Selasa, 8 Ogos 2017

Uji Tahap Kesihatan Mental

Uji Tahap Kesihatan Mental | Semalam duduk santai di ruang tamu rumah Mimi duk skrol facebook. Terjumpa kawan di facebook share link ujian tahap kesihatan mental. Bila tengok kawan tu buat, Mimi pun nak cuba juga uji tahap kesihatan mental diri kan. Manalah tahu ada kemurungan ke, stress ke kan. Korang pun boleh cuba juga tau.

Uji Tahap Kesihatan Mental


Selepas jawab soalan yang diberi dan jawab dengan sejujurnya, ini keputusan tahap kesihatan mental. Alhamdulillah, normal. Walaupun Mimi stress dengan suasana di tempat kerja tetapi Mimi cuba positifkan diri sendiri. Selalu be happy go lucky person dan kalau ada yang tidak puas hati Mimi akan luahkan. Tak ada nak simpan atau pendam. Kalau simpan dan pendam sorang sorang, nanti sendiri yang stress dan makin teruk pula kan.

Korang pun boleh cuba juga uji tahap kesihatan mental masing masing. Bagus sebenarnya tau ujian ni. Dari situ kita boleh tahu tahap stress, kemurungan dan anzieti kita. Kalau di tahap yang teruk maybe kita boleh berjumpa dengan pakar psikologi untuk tindakan yang seterusnya. Korang boleh klik link ni untuk buat ujian ni https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/posts/1776308809325650 .

5 ulasan:

  1. Ada buat juga kalau ada arahan jabatan. Hihihi

    BalasPadam
  2. Oh saya pun pernah buat...nasib baik normal..hihi

    BalasPadam
  3. Elok juga Ada ujian mcm ni. Boleh tau kesihatan mental Kita mcm mana. Selalunya org yg sakit ni xtau dia sakit

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.