Jumaat, 4 Ogos 2017

Gara Gara Jubah Tidak Mengikut Syariat

Gara Gara Jubah Tidak Mengikut  Syariat | Speechless. Kaku. Tak terluah dengan kata kata bila baca berita yang di kongsikan oleh adik Mimi di group whatsapp tadi. Tak tahu nak kata apa. Apa nak jadi dengan zaman sekarang. Hanya kerana perkara kecil perbalahan yang berlaku menjadi besar. Gara gara jubah tidak mengikut syariat, isteri dipukul suami. 

Gara Gara Jubah Tidak Mengikut Syariat


Gara Gara Jubah Tidak Mengikut Syariat
Sumber : Group Whatsapp

Apa yang difahamkan si suami mengajak isteri keluar makan malam yang dianjurkan syarikat si suami bekerja. Si isteri mengenakan jubah yang ketat dan mengikut tubuh badan. Suami sudah menegur si isteri dan meminta isterinya menukar baju lain namun si isteri menyatakan jubah yang dipakainya elok dan menutup aurat. Maka terjadilah perbalahan mulut antara mereka kerana si isteri enggan menukar baju sehingga si suami bertindak memukul si isteri. Sedih bila baca berita macam ni.

Pada pendapat Mimi sendiri, si suami telah memainkan peranannya dengan menegur si isteri agar menukar pakaiannya yang ketat dan tidak mengikut syariat. Namun kesalahan si suami ialah tidak sabar melayan karenah si isteri sehingga bertindak memukul si isteri. Sepatutnya sebagai GH BNsuami kena bersabar dan bertolenrasi dalam mendidik si isteri agar patuh pada arahannya. Bukannya bertindak memukul si isteri.

Dan sebagai isteri, bila si suami dah beri teguran dan meminta menukar baju yang lebih sesuai sepatutnya dia tidak menjawab sebaliknya akur dengan arahan suami. Bukannya memberi alasan jubah yang dikenakan elok dan menutup aurat. Kemudian enggan menukar jubah yang dipakainy dan disebabkan itu, dia dibelasah oleh si suami.

Gara Gara Jubah Tidak Mengikut Syariat


Nak pakai jubah tu tak salah tapi memakai jubah hendaklah mengikut hukum syarak yang telah ditetapkan bukan hanya sekadar janji tak nampak aurat. Aurat bagi perempuan bukan sekadar menutup semua bahagian kecuali muka dan tapak tangan tetapi aurat juga merangkumi bentuk fizikal kita. Sebagai contoh, bila pakai baju lengan panjang hendaklah pastikan baju tersebut labuh menutup punggung dan longgar tidak mengikut badan. Bukan hanya berlengan panjang semata mata. So, begitu juga apabila memakai jubah. Memakai jubah hendaklah pastikan jubah tersebut longgar, berpotongan A cut atau kembang malahan material jubah tersebut hendaklah sesuai untuk dipakai. Walaupun memakai jubah itu memberi keselesaan dan menutup aurat namun tidak sempurna aurat itu sekiranya jubah tersebut ketat dan melekap mengikut bentuk badan. Masih belum menutup aurat dengan sempurna.

Sabda Nabi s.a.w.;

صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا، قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مَائِلاَتٌ مُمِيلاَتٌ، رُؤُسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا، وَإِنَّ رِيحَهَا لَتُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; (1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan (2) Wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencederungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh”. (Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

Di dalam hadis di atas, Nabi s.a.w. menegaskan; salah satu golongan yang akan menjadi ahli neraka ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yakni mereka berpakaian tetapi di sisi agama mereka sebenar tidak berpakaian. Ia merangkumi yang berikut;[3]
1. Wanita-wanita yang memakai pakaian yang nipis yang masih menampakkan kulit atau bayangan tubuh mereka. Mereka berpakaian pada nama, namun telanjang pada hakikatnya.
2. Memakai pakaian yang menutup sebahagian aurat dan mendedahkan sebahagian lagi (yakni tidak menutupkan secara menyeluruh kawasan aurat yang wajib ditutup).
3. Memakai pakaian yang ketat atau sendat hingga menampak bentuk tubuh.


Bukanlah nak kata Mimi ni arif sangat bab agama. Tetapi cukup sekadar tahu yang basic kan. Dulu pun, Mimi juga merasa pakai baju yang tidak sempurna kejadiannya, namun semakin lama semakin sedar dan cuba perbaiki mana yang kurang. Masih belum sempurna sebagai muslimah tetapi sedang berusaha ke arah itu. Bagi Mimi tak perlu kita nak pandang serong pada orang lain yang kita lihat tak tutup aurat dengan sempurna kerana satu hari nanti pasti dia akan menjadi muslimah yang lebih baik dan bagus dari kita. Hidayah itu kan milik Allah. 

4 ulasan:

  1. Suami isteri kena la bertolak ansur kan.. Masing2 mainkan peranan dan tanggungjawab masing2 dengan baik ..

    BalasPadam
  2. dua2 salah akak rasa, si suami btl dh tgr tp dia tak sabar , klu ye pun jgn la sampai naik tgn jgn la sampai memukul

    yg si isteri pun bila dh di tegur tu, apa slhnya ikut arahan suami, ikut je... kadang mungkin kita tak perasan yg baju tu ketat kt belakang...

    akak pun kalu nampak perempuan yg pakai jubah ketat2 sampai nampak alur spende jd malu sendiri...

    BalasPadam
  3. Mmg kadangkala org yg pakai jubah lagi seksi Dari pakai seluar etc kan

    BalasPadam
  4. Terus jadi jubah berahi....huhu...dah banyak yang lari dari asal

    BalasPadam

Terima kasih sudi tinggalkan komen.