ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan | Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit seperti kegatalan dan alahan.
Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu beehadapan dengan kerja kerja mencuci atau yang terdedah pada persekitaran yang beehawa dingin akan cenderung mengalami kulit kering. Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan |
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak Lily Putih dan Minyak Zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda.
ENCHANTEUR Charming dan ENCHANTEUR Romantic |
Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyrn Haruman Badan |
Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. Losyen ini mengekalkan kulit tangan dan badan sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
Losyen ini menawarkan 3 variasi : Charming, Romantic dan Alluring ; memastikan kulit sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergays melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disulami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman dengan sempurna.
ENCHANTEUR Charming dan ENCHANTEUR Romantic yang wangi |
ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh keajaiban.
ENCHANTEUR Alurring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit meresap jauh ke dalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Kini, wanita yang sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.
Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari :
Web : www.enchanteur.com.my
15 Comments
Dua2 best bau dia..terus fefeling nk goda en.suami selalu..auchh..haha
ReplyDeletekita da la suka body lotion dia :D
ReplyDeleteProduk Enchanteur memang wangi-wangi belaka, tak kiralah sabun mandi mahupun losyen semua wangi. Azwar pun pakai juga ;)
ReplyDeletewow... mesti mewangi la pas ni... hehe
ReplyDeleteYang bestnya Enchanteur sentiasa berbau wangi dan menyakinkan
ReplyDeletemesti wangi ni.. bestnya
ReplyDeletewangi enchanteur ni
ReplyDeleteAir mawar bau dia memang sedap. Ada orang guna sikit untuk buat bunga rampai.
ReplyDeleteCantiknya design botol dia
ReplyDeleteConfirm wangi ni
Dah lama dengan brand ni. Botol dia memang menarik
ReplyDeleteiklan pun banyak di tv kan mimi
Dah tukar design lagi ya
ReplyDeletekerap juga tukar kan
Yang ni blm try lagi.... tapi tau dah mesti wanggggggiiiiiiii kan!
ReplyDeleteSuka dua2 bau losyen ni...best sangat....
ReplyDeleteSweet je botol enchanteur ni. Produk dia semua pun best dan wangi kan. Harga pun mampu milik sgt
ReplyDeleteSetiap hari wajib pakai losyen kan.barulah kulit nampak gebu,licin.Rabia pakai losyen jenama nivea.
ReplyDelete❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜
Lots of 💖
www.mimiazirah.com