5 Tips Miliki Bibir Cantik dan Merah Semulajadi

5 Tips Miliki Bibir Cantik dan Merah Semulajadi | Memiliki bibir cantik dan merah semulajadi menjadi impian setiap wanita. Namun penggunaan lipstick setiap hari pasti menimbulkan masalah pada bibir. Sama ada bibir menjadi kering dan merekah mahupun hitam. Ini sudah pasti mencacatkan penampilan seorang wanita kerana bibir merupakan daya penarik semulajadi wanita. Jadi, jom ketahui 5 tips miliki bibir cantik dan merah semulajadi.

5 TIPS MILIKI BIBIR CANTIK DAN MERAH SEMULAJADI



Tips yang boleh diamalkan untuk memiliki bibir yang cantik menawan dan merah semulajadi adalah dengan penggunaan dari bahan semulajadi atau bahan masakan yang ada di dapur. Juga boleh gunakan pelembap yang dijual di pasaran.

Jom kita baca dan cuba amalkan 5 tips untuk bibir cantik dan merah semulajadi ini.

1. Madu

Madu bukan sahaja digunakan dalam masakan, untuk tujuan kesihatan dan perubatan malahan madu juga sesuai digunakan untuk kecantikan. 
Jika di rumah ada madu, gunakan madu itu sebaik yang mungkin. Untuk dapatkan bibir yang cantik dan merah semulajadi, sapukan madu pada bibir dan biarkan selama 15 minit. Kemudian, cuci dengan air yang hangat. Amalkan setiap hari sebagai rutin harian.

2. Mentega

Semua orang suka mentega. Mentega dan masakan berpisah tiada. Digunakan dalam masakan dan pembuatan kek serta biskut, mentega juga boleh digunakan untuk kecantikan. Oleskan sedikit mentega pada bibir secara rata dan amalkan setiap kali sebelum tidur.

3. Gliserin

Bibir yang kering dan merekah juga menjadi punca bibir menjadi lebam dan hitam. Apa kata sapukan gliserin setiap hari sebelum tidur supaya bibir kekal kelihatan lembab dan mungil. Gliserin membantu mengekalkan kelembapan bibir. Jadi, rajinkan diri sapu gliserin pada bibir.

4. Lemon

Selain digunakan dalam masakan dan bertindak sebagai detox, lemon juga digunakan untuk kecantikan. Seperti yang kita ketahui, lemon berkesan untuk mengurangkan bintik bintik hitam pada kulit. Ia juga boleh digunakan untuk merawat bibir yang gelap. Hanya gosokkan bibir dengan sekeping lemon untuk mengelupaskan bibir. Untuk kesan yang lebih baik taburkan sedikit gula pada lemon. Amalkan dua hingga tiga minggu.

5. Air

Air sangat penting dalam kehidupan harian kita. Kita perlu minum air suam sekurang kurangnya 8 gelas sehari. Kekurangan air di dalam badan dan dehidrasi boleh juga menyebabkan bibir gelap dan kering merekah. Untuk mengelakkannya, kita perlu minum banyak air mengikut kuantiti yang disyorkan bersesuaian dengan berat badan. Tujuannya adalah untuk menjaga tubuh badan agar menjadi sihat serta mengelak dari berlakunya dehidarasi.


Sebenarnya, banyak lagi tips yang boleh diamalkan untuk memiliki bibir cantik dan merah secara semulajadi. Tetapi 5 tips untuk memiliki bibir yang cantik serta merah semulajadi ini juga sudah cukup untuk dapatkan kesan yang dramatik pada bibir. Tidak perlukan modal yang mahal untuk dapatkan sesuatu yang menjadi idaman setiap wanita. Kalau rajin dan ingin jimatkan masa serta tenaga, boleh juga cuba buat pelembap bibir sendiri. Gabungkan campuran 1/2 sudu besar perahan lemon, 1/2 sudu besar madu dan 1/2 sudu besar mentega. Adunkan ketiga tiga bahan dan sapukan pada bibir. Amalkan setiap sehingga dapat hasil yang diinginkan.

Nak cantik kena rajin, rajin dan rajin. Itu kata kunci yang sangat penting untuk mendapatkan hasil yang menakjubkan. Nak cantik kena rajin. Nak sihat juga kena rajin. Selain daripada tips di atas, apa lagi tips mudah yang diamalkan oleh kaum wanita di luar sana? Kongsikan pendapat masing masing pada ruangan komen supaya kita sama sama boleh kongsi tips kepada semua.

Post a Comment

5 Comments

  1. nk try yg lemom tu lah... sbb skrg kt umah tgh banyak lemon hehehhhe

    ReplyDelete
  2. betul sangat-sangat..

    nak berjaya dapatkan apa yang kita inginkan hendaklah rajin level tertinggi

    ReplyDelete
  3. betul!nak cantik kena rajin!hehe

    ReplyDelete
  4. Senang aje petuanya byk guna bahan semulajadi nak try lah guna madu tu

    ReplyDelete
  5. Hari tu bibir rabia gelupas.so tak suka tgk gelupas mcm tu kan.malam tu rabia sapu madu dekat bibir.esk pagi bangun2 eh dah elok dh bibir..merah je bibir tu..

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com