Program Jom Jimat Elektrik

TELOK PANGLIMA GARANG, 27 JULAI 2017 – Seramai 26 orang pelajar dan 3 guru pembimbing dari SMK Telok Panglima Garang (SMKTPG), Kuala Langat, Selangor telah berkunjung ke Taman Seri Medan yang terletak di Telok Panglima Garang untuk menjalankan program Kembara Jom Jimat Elektrik sempena pertandingan Toyota Eco Youth (TEY) 2017SMKTPG dipilih mewakili negeri Selangor dalam program tersebut di peringkat kebangsaan. Kumpulan pelajar dari SMKTPG yang dikenali sebagai Team Eco Panglima ini telah menjalankan program Kembara Jom Jimat elektrik selama 3 bulan. 


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Team Eco Panglima bersama guru pembimbing, Pn. Norazimah yang berdiri dua dari kanan


Meningkatkan kesedaran kepada penduduk tentang kepentingan menjimatkan elektrik


Tujuan program Kembara Jom Jimat Elektrik ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada penduduk Taman Seri Medan tentang kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. Kesan penggunaan elektrik yang berlebihan ini membawa kepada pemanasan sejagat. 

Menjadi tanggungjawab Team Eco Panglima untuk memberi kesedaran kepada penduduk setempat akan kesan negatif penggunaan elektrik yang berlebihan ini disamping memberi tips menjadi pengguna yang bijak kepada penduduk Taman Seri Medan. 



jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bersama salah seorang penduduk Taman Seri Medan ketika menjalankan soal selidik

Pn. Norazimah Abd Talib selaku guru pembimbing Team Eco Panglima berkata, "Kami telah menyebarkan risalah tentang penggunaan serta kepentingan penjimatan elektrik kepada para penduduk di Taman Sri Medan tersebut. Disamping itu, kami juga menerangkan cara-cara untuk menjimatkan elektrik, seterusnya mengurangkan kadar bayaran bil elektrik."


jimat elektrik, smk telok panglima garang, jom jimat elektrik, toyota eco youth, team eco panglima
Bunting Kembara Jom Jimat Elektrik di Taman Seri Medan
"Melalui pemerhatian dan maklumat yang kami peroleh ketika pertama kali beramah mesra bersama para penduduk Taman Sri Medan, kadar bayaran bil elektrik mereka mencecah RM200 - RM500. Walau bagaimanapun, kami telah mencadangkan beberapa langkah untuk mengurangkan jumlah bil tersebut. Lawatan kali kedua pada bulan Julai, kami memperoleh keputusan yang agak mengejutkan di mana terdapat penduduk yang berjaya mengurangkan jumlah bil mereka daripada RM500 kepada RM200 ke atas dengan menggunakan langkah-langkah yang dicadangkan oleh kami."

Beliau mengakhiri wawancara dengan berharap agar lebih ramai lagi penduduk dapat mengurangkan kadar bayaran bil elektrik di samping dapat mengurangkan kesan penggunaan elektrik yang berlebihan kepada alam sekitar. 




~ Sharing is caring from Cikgu Norazimah ~

Post a Comment

6 Comments

  1. Bagus program ni.. Masyarakat seharusnya lebih peka dengan pembaziran elektrik..

    Ramai orang mampu menjimatkan bil elektrik di rumah mereka setiap bulan, dan sekaligus menyelamatkan dunia ini dari pencemaran dan juga masalah rumah hijau yang disebabkan oleh pembaziran penggunaan sumber tenaga..

    ReplyDelete
  2. Kadang- kadang kita x buat pun tips tu kan...pas tu bising bil letrik tinggi...bagus program ni mewujudkan kesedaran dikalangan masyarakat setempat

    ReplyDelete
  3. Mmg bagus buat kempen mcm ni.. semua org wajib sedar

    ReplyDelete
  4. bgus program ni . Lisa ritu pernah buat tips2 jimat ni..pastu dah malas hahaa

    ReplyDelete
  5. Hebat program sekolah ini kak. Mendidik student di peringkat awal mengenai kepentingan penjimatan elektrik dengan menggalakkan mereka menerangkan kepada orang ramai. Mmg terbaik. :D

    ReplyDelete

❤️Terima kasih kerana sudi meninggalkan komen❤️
💜In shaa Allah kunjungan anda akan dibalas💜

Lots of 💖
www.mimiazirah.com