mak je

    Kalau minat bagitau ya

    Balas je kat komen di blog maznee

    ReplyDelete
  7. cantiknya periuk baru. alhamdulillah rezeki berblogging dapat belik periuk ye

    ReplyDelete
  8. Sama macam periuk Kak Sue yang lama, dua kali beli jadi terbakar belah bawah tu Mimie.. lama dah, sekarang pakai periuk nasi Panasonic pulak. Terbalik kita ya.. hihihi..

    ReplyDelete
  9. Biasalah tu kalau suruh anak2 yg buat keje. Kalau tak jatuh,tumpah memang tak sah. Takpelah mimi janji semua selamat xde yg tercedera kan.

    Anyway cantik periuk nasi baru ni. Harapnya tahan lama juga lah ye mcm tg sblm ni.

    ReplyDelete
  10. Bunga bunga cinta ehh..saboe jela....

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com