Isnin, 16 Oktober 2017

Adhwa Kena Buli!

Adhwa Kena Buli! | Mentang mentang lah dia satu satunya adik lelaki, kakak kakak Adhwa berpakat buli Adhwa. Mimi memang tak dapat nak control lah sebab tengah drive. Masa berhenti kat trafic light Auni panggil suruh tengok Adhwa. Sekali toleh, Allah! Sejak bila anak lelaki Mimi bertukar jadi perempuan. Terus Mimi gelak. Yang tak tahan tu, orang ketawakan dia, dia pun sekali ketawa siap tutup mulut.

Nak tahu apa Aina dan Auni buat dekat Adhwa? Mimi tengok pun geram. Dak macam Mak Joyah dah tapi versi comel.


Masa ni Mimi sempat lah snap dua tiga gambar Adhwa time lampu merah. Tengoklah tu bukan main lagi dia senyum. Hantar gambar dia dekat abi di terkejut dibuatnya. Hahaha...Anak lelaki seorang sekali kena buli dengan kakak kakak dia nak marah pun tak jadi. Patutlah masa tengah drive Adhwa duk menjerit jerit marahkan kakak kakak dia. Rupanya dia kena "paksa" pakai tudung. Bila suruh buka tak bagi pula.

Kadang kadang kesian tengok Adhwa kena buli dengan kakak kakak dia tau. Macam macam kakak kakak dia buat, dia pasrah saja. Bukan buli yang memudaratkan tapi buli buli manja. Yang adik ada masa redha je ada masa kalau datang mood puting beliung dia, memang dia menjerit. Kadang tu kalau dia geram dia ketuk kepala kakak dia dengan sudu, kadang tu dia tampar. Mimi sendiri pun kalau tak layan dia memang kena pukul. Pagi tadi baru lepas kena cubit dekat dengan dia sebab tak layan dia. Yelah sibuk lipat baju kan mana lah dan nak layan.

Sesekali tengok Adhwa kena buli dengan akak kakak dia kelakar pun ada. Yelah, gurauan adik beradik kan. Itu yang buat rasa rumah riuh rendah macam ada anak sepuluh padahal baru tiga orang. Macam macam keletah anak anak sekarang ni kan buat kita terhibur je. Kadang nak marah pun tak jadi terus ketawa bila tengok telatah dan gelagat anak anak.



8 ulasan:

  1. Assalamualaikum wrmbth

    Apa khabar sis Mimi

    Semoga semuanya lancar hari isnin ni ya

    Gejala buli ni memang ken banteras

    buli pun ada banyak bentuk

    Kita jadi mak ayah kena peka

    BalasPadam
  2. Mimi nak tanya boleh?

    Boleh tak kalau kita exchange bloglist.

    Kalau boleh terima kasih banyak banyak

    Kalau tak boleh pun tak mengapa. :)

    BalasPadam
  3. Hehehe biasa la tu. Bila kakak xda nak buat apa. Buli adik la paling best sekali hehhe. Nasib tak kena mekap haha

    BalasPadam
  4. Hahaha! Comelnyaa Adhwa versi pakai tudung ni :D

    BalasPadam
  5. mula2 baca tajuk td ingatkan adhwa kene buli kt sekolah ngn kwn2 ke apa, ngn kakak sndiri rupenya hehehehe...
    itu buli kasih syg, bkn serius pun bg akak...
    terus teringat masa kecik2 dulu selalu bt adik bongsu akak mcmtu, sbb dia sorang je anak laki, apa lg kakak2 nya suka la pakaikan gaun lah, pakai tudung la hehehe...
    nsb dh bsr elok je jadi laki sejati hheheheh

    BalasPadam
  6. ala cutenya..kena buli pki tudung mmg nmpk gegurl

    BalasPadam
  7. Comelnya adhwa. Kat rumah ana pula syafi selalu kena buli dgn makcik2 dia. Dulu kecik2 dia pasrah je lah kena pakai tudung skrg ni baru nak sarung dia dah cepat2 cabut. Hehe

    BalasPadam
  8. Laaaa...dah macam baby girl...kalau orang x tau sure tak perasan ni...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.