Amaran Buat Pembeli Dan Penjual Online

Amaran Buat Pembeli dan Penjual Online | Zaman sekarang ni macam macam cara penipu akan buat untuk dapatkan duit dengan cara yang tidak betul. Salah satu caranya ialah menjadi scammer menjual produk secara online. Galak mempromosi produk di jual secara online di facebook mahupun instagram. Agak susah kita nak trace sama ada peniaga online tersebut jujur atau tidak. Begitu juga dengan pembeli. Jangan fikir penjual saja menipu okey. Pembeli pun ada. Macam macam boleh jadi kerana duit! Oleh kerana terlalu banyak penipuan online berlaku, maka PDRM telah mengeluarkan amaran buat pembeli dan penjual online.

AMARAN BUAT PEMBELI DAN PENJUAL ONLINE


Portal Semakan Nombor Akaun Penipu Online


Sebagai pembeli online tegar, memang Mimi prefer cari dan beli barang secara online kecuali barang barang keperluan dapur lah. Sebabnya mudah dan jimat masa. Deal, bayar dan tunggu saja barang yang di order sampai. Tak payah susah payah start kereta keluar shopping cari barang yang Mimi nak. Kadang kadang barang yang ditawarkan secara online lebih menarik dan bagus daripada barang yang dijual di luar.

So far, Mimi belum pernah menghadapi situasi di tipu peniaga online sebab kalau nak beli sesuatu memang Mimi agak cerewet dan berhati hati. Cuma Mimi ada pengalaman ditipu pembeli. Beberapa tahun yang lepas, Mimi jadi dropship jual pelikat pants yang menjadi tular ketika itu. Memang permintaan banyak time tu. Tak menang tangan dibuatnya. Sebulan boleh cecah hampir 4 angka hanya jual pelikat pants. Dan nak dijadikan cerita sebab baik hati sangat Mimi ditipu customer lelaki. Entah kenapa langsung tak fikir customer tu tak jujur. Mimi boleh percayakan dia. Order seluar dia dan pos terus ke alamat yang diberi. Duit katanya akan bank in kemudian atas alasan outstation dan minta tolong stafnya bank in kan. Jadi, Mimi dulukan duit hasil untung jual pelikat pants. Sehingga hari ni memang diam seribu bahasa sajalah. Last mesej Mimi pada dia, Mimi takkan halalkan duit Mimi. 

Sejak kejadian tu, Mimi lebih berhati hati bila nak berurusan dengan orang. Sama ada sebagai pembeli mahupun sebagai penjual online. Dulu, kita kerap dengar penjual online menipu pelanggan. Sekarang ni, pembeli pun ada yang menipu penjual tau. Contohnya menipu penjual dengan hantar resit pembayaran yang di edit. Dah banyak kes penipuan yang Mim baca dan dengar. Suami dan adik Mimi pun tak terkecuali ditipu. Masing masing mengalami pengalaman pertama kali ditipu. Mimi pun dah nasihatkan diorang nak beli apa apa kena berhati hati dan semak betul betul latar belakang peniaga tersebut.

Oleh kerana terlalu banyak kes kes penipuan melibatkan jual beli online, inisiatif dari Polis Diraja Malaysia dibawah pengendalian Jabatan Siasatan Jenayah Komersil telah melancarkan portal untuk orang ramai membuat semakan akaun bank terlebih dahulu. Nombor akaun yang diberikan oleh pembeli mahupun penjual tersebut boleh dikenalpasti sama ada pernah terlibat dalam kes penipuan atau tidak. Portal ini boleh diakses di url http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ dan masukkan nombor akaun untuk semakan. 

Nanti akan tertera status nombor akaun berkenaan. Ada kes dilaporkan ataupun tidak. Mimi harap entry ini sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai lebih berhati hati ketika berurusan dengan pembeli mahupun penjual online sebelum membuat pembayaran.

Post a Comment

4 Comments

  1. masih lagi dalam tempoh percubaan kan. & website ni asyik down :(

    ReplyDelete
  2. Alahai kesiannya kena tipu pembeli.. mmg kena hati2 zaman skrg ni kan

    ReplyDelete
  3. saya beli dari orang yang dikenali sahaja..

    itupun ambik masa berbula-bulan..

    biasa la dunia online..

    macam-macam penipuan ada.

    ReplyDelete
  4. Betul, kena berhati hati...wow..thanks info..baru je lepas belikan member kasut harga RM 300 kat o9...Jap lagi nak check.....risau jugak ..kalau barang memahal..kannn~

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com