Jumaat, 8 September 2017

Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru

Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru | Sekian lama plan nak cat rumah asyik tertangguh akhirnya menjadi juga. Suami Mimi beli cat masa 31 Ogos 2017 lepas balik dari Dataran Merdeka yang kononnya nak sambut Merdeka tu.

Cat Dinding Rumah dengan Cat Baru

Suami beli cat warna kelabu juga sebab dia memang duduk berkenan warna kelabu. Dia cari warna kelabu yang gelap sikit dari yang lama. Kitorang decide nak cat dinding sebab sakit mata tengok dengan hasil seni kreatif anak anak. Lagipun, memang dah plan nak deko rumah sikit sikit. Nak deko yang minimalis tapi cantik. Jadi buat sikt sikit lah kan.


Tengoklah hasil seni anak anak. Ni sebahagian saja tau. Kalau tunjuk semua memang pengsan. Dalam bilik anak anak lagi pengsan. Macam macam ada. Nama Mimi dan suami siap nombor telefon pun ada. Sakit jantung tengok. Dah bagitahu suami nanti beli wallpaper saja senang.


Beza cat baru dan lama. Cat baru tu tak lah gelap macam tu. Masa ni cat belum kering sepenuhnya. Tapi lepas cat tenang sikit mata tengok dinding kan.


Hasil selepas mengecat dinding. Baru nampak cantik dan bersih dinding tu. Kalau tak, adoi sakit mata. Bahagian bawah tu suami Mimi cadang nak letak wallpaper. Kira separuh letak wallpaper, separuh lagi cat. Tapi nak kena cari betul betul wallpaper yang sesuai dengan cat lah kan.

Konsep warna untuk ruang tamu memang kitorang pilih warna kelabu, hitam dan putih. So, nak kena list down apa yang sesuai nak beli untuk hiasan. Tak boleh hentam saja nak hias rumah kan. Kena plan dan fikir betul betul baru lah hasilnya kebaboom.

8 ulasan:

  1. skrng tgah hitung hari..bila nak pindah rumah huhuh..
    mula2 plan memng nak cat cantik2..haha..
    plan je la, tak tahu jd ke idok.

    BalasPadam
  2. hihi biasala tu kak mimi, anak kinah pun dah mula nak buat mural dinding dia tu haaa hahha

    BalasPadam
  3. Cantik warna kelabu Gini Mimi.. budak2 tengah nak membesar mmg gitu la kena sabo byk2

    BalasPadam
  4. waa.. saya pun suka warna kelabu.. hee~ senang nak padan kan dengan hiasan rumah.. tapi kan !! kenangan anak menconteng dinding tu paling win..

    BalasPadam
  5. Akak baru cat tahun lepas..kaler kuning...hehehe...terang benderang rumah...

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.