Cara Jaga Luka Jahitan Selepas Bersalin Normal

Cara Jaga Luka Jahitan Selepas Bersalin Normal | Setiap ibu yang melahirkan anak tidak kira secara normal atau pembedahan pastinya cara penjagaan luka jahitan dan pembedahan sangat berbeza kan. Perlukan perhatian dan penjagaan yang betul agar luka sembuh dengan segera tanpa sebarang jangkitan. Entry kali ni Mimi nak share tentang cara jaga luka jahitan selepas bersalin normal yang di share oleh seseorang di facebook.

Sumber : Google

Tidak semua orang mempunyai nasib yang sama. Ada yang bersalin tidak ken ajahit dan ada yang kena jahit. Mimi merasa pengalaman kena jahit selepas bersalin anak sulung dan kedua. Manakala yang ketiga pula berdalin secara pembedahan.

Sebenarnya bagi Mimi nak jaga jahitan selepas bersalin bukan sesuatu yang mudah. Silap langkah jahitan boleh putus dan terbuka. Sebab tu ibu ibu berpantang yang kena jahit, dinasihatkan berjalan dengan perlahan untuk jaga jahitan daripada terluka selain daripada melakukan aktiviti lasak.

Jom tengok beberapa cara jaga luka jahitan selepas bersalin terutamanya bagi mereka yang bersalin normal.

CARA JAGA LUKA JAHITAN SELEPAS BERSALIN NORMAL

1. Cuci tempat luka tiga kali sehari atau selepas tukar pad atau selepas ke tandas. 

2. Lap sehingga betul betul kering sebelum sapu ubat kuning pada bahagian luka.

3. Selepas sapu ubat kuning, biarkan ubat kuning kering sebelum pakai pad yang baru.

4. Cara berjalan seeloknya perlahan ysng boleh bagi mengelakkan luka jahitan terbuka.

5. Selagi luka jahitan belum sembuh, kepit kaki selama mungkin.

Bila Mimi share jangan lah fikir yang bukan bukan nak tunjuk pandai ke apa. Tidak sama sekali. Ada ilmu kita kongsi sama sama. Betul tak?  Apa yang di kongsi kan memang betul pun. Untuk kebaikan si ibu juga terutamanya buat mereka yang pertama kali bergelar ibu. 

Zaman sekarang ni, ada sesetengah ibu yang lepas bersalin ada yang selamba duduk bersila. Mimi pernah tengok depan mata tau. Baru bersalin duduk bersila. Tapi fikir baik baik dia tak ada jahitan. 

Bukan senang nak jaga jahitan luka selepas bersalin normal tau. Mimi dua dua dah merasa. Luka jahitan normal dan luka pembedahan. Dua dua perlukan penjagaan yang berbeza dan kena jaga dengan teliti. Nanti Mimi akan kongsi cara jaga luka pembedahan pula di entry yang lain. 

Post a Comment

11 Comments

  1. lina xde pengalaman bersalin normal....3 kali ceaser...tapi penjagaan nya lebih kurang,yang penting pastikan luka tu kering dan cuci dengan ubat kuning kan....

    ReplyDelete
  2. baca pun dah terasa ngilu hihi walaupun dulu mama czer je

    ReplyDelete
  3. singgah baca ni sebagai reference akan dtg hihihi.

    ReplyDelete
  4. perkongsian yang baik...bukan ibu saja tapi suami juga kena tahu serba sedikit

    ReplyDelete
  5. kena jaga betul-betul..dahlah kawasan sensitif

    ReplyDelete
  6. masa ena lepas bsalin tu ank kuning tinggi..lama la jugak duduk wad kan..mmg nurse hari2 cuci kan..nurse kalau cuci mmg power smpai ke dalam..huhu.. ngilu tp cepat baik taw.. klau sendiri mahu lmbat nk baik..nk sapu pon takutkan..

    ReplyDelete
  7. Semua tu ana praktis dulu. Anak pertama katanya. Semua kita ikut sebab nak baik cepat.

    ReplyDelete
  8. Tiba-tiba teringat luka masa bersalin.. Ngilu lak rasa..

    ReplyDelete
  9. Terasa ngilu pula baca entri nie, tapi bagus boleh buat rujukan untuk bakal ibu nanti kan. Kak Sue dulu memang jaga gila, takut jadi apa-apa kan. Nanti tak pasal menambah sakit yang ada, memang kepit habis bila jalan.. hihihi..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com