Resipi Cucur Kembung

Resipi Cucur Kembung | Bila hari cuti macam biasalah jadi suri rumah sepenuh masa. Waktu cuti ni lah berkesempatan nak sediakan breakfast untuk diri sendiri dan anak anak. Anak anak Mimi memang suka makan cucur tau. Ada juga yang panggil cekodok atau jemput jemput. Ikut pada sesetengah tempat. Macam Mimi biasa sebut cekodok. Tapi nak up entry punya pasal guna nama elok sikit lah. Selalu buat cucur biasa saja. Kali ni buat cucur luar biasa sikit. Nak bagi cucur tu kekal lembut walaupun simpan sampai petang. Mimi nak share dengan korang resipi cucur kembung.

Cucur Kembung
Cucur Kembung

Resepi Cucur Kembung

Bahan bahan :

Tepung
Garam
Yis
Air suam

Cara buat :

1. Tepung + garam + yis dicampur sekali.
2. Masukkan air dan gaul.
3. Biarkan dalam 10 minit untuk bagi adunan tepumg naik.
4. Panaskan minyak. Minyak dah panas masukkan adunan tepung menggunakan sudu.
5. Goreng sehingga masak/garing.

Boleh juga rujuk gambar di bawah untuk lebih jelas.


Sukatan untuk resipi terpulang pada korang masing masing. Macam Mimi tak ada sukatan yang spesifik pun. Buat anggaran sendiri saja. Mesti ada yang tertanya kenapa Mimi namakan resipi nih Cucur Kembung kan? Mimi namakan Cucur Kembung sebab bila menggoreng cucur tu, cucur tu akan naik mengembung tau. Sebab tu Mimi panggil Cucur Kembung.

Korang juga boleh variasi kan cucur ni ikut pada selera masing masing. Boleh saja letak sayur seperti lobak yang diricik halus, letak daun kucai, bawang besar dihiris halus, udang dan sebagainya. Macam Mimi buat kosong saja sebab anak anak suka kosong. Nanti letak bawang jenuh lah nak habiskan sorang sorang sebab anak anak memang tak suka bubuh bawang. Nak letak sayur, sayur yang ada pun tak sesuai letak dalam cucur kan.

Cucur kembung ni boleh cicah dengan sos cili, sos thai dan sebahainya. Terpulang pada selera korang. Anak anak suka cicah dengan sos. Macam Mimi, Mimi suka makan macam tu saja. Kalau nak pencicah, Mimi suka cicah dengan kuah atau sambal. Rasa lagi marvellous. Kalau dengan sos makan juga tapi kurang lah kan. Kalau cicah dengan kuah atau sambal feel makan cucur tu lain rasanya. Tak tahu nak describe macam mana. Yang penting rasanya sedap.

Time time cuti apa resepi yang korang suka masak? Share lah dengan Mimi. At least boleh bagi idea nak buat sarapan untuk hari lain pula.

13 comments:

  1. assalamualaikum mimi...wah !! sedapnya tengok cucur ni...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  2. Sdapnya..😊

    Wah satu uitm rupanya tapi cik nor thn 1999-2002

    BalasPadam
  3. Tak pernah buat lagi. Terima kasih untuk resepinya kak..

    BalasPadam
  4. Cucur memang wajib buat kat rumah bila non idea nak buat bekpes apa hihi tp yg buh yis xprnah try lg .. tq share

    BalasPadam
  5. sedap cucuq ni cicah dgn kuah kacang..yumss

    BalasPadam
  6. ni la makanan favorite waktu petang..tapi sy tak letak yis..kalau letak kucai dan taugeh pun sedap..ehh pepagi ni kalau dapat pun ok..

    BalasPadam
  7. ingat resepi cucur viral tadi..hehe

    BalasPadam
  8. GV suka makan cucur kembung ini. sedap makan cam2 je. hihi. cicah sos cili pun sedap. :D

    BalasPadam
  9. tak berkesempatan lagi nak masak cucur kembung ni..

    BalasPadam
  10. uik cucur kembung? baru firstime dengar.. mesti sodap ni mkn time panas2..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.