Sabtu, 19 Ogos 2017

Lempeng Pisang Cheese Istimewa Pemberian Pengasuh Adhwa

Lempeng Pisang Cheese | Salam hujung minggu korang. Apa aktiviti menarik korang hujung minggu ni. Mimi macam biasalah jadi surirumah sepenuh masa hujung minggu ni. Okeylah, balik pada tajuk tu. Semalam masa ambil Adhwa dari rumah pengasuh dia yang Mimi panggil Kak Ba, bagi lempeng pisang cheese

Lempeng Pisang Cheese


Lempeng Pisang Cheese


Masa Mimi dapat lempeng ni still panas lagi tau. Dibalut dalam daun pisang. Bau memang semerbak harum menusuk hidung. Terus rasa lapar. Tak sabar nak makan.

Sampai rumah, dah siap bawa keluar barang dari kereta, Mimi buka bungkusan daun pisang yang balut lempeng pisang Kak Ba bagi. Apa yang istimewa lempeng pisang cheese ni, isi dalamnya berintikan kelapa dan cheese. Kalau tengok rupa sama macam lepat pisang tapi bukan lepat ya. Lempeng ni lain dari yang lain. Digulung dengan daun pisang kemudian cara masaknya dipanggang macam pulut panggang. Hah gitu. Sebab tu Mimi cakap Lempeng Pisang Cheese ni istimewa tau.

Rasa lempeng pisang cheese ni memang sedap tau. Suami Mimi rasa sikit pun dia cakap sedap. Tapi Mimi dah bagitahu dia lempeng ni ada cheese. So, suami fahamlah. Dia tak boleh makan cheese, perut dia sensitif. Nanti tak pasal pasal dia diarrhea ataupun cirit birit. Dia siap cakap perut dia perut orang kampung. Memang cheese ke mayonis ke memang tak makan. Tapi nasib baik dia faham isteri ni memang hantu cheese.

Lempeng Pisang Cheese yang dipanggang

Anak anak Mimi tak nak makan pun sebab dah kenyang. Jadi Mimi sorang saja yang makan. Ya Allah memang sedap. Pisang bila bergabung dengan kemanisan kelapa tu memang kena. Sedap. Tambah pula dengan cheese. Perghhh memang meletop gabungan pisang + kelapa + cheese. Rasa lemak lemak, manis dan masin bergabung memang kena sangat.

Mimi pun rasa nak buat macam Kak Ba buat ni. Memang sedap tau. Teringat ingat rasa keenakkan lempeng pisang cheese yang Kak Ba bagi semalam. Nanti nak minta Kak Ba resipi lempeng pisang istimewa ni. Boleh buat nanti lepas ni.

4 ulasan:

  1. Kita yang baca ni pon dok telan air liur je. hihi.

    BalasPadam
  2. Sedapnya nampak...lempeng pisang mmg sedap, ditambah dgn chesse pasti lg sedap

    BalasPadam
  3. Tak pernah makan ni.. tapi nampak sedap sangat.. teringin nak cuba ;)

    BalasPadam
  4. wah.. lempeng pisang cheese.. btol2x hipster ni.. rindu dah lama tak makan lempeng..

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.